Sejak petang Khamis...busy sikit kita dibuatnya. Pakcik dari Shah Alam bermalam di rumah setelah selesai kerja di Arau. Dia kemudian pulang pada hari Jumaat.
Petang Sabtu, terima kunjungan orang jauh. Kalau readers yang mengikuti cerita Anim sejak awal pasti mengingati keluarga ini. Ceritanya
di sini dan
di sini.
Diam tak diam...sudah setahun lebih berlalu. Macam baru sahaja melihat keluarga ini bersatu. Rumah kecil Anim ni turut gembira menerima kunjungan mereka dari Pekan, Pahang. (Singgah dari majlis kahwin di Sik).
Kami ni dah macam reunion kolej pulak. Satu lagi pasangan yang menziarahi kami ialah kak Aini dan suaminya (senior kami juga di MPTI). Depa dalam perjalanan pulang dari Baling. Tak sangka, kak Aini yang berasal dari Muar ni, duduk di Kulim rupa-rupanya. Tak sangka...
Anak-anak dara yang ringan tulang...haa, beruntung mak mertua dapat depa ni. Malu nak tayang dapur rumah Acik Anim yang sekangkang kera..huhu
Anim dan family serta kak Aini suami isteri turut berkonvoi menghantar tetamu ke Homestay Sg.Jagong Damai di SP.
View waktu pagi. Nun di atas sana.....Gunung Jerai
View waktu siang dari website Homestay Sg.Jagong Damai
P/S Terima kasih atas kunjungan...jangan serik mai lagi!
Belum ada komen untuk "Tetamu Jauh Datang Berkunjung"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai