Rambang mata wooo tengok kain sutera di Pasar Payang nih. Banyak pilihan...pokoknya RMnya ada sih..
Camnapun...kenalah pandai menawar, tahu harga. Almaklumlah...dari RM580 boleh turun jadi RM270! Fuhh...mau separuh kasi diskaun. Untuk mereka-mereka tak pandai menawar tapi banyak duit bolehlah mencuba...
Ni tak perlu cakaplah...keropok losong yang terkenal di Terengganu. Pantang jumpa...
Masjid Kristal ~ mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid yang dibina dari kaca dan keluli ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Berkeluasan 2,146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.
Berehat di luar masjid selepas solat Jamak....sedikit sebanyak mengubati kekecewaan kami...
Taman Tamadun Islam ~Ihsan Mr. Google
Hajat hati untuk melihat monumen masjid-masjid yang menjadi mercu tanda Islam di seluruh dunia tak kesampaian.
Manatah silapnya...patutlah lengang kawasan sekeliling.
Rupa-rupanya Taman Tamadun Islam ditutup pada setiap hari Selasa. Langkah kiri betul... (Nasib baik Masjid Kristal boleh dikunjungi)
Ihsan Google
Muzium Negeri Terengganu (terbesar di Asia) yang tidak berkesempatan singgah. Dekat saja dengan kawasan Taman Tamadun Islam.
Masing-masing sudah keletihan...mahu meluruskan kaki dan badan di atas katil.
Sejak tiba....kami tidur dalam bas sahaja. Kesian...kesian...
Bagi mereka yang bergelar makcik cam I ni....kaki, pinggang, kepala.....semua ada masalah bila duduk lama-lama dalam bas bertutup yang tak boleh dibuka tingkapnya, huhu...
P/S Berangkat ke Kota Bharu lak...
Lain-Lain Artikel:
lamanyaa dah tak pergi terengganu... mesti dah banyak tempat yang menarik di sana...
BalasPadamSalam Anim,
BalasPadamKat terengganu ni kalau tak dak duit tak payah pi lah buat tension ja,tengok barang jualan depa kat sana memang gila..
terengganu memang banyak tempat nak p ronda..
BalasPadamtiap tahun p pun tak jemu..
kalau nak kata cikgi gaji buta xle tapi imbuhanya melampau-lampau,kakitangan lain pun keja juga,sama gred kaji kurang,saya ingat ni semua perancangan umno supaya cikgi ni jadi kader perang saraf depa,sory.
BalasPadam