Seorang yang soleh telah ditakdirkan dapat berkomunikasi dengan Iblis di Padang Arafah.
Maka orang soleh itu bertanya Iblis;
"Apakah yang menyebabkan kamu menjadi pucat?"
Iblis menjawab:
"Disebabkan doa manusia yang berbunyi; Aku memohon padaMu ya Allah, Husnul Khatimah."
Dengan doa tersebut Iblis menjadi kecewa kerana gagal mematikan manusia dalam kufur (su-ul khatimah) sehingga Iblis kelihatan pucat.
Akan tetapi lebih dahsyat lagi yang akan dihadapi oleh Iblis ialah disaat kematiannya kelak.
Ia akan hadapi penyeksaan jutaan kali ganda sakitnya daripada yang dihadapi oleh orang-orang kafir kerana Iblislah menjadi punca orang menjadi kafir.
Pada hari kiamat nanti, Malaikat Maut akan mematikan Iblis. Apabila berjumpa dengan Iblis, Malaikat Maut menunjukkan kuasanya dengan berkata:
"Berhentilah kamu wahai Iblis laknat dan rasailah kesakitan azab maut sepertimana yang pernah dirasai oleh orang-orang yang engkau sesatkan sejak sekian lama engkau hidup. Inilah hari yang Allah tentukan untuk kamu maka kemanakah engkau mahu lari?"
Peri mendengar suara Malaikat Maut itu, Iblis pun mahu mengelak diri namun ke mana sahaja dia pergi, Malaikat Maut berada di hadapannya. Kemudian dia berlari pergi ke kubur Nabi Adam a.s dan Adam berkata ; "Disebabkan kamulah aku mendapat laknat."
Kemudian Iblis bertanya kepada Malaikat Maut:
"Seksaan apakah yang akan dikenakan ke atas aku?"
Jawab Malaikat Maut:
"Kamu akan dikurniakan minuman dari Neraka Ladha dan diseksa dengan seksaan berlipat ganda dari ahli neraka yang lain"
Apabila mendengar jawapan itu, Iblis menjerit sekuat hatinya sambil berguling-guling di atas tanah dari barat ke timur sehingga sampai ke tempat yang mula-mula sekali dia diturunkan.
Di situ dia dihalang oleh Malaikat Zabaniah yang membawa rantai dan pada waktu itu Malaikat Maut pun menjalankan tugasnya.
Di saat Iblis sedang nazak, Nabi Adam dan Siti Hawa dipanggil untuk melihat Iblis. Maka berkata keduanya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan nikmatMu kepada kami."
Wallahua'lam
P/S Sumber ~ Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh.
Lain-Lain Artikel:
mudah2an kita semua di akhir hayat kita mati dalam keimanan kepada Allah dan Rasul
BalasPadammudah2an...aminnnnn
BalasPadam