Assalamualaikum wbt..
Anim pernah cerita tentang mereka di
sini.
Majlis diadakan di rumah rakan Anim di Pekan, Pahang. Cantik banglo setingkatnya...
Rombongan pengantin lelaki belum tiba lagi. Bertubuh kecil, dah didandan begini...macam anak dara..
Pasangan sejoli di tahun 1990. Takdir memisahkan mereka.Selepas lebih 20 tahun, 6 Jun 2010, mereka disatukan semula. Pernikahan unik. Anak-anak kedua belah pihak menyaksikan pernikahan ibu dan ayah masing-masing.
Keluarga besar mereka sekarang (4+3). Alhamdulillah..dah sama je semua muka bila masing-masing pakai sedondon begini.
Paling menggembirakan..di majlis mereka ni juga menemukan Anim dan kawan-kawan lama di kolej. Ni salah seorang geng 6 Jahanam yang tinggal di Kuantan. 21 tahun tak jumpa.. bila bersembang macam dulu-dulu jugak. Memang betul orang kata...jiwa dan hati kita tak pernah tua..
Salah satu member gang yang menetap di Puchong. Kawan gaduh Anim, satu kelas, satu rumah sewa, satu bilik asrama di kolej...satu bendera lagi.
P/S Semoga Allah memberi keberkatan kepada pasangan pengantin . Selamat berhadapan dengan kehidupan baru, rentak baru, suasana baru, tanggungjawab baru. Bersedialah dengan hati yang tabah dan jiwa yang jitu
salam...akak tau tak..nak menitik baca citer akak dan gembira sangat bila membaca sambungan ceritanya..iyalah...jodoh semua ditangan ALLAH...macam2 yang menanti dihadapan dan hanya DIA YANG TAHU
BalasPadammoral of the story..
BalasPadamrencana Allah utk kita jauh lebin indah dari rencana kita..
selagi kita bernyawa, selagi itu
setiap cerita tiada penyudahnya..