Masak lemak labu hidangan kegemaran Encik Suami dan anak sulong
Puas menjengah 2,3 gerai di salah sebuah market di SP. Daun kunyit yang dicari masih tak berjumpa. Nak masak lemak labu, letak daun kunyit baru umphhh. Secara jujur...memang payah nak mencari daun kunyit di pasar malam/market di SP. Daun kari, daun kesum, bunga kantan memang berlambak. (Bukan tak menanam...tapi dah dimakan anak-anak angkat dibelakang rumah!)
-----------------------------------------------------
Berhenti di salah sebuah gerai sayur Aci. Kecil saja gerainya. Lega...ada daun kunyit. Tu pun tak banyak..ada dalam 7 helai saiz kecil saja. Encik Suami memilih 5 helai dan bertanyakan harga.
"20 sen" jawab Aci.
Encik Suami mengangkat keningnya (terkejut) dan berbisik kat Anim,
"20 sen dapat beli apa sekarang, Ummi?
Anim hanya mampu menggelengkan kepala!
Encik Suami menyeluk kocek seluarnya dan menghulurkan sekeping syiling 50 sen kepada Aci,
"Aci...tak payah pulang baki"
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan jarinya sibuk menguis-nguis syiling di depannya.
"Tak apa Aci...tak apa" Anim menambah.
---------------------------------------------------
"Saya tak mahu duit awak. Saya meniaga mau betul punya" sambil mendesak Encik Suami mengambil baki 30 sen yang dihulurkannya.
Speechless......
P/S Macamana dengan kedai besar? Supermarket besar? Betul punya ke?
Belum ada komen untuk "Saya niaga mau betul punya...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai