Musim hujan di Kota Bharu membataskan pergerakan kami. Shopping malam ditemani hujan di Wakaf Che Yeh kurang menyengat kerana banyak gerai tak dibuka. Menginap di sebuah hotel bajet di situ meninggalkan kenangan manis bila salah satu bilik double yang dihuni Ustazah Azimah dan Cik Choo telah didatangi rombongan pegawai pencegah maksiat jam 3 pagi.
Hihi....pakat kena usiklah depa waktu turun breakfast bila berita itu tersebar luas dikalangan kami.
Pagi lepas check out dah berada di Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.
Kedai baru nak buka..
"Harga gori dik" itulah ajakan peniaga. (Harga rendah...baru buka kedai)
Manis dan sopan Rozita Che Wan kita ni bertudung....
Papan iklan inilah yang PALING MENARIK kami pandang....
Selepas penat menabur wang dalam hujan di Rantau Panjang...rombongan berhenti solat di sebuah masjid baru berhampiran. Cantik masjidnya. Selain bercirikan China...ada ciri-ciri Thailand jugak.Maklumlah....dah dekat benar Rantau Panjang dengan Thailand kot...
Masjid Beijing di Rantau Panjang
(panggilan penduduk tempatan kerana rekaannya dipengaruhi oleh masjid di China).
Nama masjid ini Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Lokasinya di tepi lebuhraya Pasir Mas - Rantau Panjang. Tak yah p China nak tengok masjid menyerupai binaan masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing, China ini.
P/S Fakta menarik mengenai masjid Beijing ini ialah khabarnya ia diurus sepenuhnya oleh Imam dan AJK dari kaum Cina Muslim.
Lain-Lain Artikel:
Salam Anim,
BalasPadamBest nya.....lama jugak dah Kak Ros tak pi Kelantan ni,kalu kita tengok dari segi jualan dia memang gila habis.
harga gori waktu awal buka kedai..
BalasPadammurah giler kak ros