Assalamualaikum wbt..
2 Abdul sudah 2 malam tiada di rumah. Ada perkhemahan unit beruniform di Melaka dan mereka singgah di KL sebelum pulang ke SP. Terubat rindu bila malam tadi, si Abdul wassap gambar dia dan adiknya tidur dalam sleeping bag di Muzium Telekom.
Tak betah bersendirian, Ummi depa ambil tiket bas dan memulakan misi pertama. Oops..asrama lagi!! Tapi bukan asrama dalam entry sebelum ini. Penginapan sementara Encik Suami sebelum dapat cari rumah. Dah dapat rumah, duduk sini lagi kerana rumah masih belum berlangsir!! Huhu....
Ini salah satu sebab orang dulu2 kata, 7 kali pindah boleh papa. Mana taknya, tiap kali berpindah, langsir pun jadi isu. Maklumlah...setiap rumah yang didiami berbeza. Ada rumah ada sliding door, ada rumah pintu saja. Ada rumah tingkap banyak, tingkap rendah, tingkap tinggi, tingkap 3 panel, ada pulak 2 panel. 1 panel pun ada.
Anim ni tak cerewet sebenarnya. Mana yang boleh guna, pasang ajalah. Tapi kali ini berbeza sebab rumah end lot. Of course banyak tingkap. Rumah 3 tingkat ni ada 12 tingkap. Langsir sedia ada di SP tak cukup, adoooiiiii.....
Rupa-rupanya, last week Encik Suami dah minta orang datang ukur tingkap dan tempah langsir. Anim diminta pilih kain dan pattern. Alhamdulillah...ada kawan bisnes langsir yang turut dapat kontrak jahit langsir dengan gedung tekstil terkenal. Kami dapat harga murah sikit:-))
Kawan dia ni bersara awal (opsyen) sebab isteri ada kemahiran menjahit. Kita yang takde apa kemahiran ni, kenalah terus kerja sampai bersara wajib..huhu. Katanya siap awal cuti sekolah, sebelum barang pindah masuk, insya-Allah-))
'
Ada kawan pulak setiap kali balik ke bilik penginapan. Ikut sampai bilik...huhu..Saya makan kat kedai lah cik kucing. Takde apa nak bagi. Muruku dan kerepek jelah ya:-))
Bukan setakat misi langsir saja. Misi survey sekolah anak, kedai runcit, pasaraya , klinik , kedai makan dsbnya. Nampaknya 5 faktor yang dinyatakan Encik Suami amat bertepatan dan 2 thumbs up atas pilihan rumah sewa yang dicari.
1- Sekolah rendah dan menengah dekat. Sekolah menengah boleh jalan kaki.
2- Boleh dengar suara azan setiap waktu solat. Surau dekat, boleh naik motor.
3- Ada shopping complex dan pasaraya besar dekat dengan rumah.
4- Tingkat ke3 untuk tetamu bermalam. Boleh muat satu family. Tetamu selesa, aurat terjaga.
5- 10 minit ke ofis Encik Suami dan tak tempuh kesesakan. Traffic light pun tak jumpa. Save minyak kan?
6- Suka baca address baru kami nanti. Taman itu ada bunyi "puteri" , ada bunyi "bintang". (Faktor ke6 ni, Anim tambah sendiri,heee...)
P/S Update dengan iPad. Wifi dari hp, kadang-kadang ok, kadang-kadang ko.
Nak reduce saiz gambar tak boleh. Nak buka sesetengah blog kawan dan komen tak boleh. InsyaAllah. Hari ni bertolak balik. 2 Abdul dijangka tiba SP jam 11 malam. Nanti Anim ziarah kawan-kawan ya.
baca dari cerita Anim nie......nampak selesa rumah baru nie ye.....kat mana rumah baru tu Anim.....
BalasPadamRumah lama yan tapi alhamdulillah, selesa sikit. Mudah2an Aallah permidahkan kehidupan kami dinsini. Nntile kabo...belum packing satu apa lagi, huhu
PadamLagsir memanag menajdi kemesian bila masuk rumah baru.
BalasPadamTule...rimas duduk dalam rumah yg nampak segala2nya ni..hee
Padamkakak.......
BalasPadamcer citer ne pindah mana ne? adei, stress saya menekanya.... hahahahaha.....
Sabo menunggu ye....sat lagilah. Belum start packing lagi. Huhu
PadamKalau dekat boleh terjah rumah baru Kak Anim... Rasa macam2 dekat2 sikit ngan SP ehhh...
BalasPadamHaah jun..takle jauh sangat. Negeri je lain.. Jun nak mai dari puchong pun ok..tak payah drive, naik keretapi je:-))
BalasPadamBertambah sibuk kak Anim sekarang ni. Setiap kali pindah rumah, kak anim angkut semua barang sekali ke? Saya dulu pun pernah beberapa kali pindah...yg paling saya perasan, setiap kali pindah barangan mesti berganda banyak dr sebelum ni...huhu
BalasPadamDapat bayangkan kesibukan dan keletihan untuk berpindah dan selepas berpindah. 2 bulan pun belum tentu selesai... Semoga segala urusan kak anim dipermudahkan dan berjalan dgn lancar :)
anim pindah mana ni? perak ka? suspen lak hehehe
BalasPadamsemoga segala urusan kak anim berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..
BalasPadamx sabar nak tau kat mana anim pindah . seronok lak dgr cerita anim ni ... bila cari umah , mmg 5 faktor tu ler yg akan diambil kira ...
BalasPadamlaa nekcik pun tak sabo nak tau mana rumah baru Anim niii...anyhow bnyakkn berdoa semuga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan di persekitaran baru!!! insyaallah
BalasPadamAssalamualaikum cikgu..
BalasPadammoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
macam masih di utara saja Anim.apa pun selamat ber'packing'..3 tingkat. omak aaii..kalau knah xterdaya nak panjat sampat tingkat 3 untuk berkemas..lepas ni boleh 'kuruih' si Abdul kecil.. =)
BalasPadamsyioknyer pindah rumah baru mestilah semuapun kena baru... rasa berkobar lagi mengenangkan betapa selesanya kalau tetamu sudi singgah nanti... dulu bapak sedara suami ada rumah 3 tingkat di SP juga belakang Tesco tapi dah jual sebab nak balik sini semua familipun kat KL, gitu juga anak2 dia...
BalasPadamklu dari alamat tu ada 'puteri dan 'bintang' tu mmg bukan kot area Taiping lah tu...apa pun selamat berpacking yer..
BalasPadamSalam Aidil Adha cikgu...maaf zahir & batin.
BalasPadamKalau macam tu gaya besar sungguh rumah tu Anim. Jenuh nak mengemas ni. Kena cari bibik kemas tiap minggu kalau macam tu..
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Adha dari kakak.
Nsb baik suami sy dh bli umah awl2..dlu duk umah sewa jenuh pk nk bli langsir
BalasPadamTeringat zaman IM aktif ber kemping dulu...
BalasPadam