Mengikut sejarah, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke4) yang memerintah negeri Selangor dari tahun 18859 hingga 1898, Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu.
View dari Bukit Jugra yang menghadap Selat Melaka dan berhampiran dengan Sg Langat.
Rumah Api Bukit Jugra (146 m) yang sudah tidak digunakan lagi.
Sekarang ditadbir oleh Jabatan Maritim Malaysia bagi menjalankan pengawasan udara dan pantai serta mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
Hari ini cukup bertuah...macam tau2 saja kami datang jauh. Beberapa anak muda sedang bersedia melakukan penerbangan. Menurut adik2 (semua Melayu) ini...mereka join club di NS. Manakala yang 2 lagi merupakan peserta SEA Games (Sea Games 2011 di Indonesia tahun ni ada sukan paraglyding)
Paraglide ~ sukan terbang bebas yang diluncurkan dengan kaki. Pilot duduk dalam tempat duduk tergantung. Bestnya....macam helang. Dapat lihat pemandangan indah....macam superman pulak!
Kena ada lesen nak terbang...Oleh kerana si gadis ni tak ada lesen...dia akan ditemani oleh pilot yang ada lesen (terbang ber2).
Kata adik tu lagi...kalau nak terbang, boleh bayar RM140 (tak tanya lebih lanjut...kita ni gayat!!)
Padang di bawah nu (
atas kepala si Abdul) tempat depa mendarat.
"
Berapa lama belajar baru dapat terbang, dik?"
"4 hari ke seminggu kak..."
Wah..wah...boleh join club depa ni. (
Sg Petani tak ada ke?)
P/S Kalaulah anak-anak muda yang suka menyabung nyawa di jalanraya kerana merempit teruja untuk mengikuti sukan luncur udara ni seperti kami ber4...alangkah bagusnya!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Paraglyding di Bukit Jugra...Nak Terbang Jugak!"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai