Assalamualaikum wbt..
Sepanjang minggu di Utara, hujan sepanjang hari. Namun pagi perasmian, alhamdulillah..terang dan cerah hingga selesai majlis.
Di Kedah, memang banyak pondok pengajian dibina untuk kemudahan umat Islam mendalami ajaran Islam. Perkampungan Islam Al Filfilani yang dicetuskan oleh Ustaz Shahul Hamid (mudir Maahad Tahfiz Darul Tahzib) di Pulau Pinang ini bakal menempatkan anak-anak yatim, orang tua-tua, ibu-ibu tunggal, bapa-bapa tunggal, juga orang-orang buta bagi menghafaz dan mendalami Al Quran.
Semoga usaha murni ini dapat dijayakan bagi membantu mereka dari aspek kerohanian di Pulau Pinang. Masyarakat setempat dan kita juga boleh mengambil manfaat bila kelas-kelas pengajian agama (kitab) turut dibuka untuk semua nanti.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad (ucapan), Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Hj Salleh bin Musa dan Tok Guru Hj Awang Lanai turut hadir di majlis ini. Dato' Ismail Kamus (kitab fikah), Tok Guru Hj Salleh dan Tok Guru Hj Awang Lanai masing-masing membacakan sedikit isi kitab sebagai simbolik kepada pengajian kitab yang akan diadakan bila bangunan siap nanti.
Mufti Kedah, Sheikh Baderuddin Ahmad (berkacamata) ke upacara pecah tanah.
Dif-dif kehormat tanam pokok...(pokok kurma ada sepokok). Ambil keberkatan mereka, kata Ustaz Shahul.
Sedia untuk solat Zuhor (diimami Mufti Kedah) dan solat Hajat (diimami Tok Guru Hj Salleh)
Bukan senang nak bersolat berimamkan alim ulamak...
Ending part...makan nasi ber4 dalam talam berlaukkan gulai kambing dan lembu. Makan kenduri bagi semua yang hadir serta orang kampung Kg. Permatang Pasir.
P/S Wakaf bagi projek Perkampungan Islam Al-Filfilani ini adalah RM25 , 1 kaki persegi. Bayangkanlah bila mereka yang menuntut ilmu agama, menghafaz Quran, mendalami Quran mendiami atau belajar dalam kelas-kelas yang dibina di perkampungan ini hasil sedikit sumbangan kita.
~ Hulurkan sumbangan anda di atas nama MAAHAD TAHFIZ DARUL TAHZIB di :- 5573-8000-2583 (Maybank), 070-340-1002-9232 (Bank Islam), 071-0000-0336-105 (CIMB Islamic), 257-0500-0004-228 (RHB Islamic Bank) dan 070-2000-3233-718 (Bank Muamalat). Anda juga boleh hubungi Ustaz Shahul Hamid di 019 4575332 untuk pertanyaan lanjut. Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah jua.~
Allah... sejuk kakak membaca ini Anim. Beruntung memang duduk di utara sana kalau nak banding di JB ni. Dengar nama-nama Ustaz yg Anim sebut itu pun kakak dah sejuk hati.. sebab pernah dengar ceramahnya.
BalasPadamTu yang sedih nak tinggalkan bumi Kedah ni, kakzakie..sob..sob
PadamBeruntungkan duduk di Kedah tak di nafikan banyak kelas2 agama di serata tempat. Kadang2 kita meletakkan kekangan masa untuk tidak hadir, syaitan tu dok tiup2 ja hati tak yah gi majlis ilmu.
BalasPadamInsyaallah Kak Anim boleh turut sama menyumbang untuk wakaf ini.
Duduk dalam majlis ilmu, dapat doa malaikat. Tu sedih nak tinggalkan bumi Kedah, jun. tapi..nak buat macamana. Dah kerja makan gaji, gitulah. Mudah2an Allah rezekikan kami dengan yang lebih baik di tempat baru, insyaAllah
PadamSaham untuk akhirat ni. Insyaallah. Di sebelah utara memang aktif dengan pendidikan sekolah pondok. Amat bagus sekali. Semoga segalanya berjalan lancar dan di permudahkan.
BalasPadamInilah satu2nya di pulau pinang setakat ini. Non muslim di penang banyak dah tempat2 begini, jaga orang2 yg memerlukan. Mudah2an Allah permudahkan usaha gigih mereka
PadamAlhamdulillah, moga usaha ini diberkati.
BalasPadamBanyaknya nasi tu, habis ke?
Mudah2an..kita bantu Muslim di Pulau Pinang yg merupakan 40% bilangan penduduk di PP.
PadamP/s makan ramai2,"rebut2"... Sesimple itu pun..habisssss..hahaha...lapar ooo
alhamdulillah.. semoga usaha baik ini diberkati oleh Allah.. dah lama aiza tak makan nasi beramai-ramai dalam talam macam tu kak..
BalasPadamAnak2 akak pun teruja aiza. Makan rebut2 gitu...habis...heee
Padammoga usaha sebegini diberkati.. sama2lah kita bantu apa yg termampu yer
BalasPadamYaa...keikhlasan kita yg utama:-))
PadamAssalamualaikum cikgu...moga usaha murni ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
BalasPadamKita bantu saudara kita di PP pula:-))
PadamAsalam..he..he..nekcik pusing pusing bola ajaib ni..nampak macam Anim tngah makan nasi kandar LINE CLEAR!!!...kah kah...kalau betoi..kna lah lah blanja cek nasi kandaq nuu!!!
BalasPadamDah kenyang makan nasi kenduri nekcik, dah tak mo dah makan nasi kandar hari tu..heee
PadamInsyaallah semuga Allah berikn kelapangan untuk menghidupkan syiar islam..amiin..tq for sharing
BalasPadamKita bantu pulak saudara Muslim kita di PP..:-))
PadamBukan setakat anak2 yatim, orang2 tua, ibu dan bapa tunggal yang tak berkemampuan duduk situ. Orang buta pun nak diajar Quran braille...
BalasPadamP/s kak anak beranak pun teruja makan dalam dulang:-))
Peluang utk beramal jariah ni....
BalasPadamwww.cahayacinta.com
BalasPadamsalam sejuk hati melihat wajah2 murah rezeki