Assalamualaikum wbt..
SI KECIL , 8 tahun ni duduk 6 hari dalam wad hospital. Kakinya dipatuk ular. Menurut cerita, tengahari kejadian, selepas dia balik sekolah bersama abangnya, dia nak ke bilik air. Ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Entah macamana dia terpijak ekor ular senduk yang berada di belakang mesin basuh (rumah kampung, belakang rumah ada bukit). Apalagi...aggresiflah ular tu.
Tengok kesan pun dah ngerikan? Tapi yang menarik untuk dikongsi ialah tindakan pantas si abang yang berusia 11 tahun..
Kata si abang (kiri) bila adiknya mengadu bisa ular dari bawah kaki "naik" ke peha, kawan sekelasnya yang kebetulan ada bersama telah menyuruh si abang menyedut bisa ular dari kaki si adik. Masya Allah...pandai mereka gunakan akal mereka dengan bertindak pantas. 6 kali kata si abang, dia berusaha menyedut dan meludah balik bisa ular itu sebelum adiknya itu kemudian dihantar ke hospital oleh pasangan jiran sebelah rumah mereka.
Bila ditanya kepada kawan si abang, macamana dia boleh terfikir cara nak membantu, dia kata, dia ahli Pengakap dan guru Pengakap pernah memberitahu mereka akan pertolongan yang boleh diberikan jika terjadi kejadian dipatuk ular .
P/S Ilmu yang diberikan membawa manfaat, alhamdulillah. Yang penting, camna nak ajar anak kita agar tidak panik :-))
Bagus budak ni...Tak sia2 cikgu yang mengajar..... kalau sy pun belum tentu boleh buat perkara yang sama.
BalasPadamBila berlaku kejadian seperti ini biasanya sifat panik dan buntu menjadi penghalang kepada kita untuk berfikir. Budak2 ni berjaya mengatasinya...ia sesuatu yg sungguh menakjubkan. Orang dewasa pun belum tentu melakukannya. Syabas!! buat adik tersebut...saya amat kagum dengan tindakan dan keberaniannya.
BalasPadamJika di fikirkan semula...siapa yg sanggup nak sedut bisa ular?? Beliau wajar diberi penghargaan!
Kalau kita sendiri pun mesti panik kan kak?
BalasPadamAlhamdulillah adik dia selamat mungkin juga atas faktor bis yg telah di hisap oleh abang dia mungkin kalau tak buat macam tu keadaan lebih buruk.
Alhamdulillah. Tahniah juga kepada gurunya yang telah mengajar dengan baik.
BalasPadamnasib baik si abang ada ilmu pengakap kan...Alhamdulillah nasib baik semuanya selamat :)
BalasPadamcahayacinta hanya doakan..
BalasPadamya Tuhan lindungilah ank kecil ini.dia masih mudah dan perlukan uttuk lebih sihat dna ceria.harap anak cepat sembuh.amin
alhamdulillah , Allah telah berinya ilham ...
BalasPadamSyafakallah
BalasPadamsaya panik no1 satu..huhu
BalasPadamcamana nk train anak Kak Anim? supaya x panic cm maknya...huhu
Seram dengar ulartedung...
BalasPadamwah, bagus2.. moga2 lepas ni ramai lagi budak2 masuk aktiviti mcm ni..
BalasPadamBagus tindakan abg dia, Alhamdulillah adik selamat.
BalasPadamalhamdulillah.. bagusnya kasih si abang.. akak buat airmata saya nak jatuh dengan cerita ni.. satu kenangan yang sangat baik untuk adik mengenang jasa si abang.. mujur abg tu tak tertelan bisa ular tu pulak.. kirim salam kat hero comel ni ye kak.. dah tukar sekolah esok mesti rindu dengan diorang..
BalasPadamBagusnya di Abang....kalau okje pun, tak tentu tau nak sedut bisa tu....
BalasPadamBagus jugak ada aktiviti koko kat sekolah. ..tau jugak mereka pasal keselamatan dan pengetahuan am ni
bila baca ni air mata saya brlinangan mengenangkan kasih sayang si abang tadi..
BalasPadam