Masjid Al Khalidiah, Tikam Batu
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan barangsiapa yang merasakan masjid itu adalah rumahnya, Allah menjaminnya mendapat rahmat dan ketenangan hati, kepuasan serta kemudahan melintasi titian sirat dan selamat dari apa neraka serta segera menuju keredhaan Allah SWT"
(Hadith riwayat At-Tabrani)
----------------------------------------------------------
Orang bertaqwa hanya boleh dilihat ditempat-tempat berikut:
1- Masjid
2- Rumahnya sendiri
3- Di tempat-tempat keperluannya
3 golongan manusia yang mendapat naungan pada hari akhirat:
1- Seseorang yang masuk ke masjid kerana Allah Taala. Maka ia sebagai tetamu Allah sehingga ia keluar kembali ke rumahnya.
2. Seseorang yang menziarahi sanak saudara seIslam kerana Allah Taala. Ia termasuk ziarah kepada Allah sehingga ia kembali.
3. Seseorang yang menunaikan haji dan umrah kerana Allah Taala.
(Alhasan bin Ali r.a)
------------------------------------------------
Masjid adalah rumah Allah di dunia. Sekiranya kita masuk ke masjid, kita ni adalah tetamu Allah. Ibarat orang yang datang ke rumah kita...kita akan layan dan muliakan tetamu kita.
Begitu jugalah layanan Allah SWT terhadap tetamuNya yang datang ke rumahNya.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa membersihkan diri di rumahnya, kemudian berjalan ke sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan satu solat fardhu, maka langkahnya yang sebelah menurunkan dosa sedang yang lagi satu menaikkan darjatnya"
(Riwayat Imam Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa pada waktu pagi dan petang menuju ke masjid, maka Allah menyediakan baginya hidangan di syurga setiap datangnya waktu pagi dan petang"
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
----------------------------------------------------------------
Lihat betapa tingginya penghormatan yang diberikan Allah kepada tetamuNya.
P/S Kuliah Subuh Masjid Taman Keladi, Sabtu 8 Oktober 2011.
Salam...cantik masjid al-khalidiah tu..
BalasPadamcantik luar dalam..
BalasPadamsy belum merasai suasana berjemaah lagi di situ...
mudah2an satu masa...
semangat ke mesjidd..... fikir untuk mendapatkan keredhaan Allah S.w.t.
BalasPadamtahniah kazman..
BalasPadam