Assalamualaikum wbt..
Di sekolah, bila ada murid terjumpa wang di kawasan sekolan, dia akan serahkan wang tersebut pada guru bertugas. Guru bertugas akan buat pengumuman atau arah pengawas maklumkan dari satu kelas ke satu kelas. Tapi ingat, jangan bagitau berapa jumlah wang tersebut.
Begitu juga yang dilakukan sewaktu umumkan penemuan sejumlah wang di majlis korban kami tempohari. Of course, ada yang bertanyakan jumlah wang yang ditemui.
Hanya maklumkan, bukan ringgit, bukan puluh ringgit tapi ratus. Biasanya setakat hilang seringgit dua, memang kita tak perasan tapi kalau beratus, takkan tak sedarkan?
Sewaktu meninjau kerja-kerja melapah daging, seorang remaja lelaki menghampiri dan mengadu wangnya tercicir . Sambil meraba-raba kocek seluarnya, dia menunjukkan sekeping note RM 50. Tambahnya, sebelum ni dia ada RM 150 tapi bila diperiksa, hanya tinggal sekeping note RM 50 itu saja.
Anim suruh dia check betul- betul berapa jumlah wangnya yang hilang. Dia tetap mengatakan dia tercicir RM 100.
Maaflah dik. Duit itu rasanya bukan awak punya . Jumlah duit yang saya jumpa lagi banyak dari jumlah duit awak yang tercicir itu.
Dia hanya terdiam. Tak lama kemudian, dia menuju ke motosikalnya dan berlalu pergi bersama dua rakan. Dia dan rakan- rakannya memang ada sejak awal majlis lagi. Mungkin anak salah seorang saudara mara Encik Suami atau anak-anak muda yang berhenti singgah menyaksikan sembelihan korban.
P/S Sudah biasa jumpa situasi begini di sekolah. So, gunakan prosedur yang sama. Yang menuntut mesti buktikan wang yang dijumpai itu adalah haknya. Selain jumlah wang yang dinyatakan tidak sama, tempat dia parked motornya juga bukanlah di tempat wang itu dijumpai. Anim harap Anim bertindak dengan betul dan tidak menganiayai sesiapa.
betul tu kak.. ramai yang berpura-pura mengaku wang yang dijumpai itu haknya.. dengan cara begitu kita boleh agak jika dia berbohong..
BalasPadamSamalah yang saya lakukan di sekolah.
BalasPadamDulu pn sy wat cm tu.kalu xramai yg mengaku tu duit dia
BalasPadam