Assalamualaikum wbt..
Bila berpindah randah, rumah sewa jadi perkara paling penting. Sekarang bila berpindah. 2 Abdul dah besar dan ada taste sendiri, banyak pulak permintaannya. Si Abdul kecil mahu bilik sendiri dan pagar automatik .
.amboi, banyak cantik... Si Abdul sulung pula nak dapur besar sikit ( mentang2le dapur rumah sewa sekarang, 2 orang masuk pun dah langgar pungkok) dan ada tanah untuk bercucuk tanam dan bela haiwan.
Depa tak tahu betapa sukarnya si abah mencari rumah sewa. Setiap petang selepas waktu pejabat, pusing bandar, pusing taman cari rumah. Ada rumah kosong tapi tak de nombor contact. Ada no contact tapi tak berkenan. Ada rumah sebuah-sebuah, ada tanah tapi tuannya tak mau sewa, nak jual pulak.
Ok tak rumah sewa ni? Boleh kurus Si Abdul kecil nanti..
Minggu lalu Encik Suami wassap kat kami gambar satu rumah. Penyewa lamanya baru sehari keluar. Tuan rumah tengah sibuk cat rumah. Berkenan pulak katanya. Walaupun tak bertanah (end lot), dia listed out beberapa faktor yang buat dia tertarik. Dia minta pendapat Mem Besar. Kalau ikut, Mem Besar tak kisah sangat, sebab sebelum ni minta Encik Suami cari rumah sewa besar sikit dari di SP ni. Kesian kat tetamu yang mai SP dulu, terpaksa kami carikan homestay untuk mereka.
Cerita fasal rumah sewa dan kehidupan Anim yang ala Nomad (depa sekarang pun dah tak pindah randah lagi kan?), takkan Anim lupa pengalaman tinggal semalam saja di sebuah rumah sewa di Batu 3, Shah Alam.
22 tahun lalu, Shah Alam sedang rancak dengan industrinya. Berbulan tak dapat cari rumah sewa. Nak berulang dari Ampang ke Shah Alam, tak sanggup rasanya menempuh kesesakan lalu lintas. Kami (pengantin baru) tinggal menumpang di asrama pusat latihan tempat Encik Suami bertugas waktu itu. Tau ajalah bilik asrama, 2 katil bujang!! Breakfast, lunch, tea, dinner ke supper semua di luar. Tensionnya masa tu. Tinggal di asrama wanita. Jenuhle Anim "guard" Encik Suami waktu malam kalau dia nak ke toilet. Bimbang ooo kalau disangkakan "orang minyak" berkeliaran di asrama wanita masa tu..huhu...tu laki aku!!
Seorang rakan yang bersimpati dengan kami, kemudian memberitahu ada bilik untuk disewa di Bt.3. Tuan rumah perlukan teman kerana suaminya (Mat Salleh, seorang engineer) kena bertugas di Kota Bharu dalam satu jangkamasa. Tak tahu kenapa si isteri tak ikut sekali. Kami kemudian diundang untuk makan malam dan bermalam di rumah pasangan itu (dia nak berkenalan dulu, maklumlah..nanti tinggal serumah).
Alkisah, tuan rumah ni tinggal di rumah peninggalan arwah ayahnya kerana mahu duduk bersama ibunya. Ibunya tinggal bersama keluarga adiknya (sebelah rumah). Tak tahulah kerana dia berkahwin dengan Mat Salleh ke atau ibunya ada kenangan pahit di rumah itu..puas dipujuk, ibunya tetap enggan tinggal di rumah itu. Sangka tuan rumah, bila suaminya kena bertugas di Kota Baharu, ibunya akan berlembut hati tetapi tidak juga.
Dia kemudian memberitahu Anim, buatlah rumah itu seperti rumah sendiri. Cuma kena biasakan diri kerana menjelang dinihari (sebelum Subuh) dia akan memasang kaset bacaan ayat-ayat suci Al Quran dengan kuat di rumah itu. Itu sudah jadi kelazimannya.
Sewaktu kami sedang menikmati makan malam sambil berbual-bual, tak disangka-sangka, ibu tuan rumah datang ke rumah tersebut. Dia nak lihat kami, "orang asing" yang bakal menghuni bilik di rumah peninggalan arwah suaminya. Seronok juga berbual dengan ibu tuan rumah. Dah macam nenek Anim juga. Macam-macam ditanyanya. Bila nampak mereka 3 beranak berbual-bual, kami minta diri untuk berehat di dalam bilik.
Menjelang Subuh, kami terjaga. Bukan kerana bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dikatakan oleh tuan rumah kami malam itu tapi kerana jam loceng yang kami bawa. Baik Anim mahupun Encik Suami, masing-masing mengaku "tak dengar apa-apa pun". Selepas mandi dan bersiap untuk keluar ke sekolah/kerja, kami diajak minum pagi dulu. Tuan rumah kemudian memberitahu kami, pagi itu dia tak memasang kaset bacaan ayat-ayat suci Al Quran dengan kuat seperti biasa. Malam itu, mereka anak beranak (dia, ibu serta suami Mat Sallehnya) berbual hingga lewat malam dan akhirnya ibunya bersetuju untuk bermalam di rumah tersebut malam itu. Dia tak mahu menganggu tidur ibunya!!! Alhamdulillah, gembira sungguh tuan rumah pagi itu.
Balik sekolah, berita gembira disampaikan Encik Suami. Dia dah dapat satu rumah untuk disewa di Taman Alam Megah, Seksyen 26. Syukurlah...kami berjaya dapat rumah sewa dan tuan rumah di Bt 3 itu juga sudah berjaya mendapatkan ibunya semula..
P/S Kenangan satu malam yang tak boleh dilupakan bila hubungan ibu-anak itu bertaut semula..
kak, jadi jambatan walau sekejap hehhe
BalasPadamheee...tuan rumah tu anak "somebody"..kalau sebut nama, orang kenal
Padamkenangan..
Tmn alam megah? da dkt sesgt da tu dgn rumah BIL sy... ;-)
BalasPadamdekat 2 tahun duduk situ anies...
Padamkalau pergi semula, mesti dah berubah banyak..
Assalamualaikum wbt.
BalasPadamKak anim kena pindah mana sebenarnya?
cer cari kat mudah.com...
selalunya kawan cari kat situ...
dah cuba cari tapi tak berkenan pulak..banyak pro dan kons..
Padamp/s sudahnya confirm rumah dalam gambar tu..heee
Jun ingatkan ada perkara2 pelik berlaku, berdebar kejap...hahahaa...
BalasPadamSejak beli rumah sendiri 12 tahun jugaklah duduk bertapa kat situ. Cuba akak cari kat mudah.my kot2 ada rezeki.
huhu...ingat cerita seram jun ya..hahaha..
Padamp/s suami kak dah bayar deposit untuk rumah dlm gambar atas tu. 5 faktor yg diberi memang mantop...heee
penghubung silatulrahim..Alhamdulillah Anim..=)
BalasPadamkenangan 22 tahun yang lalu, kak nah. teringat semula masa nak cerita fasal rumah sewa, huhu
PadamSatu pengalaman yang cukup menarik. Walaupun sudah 22 tahun tapi ianya satu pengalaman pasti sentiasa segar diingatan. Besar rumah tu...kalau atas sekali tu, kalau dah naik alamat payah le nak turun balik...hehe
BalasPadamSeelum beli rumah sendiri, IM dah 6 kali pindah.
BalasPadamAs salam Kak Anim...
BalasPadamkyusuk saya baca,dalam hati kata, ada cerita suspend, rupanya salah sangka..ehehehe=)
Alhamdulillah,. dah dapat rumah...=)
Tapi rasanya kat Taiping tak nampak lg rumah camni.,.
kat mana agaknya rumah baru kak...=)
tetamu datang yg membawa rahmat ... alhamdulillah ...
BalasPadambesar rumah tu kak.. kenangan lalu pasti tidak akan dilupakan..
BalasPadamakak bab berpindah rumah ni mcm serik..letih mengemas..mau demam seminggu...
BalasPadamala.. ingatkan ada cerita hantu tadi.. suspen sekejap... memang kenangan betoiler...
BalasPadamSPtu rumahpun dah tak murahkan.. sebabnyer ramai orang Penang yang duk situkan...
Ada hikmahnya dapat duduk sehari aje - dapat kenal teman baru tapi nasib baik juga dah dapat rumah masa tu.. kalau tak kan ke haru...
BalasPadamHabis bila nak pindah rumah ni Anim?
besarnay rumah tu kak..
BalasPadamalhamdulillah..bertaut semula hubungan ibu dan anak..
Alhamdulillah...ada keberkatan dlm kehadiran akak ke rumah nya.
BalasPadamalhamdulillah.. dapat ibu smula.. seronokkan ade ibu..
BalasPadamSalam.. Ish ish.. ingatkan ada kisah seram tadi.. che mid dah standby peluk bantal ni he he..
BalasPadamMula mula ingat cerita hantu rupanya cerita kasih sayang hehe....
BalasPadamSuspen tau baca Anim....
Suspen gak nekcik tadi..kot ada 'orang lain numpang!!
BalasPadamWaa klass rumah tu...bertingkat tingkat...leh buat homestay kat atas tuu