Assalamualaikum...
Terima kasih kepada mereka yang memberi respon kepada entry sebelum ini. Mesti ada yang ingat Anim ni buang tebiat ke apa bila buka jalan kat mereka yang berhajat. Takla sampai ke situ.
Rentetan isu poligami ni, Anim tergerak nak kongsi kisah benar seorang hamba Allah yang kami kenali waktu sama-sama p umrah dulu. Mudah-mudahan cerita ni beri inspirasi, ada wanita-wanita mulia di luar sana yang sanggup mengorbankan hati dan perasaannya kerana Allah...
Biarlah Anim namakan dia, pak Bilal saja. Tak tau kenapa, dia rajin bercerita dengan kami. Agaknya 1st time pergi umrah dan bersendirian pula. Selain jadi bilal di kawasan perumahannya, menurutnya, dia pekerja jawatan rendah di sektor awam.
Bila ditanya kenapa p solo, "Isteri saya dah pergi umrah". Pemergiannya ke Tanah Suci pun disponsor si isteri. "Saya cuma diberi masa 3 hari nak jawab ya atau tidak". Dia menberitahu, isterinya seorang Minah Salleh yang bertugas di sebuah syarikat penerbangan luar negara. Mula-mula, kita rasa, hairan. Kerja biasa-biasa, minta Anim tolong isi borang masuk kat imigresen di Jeddah (bahasa Inggeris) hebat betul pak Bilal ni. Mana dia jumpa isterinya itu?
Rupa-rupanya itu adalah isteri keduanya. Arwah isteri pertamanya (yang dipangginya ahli syurga) telah mengatur perkahwinan kedua pak Bilal itu semasa arwah masih hidup lagi. Terharu betul mendengar cerita pak Bilal tentang arwah isterinya.
Menurut pak Bilal, semasa arwah hidup lagi, isterinya sekarang (Minah Salleh) sudah duduk di kawasan kejiranannya dan belum memeluk agama Islam. Waktu itu Minah Salleh tu sudah berpisah dengan suami Mat Sallehnya. Kemudian, dia berkahwin dengan seorang mualaf dari negara seberang dan memeluk agama Islam. Jodoh tak panjang, mereka berpisah juga.
Tak pula diceitakan bagaimana arwah isterinya mengenali Minah Salleh itu. Menurut pak Bilal, arwah isterinya meminta pak Bilal mengambil Minah Salleh itu menjadi isteri kedua. Pak Bilal menolak tetapi arwah isterinya sering mendesak. Isteri arwah memberitahu dia sudah maklumkan Minah Salleh itu akan hasratnya itu dan permintaannya tidak ditolak. Dia mahu Minah Salleh itu terus dibimbing , agaknya. Hanya Allah saja yang mengetahui isi hati insan mulia itu.
Akhirnya, pak Bilal mengemukakan permohonan berpoligami ke Pejabat Agama. Permintaan pak Bilal ditolak dengan alasan, dengan gajinya, dengan bilangan anak yang ada, manakan mampu pak Bilal beristeri dua. Maka, hasrat itu tidak diteruskan.
Selang setahun, kalau tak silap, arwah isteri pak Bilal jatuh sakit. Wanita yang sentiasa disebut " isteri saya penghuni syurga" oleh suaminya itu akhirnya meninggal dunia.
Perjalanan hidup diaturkan Allah. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Pak Bilal kemudiannya menunaikan hasrat arwah isterinya dengan menikahi Minah Salleh itu. Tambah menarik bila pak Bilal diberitahu sesuatu oleh isteri barunya tentang taqdir yang telah ditentukan. Menurut Minah Salleh itu, selepas berpisah dengan suami mualafnya, setiap kali ternampak pak Bilal lalu di depan rumahnya (bermotor) untuk ke surau, dia selalu mohon kat Allah supaya dijodohkan dengan orang lelaki seperti "itu". Allahu Akbar...akhirnya doanya dimaqbulkan.
P/S. Kita ni, belum mati lagi pun tanya suami, "Esok kalau saya mati, abang kahwin lagi tak?" ? Walhal kita tak boleh balik ke dunia pun nak cemburu kat bini baru suami kita, heee....
Anim, satu dalam seribu kot.. =)
BalasPadamsemua nya ni ketentuan ALLAH kan Anim.. tak tau apa boleh dijangka di masa depan. mungkin masa ni kita tak boleh terima kalau dia kawin lagi. tapi tak sure pulak esok lusa..
BalasPadamterharu baca kisah ni. Hasrat isteri pertama tertunai juga, dan doa isteri kedua pak bilal itu di makbulkan Allah.
BalasPadamMulianya hati arwah,,,,
BalasPadamerm....betul semuanya ketentuan Allah..
tak berani bayangkan nak tempuh bila belum mengalaminya...Kak Anim...=)
mulia sungguh hatinya..
BalasPadammulia sungguh hati arwah tu kak..terharu baca kisah ini..
BalasPadamKuasa Allah tiada tandingan...menggerakkan hati arwah agar meminta suaminye nikah dgn minah salleh tuh...rupanya Dia ingin memakbulkan doa minah salleh tuh..Subhanallah...tersentuh baca kak...
BalasPadamsusah untuk menjadi isteri sebegini.....hanya yg betul berilmu & beriman dapat menjayakanya.....bukan senang nak jadi isteri ahli syurga nie....betul tak....
BalasPadamIndah percaturan yg telah diatur Allah. Pak bilal beruntung punya isteri lama dan baru yg dua-duanya baik dan beragama.
BalasPadamMasya Allah, diri ni terlalu kerdil dibandingkan ngan isteri ahli syurga tu :'(
BalasPadamone in a million :-)
BalasPadammmg terasa kecik sangat diri kita ni, bila baca n3 ni anim !
BalasPadamTak tau nak komen apalah Anim.... Macamana bersih agaknya hati wanita yang ikhlas memberi keizinan suaminya utk berkawen lainkan......
BalasPadamJust baca...segan nak komen :)
BalasPadamBetul betul.. berpoligami ke jalan yang diredhai adalah baik.. jika berpoligami kerana nafsu dan tak dapat jadi pembimbing tu yang tak bagus.. :-)
BalasPadamtouching...
BalasPadampengorbanan seorang wanita untuk saudara barunya supaya kekal dalam akidah islam...
seorang suami yang "sedar diri" + cinta + redha pada isteri...
uish....kalau dah suami arwah dok sebut ulang2 kali + kat makkah lagi "isteri saya ahli syurga".... perh...moga2 aman tenteram arwah "disana" kerana suaminya telah redha kepada nya....
sesungguhNya Allah lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan!!
BalasPadam