Selamat bertugas di tempat baru, Cikgu Aziz...
Sewaktu meraikan hari terakhir GPK 1, Encik Aziz Abu Bakar menjadi warga SKS, secara spontan guru-guru SKS diminta menyanyikan lagu popular "Berjumpa dan Berpisah".
---------------------------------------------------------
Kalau nak tahu...lagu ni lagu rasmi Persatuan Pengakap. Teringat zaman sekolah menengah berbelas tahun lalu...setiap kali bercamp fire (kita ni Pandu Puteri) bersama bebudak Pengakap dan PBSM dari sekolah lain....lagu ni mesti dinyanyikan di akhir perkhemahan.
(Zaman kami dulu duduk mengelilingi unggun api, menyanyi dan menari! Aaah...dulu lain, sekarang lain. Dulu...dah sekolah menengah baru bertudung..budak sekarang, masih tadika dah kenal tudung, alhamdulillah. Namun begitu...budak2 dulu kurang bersosial seperti sekarang...lambat baligh. Budak pompuan zaman la, seawal usia 9 tahun dah datang bulan...banyak makan ayam! Ayam suntik! )
-----------------------------------------------
Ehh...apa melalut. Nak share lirik lagu yang kami nyanyikan live kelmarin di depan anak murid.Aduh...pitching ke laut, sumbang mambang! Lucu....
Berjumpa Dan Berpisah
Adat Manusia Biasa
Hilang Dimata Tapi Di Hati Tidak Lupa
Berdoalah Kita Agar Aman Dan Sentosa
Semoga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Masa
P/S Setelah 8 kali berpisah dengan rakan sekerja dan anak murid kerana berpindah sekolah...11 kali berpisah dengan jiran tetangga kerana berpindah rumah....perpisahan sudah menjadi lumrah....
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai