Pada suatu ketika, Nabi Isa a.s menghentakkan kakinya ke tepi kubur. Lalu bangkitlah mayat yang berada di dalam kubur itu dan mayat itu bertanya kepada Nabi Isa a.s tujuan dia diseru bangkit daripada kubur oleh Nabi Isa itu, walhal ketika itu dia sedang disoal dengan satu soalan sahaja sejak 70 tahun lalu, tidak mampu diberi penjelasan dan tidak dapat didatangkan bukti untuk membolehkan perbuatan yang pernah dikerjakan di dunia dahulu.
------------------------------------------------------------
Lalu Nabi Isa berkata : "Aku tahu engkau berdosa, tetapi aku tidak tahu apakah halnya yang menyebabkan engkau berdosa itu."
Maka jawab ahli kubur itu, "Ya Nabi Allah, semasa hidupku dahulu aku bekerja mengambil upah memikul kayu api. Aku makan dari hasil upahan dan selebihnya aku sedekahkan."
Mendengar jawaban itu Nabi Isa kehairanan lalu berkata:
"Bukankah kerja mengambil upah memikul kayu api adalah halal dan kamu pula bukan sahaja memakan hasil yang halal, tetapi bersedekah pula dengan rezeki yang halal. Bagaimanakah sampai engkau boleh disoalsiasat hingga 70 tahun?"
Jawab ahli kubur itu, "Wahai Rasul Allah, sesungguhnya Tuhan amat murka kepada aku kerana pada suatu hari, semasa aku mengambil upah memikul kayu api itu, aku cuma mengopek secebis kayu itu untuk mencungkil gigiku. Olehkerana aku menggunakan harta orang itu tanpa izin tuannyalah aku dimurkaiNya."
Ahli kubur itu mati sebelum mendapat redha daripada tuan punya kayu itu. Maka, kerana itulah ia dimurkai Allah. Soalan itu belum dapat dijawab lagi sehingga 70 tahun ia terseksa oleh penderitaan mengenangkan kesilapannya tidak meminta redha tuan punya kayu.
Wallahu'lam
P/S Sumber : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh
Lain-Lain Artikel:
aduhh... teringat guna harta pejabat untuk anak2... insaf di pagi jumaat...
BalasPadamsaya sendiri terkesan..
BalasPadamlebihan susu sekolah yg sesetengah murid tidak mahu..kadang2 diberikan kpd guru (walaupun hanya satu kotak)
itu bukan HAK saya..