Encik Suami dan 2 Abdul dah ke masjid Taman Keladi untuk solat Jumaat. Anim dok rumah sorang-sorang. Tiba-tiba terdengar bunyi motosikal di luar pagar. Menjenguk ke tingkap. Ada seorang lelaki India tertinjau-tinjau dengan alat memotong rumput di bahunya. Tak pernah nampak mukanya sebelum ini . Dialah kot pemotong rumput yang Encik Suami tunggu sejak petang semalam.
-------------------------------------------------------------
"Betul ke ni rumah yang telefon kawan saya bagitau mau potong rumput"
(Ya la kot...selalu Encik Suami yang urus hal rumput. Anim tak pernah ambilalih )
"Ya...dia tunggu awak dari semalam"
"Ni rumput jangan kasi potong dulu. Kasi itu asid. Lepas 2,3 minggu itu macam, baru kasi potong. Baru cantik. Kalau tak..dia punya akar ada bawah...nanti rumput tumbuh lagi"
"Saya tak tahulah...selama ni rumput kasi potong jugak. U buatlah apa dia suruh"
"Mana no.telefon dia. Saya mau cakap sama dia"
"Orang pegi sembahyang mana bawa handphone. U tunggulah dia balik"
"Ini rumput, saya mau RM80. Kalau RM50 saya pun tak mau. Saya jauh mau mari"
"Saya tak tau. Dia tak cakap apa-apa."
" Lama lagi ka mau tunggu. Awak boleh bayar ka? Saya tak mau datang kutip duit nanti. Confirm mau bayar, saya kerja. Kalau tak saya mau balik"
(Aiikk....biasalah kerja dulu baru bayar. Belum nampak hasil kerja, sudah mau minta duit ka?)
" Saya tak ada duit mahu bayar U. Suami saya tak kata apa-apa. Dia yang telefon..bukan saya. U tunggulah dia balik. "
"Awak kalau mahu murah, kasi RM10, RM5..awak p panggil MPSP la. Saya kerja sendiri tau. Kalau RM50 pun saya tak mahu datang. Saya pun kerja macam-macam. Ini kad saya. Saya mahu balik. Nanti saya bagitau kawan saya, saya tak potong rumah awak punya rumput sebab awak tak boleh bayar."
sambil hulurkan "bisness card" nya. Kemudian dia menekan no.hp dan berlalu pergi.
(Amboi...patut sedar dia sepatutnya mai petang semalam. Dahlah mai hari ni, di bahasanya kita ni)
Nilah "bisness card" yang dimaksudkan...
Tak sampai 5 minit Anim menutup pintu...terdengar hon motosikal.
Eh....dia lagi. Apa lagi yang dia hendak. Kata tak mahu potong rumput.
" Cik.... sorilah. Saya sudah silap cakap tadi. Suami awak Encik A.....itu kerja.......kan? Saya banyak rumah buat tadi...ayooo banyak pening kepala la. Saya sudah telefon kawan saya..dia selalu kasi potong rumput rumah awak. . Hari ini kawan saya tak sempat, dia suruh saya mai rumah awak. Saya silap dengar lah. Sori cik yaa . Saya sudah silap orang"
(Hmmmm...alasan nak menutup kemaluannya sebentar tadi...huhu)
Sempat lagi dia promote abis memotong, saya boleh cat rumah..saya ada lori untuk angkat barang...hmmm...cukuple sekali ni hang mai umah aku!!!
P/S Orang dulu-dulu ada nasihat. "Cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Salah cakap???? Lu tanggung sendirilah..."
Salam Anim
BalasPadamlawa business card no..tapi Kak Ros nak pesan la, hati hati dengan orang yang kita tak kenai,apatah lagi bila tak dak orang kat rumah.Taman Kak Ros tak dak tanah langsung semuanya simen dan jalan tar.
tq atas ingatan k.ros..
BalasPadamalhamdulillah, dia blm siap kerja,
suami dh balik..
amboi.. orang tu.. geram je bace..
BalasPadambesaq ka kawasan rumah anim? Mmg harga mcm tu ka potong rumput? mahai nya??
BalasPadam