Pada suatu hari, Abu Hurairah, seorang sahabat yang miskin, menemui Nabi Muhammad SAW. Pada waktu itu, sudah beberapa hari dia tidak makan.
Abu Talhah, seorang Ansar mengajaknya ke rumah bagi memberinya makanan namun di rumahnya, tidak ada makanan kecuali sedikit sup.
Isterinya memasak sup itu untuk anak-anak mereka. Isteri Abu Talhah lalu bertanya kepada suaminya apakah yang perlu mereka lakukan.
--------------------------------------------------------------
Mereka berdua memutuskan untuk menidurkan anak-anak mereka tanpa memberi makanan kerana sup itu tidak cukup untuk semua orang. Mereka mahu memberikan sup itu kepada tetamu mereka iaitu Abu Hurairah.
Sewaktu mereka duduk dan hendak mula makan, isteri Abu Talhah memukul lilin dan memadamkannya seolah-olah dia tidak sengaja sedangkan dia dan Abu Talhah merancang hal itu.
Dalam kegelapan itu, mereka berlakon kononnya mereka sedang makan walaupun sebenarnya, hanya Abu Hurairah yang makan.
Dengan itu, Abu Hurairah makan dengan kenyang. Kemudian dia pun pulang ke rumahnya tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
-------------------------------------------------------------
Pada hari berikutnya, mereka mengerjakan solat Subuh di masjid bersama Nabi SAW. Sebaik solat selesai,Nabi SAW berpaling ke arah mereka dan bertanya,
"Apakah yang kamu lakukan malam tadi sehingga turun ayat ini yang memujimu?"
"Mereka mengutamakan oranglain lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukannya" (Surah al-Hasyr, ayat 9)
~Hadis riwayat Bukhari~
P/S Sumber : Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna oleh Sulaiman Al-Kumayi
Lain-Lain Artikel:
ada ker lagi insan seperti itu di zaman sekarang???
BalasPadaminsya-Allah ada...
BalasPadamhanya Allah mengetahui..
insya-Allah kita pun boleh..walaupun dlm sudut yg berbeza...