Assalamualaikum wbt...
Rakan Anim yang satu ni merupakan teman sekuliah dan teman baik Anim. Anim pernah ke rumah keluarganya di Pekan, Pahang dan dia pun pernah menziarah keluarga Animr. Setelah keluar kolej, kesibukan tugas dan tanggungjawab berumahtangga membuatkan kami jarang berhubung. Tahun 90an hp tak popular dan belum mampu dimiliki.
2003, Encik Suami ditugaskan di BP, Johor dan kami berhubung semula, hp dah melambak dipasaran. Kebetulan dia bersuamikan orang Segamat tetapi kami masih belum berkesempatan mengenali suami dan anak2 masing2..Hubungan kami masih on off on off..Yg pasti setiap hari kelahiran, hari ibu, hari guru...kami sering bertukar sms.
2009...Anim mengajar di Selangor dan masih menunggu jawapan pertukaran ke Kedah. Pagi Selasa, 2/6/2009 , Anim terima sms darinya menyatakan kemalangan maut yg menimpa suaminya di Serting. Aduh..menggeletar tangan sewaktu membalas sms tersebut.
Keesokan hari, Anim menelefonnya dan hanya Allah SWT yg tahu bagaimana perasaan Anim ketika itu.Sebak mengenangkan sahabat baik, teman seusia kini kehilangan teman hidup. Sebak memikirkan keadaan anak2nya yang kehilangan ayah disaat mereka memerlukan kasih sayangnya.Anim hanya mampu menasihatinya agar sabar dan redha dengan ujian Allah ini...
Menziarahi dia seminggu selepas pemergian arwah suaminya
Seminggu selepas itu, Anim , Encik Suami dan anak2 mengunjungi dia di rumah ibunya . 19 tahun berpisah , sayunya kerana pertemuan semula ini dia dalam keadaan berduka. Hanya gambar arwah dari albumnya yang dapat Anim tatap...itulah pertama kali Anim lihat wajahnya tanpa jasad. Namun hikmah dari pertemuan itu..kami saling berhubung antara satu sama lain..Ya..dia perlu kuat untuk anak-anaknya... Hidupnya kosong setelah kehilangan arwah.. Lama dia mengasingkan diri. Dari tulisan dan luahan di netlognya Anim tahu dia merindui arwah suaminya.
F pula teman sekolej tapi berlainan course. Dia dan F digelar pasangan "belangkas" di kolej suatu masa dulu. Sama putih kulitnya..sama padan. Hubungan mereka memang diketahui ramai malah turut dihidu pensyarah juga. Namun..kita hanya mampu merancang..Jodoh mereka tidak kesampaian bila masing-masing memulakan tugas di tempat baru yang berlainan. Yang berlalu biarlah berlalu. Tak perlu ditanya mengapa.
Semasa Anim bertugas di BP, Anim pernah terserempak dengan F dan keluarganya di sebuah majlis perkahwinan. Tapi..tegur2 begitu sahajalah. Anim pernah juga bertugas dgn isteri F di padang sewaktu kejohanan sukan peringkat zon. Tapi isteri F mengenali Anim sebagai rakan setugas satu zon sahaja...Iyalah, Allah dah tentukan jodoh hambanya...siapa kita nak menolak rencana-Nya.
2 bulan selepas pemergian arwah suami rakan Anim ni, 15 Ogos (Anim dah bertukar ke Sg.Petani) , Anim terima 3 sms dari geng bas sekolah di Johor.
"Anim kenalkan dengan Cikgu N? Sekolah....... Dia meninggal dunia petang tadi akibat kanser rahim. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya".
Cikgu N, sekolah....???Eh, isteri F ke ni??
Anim ragu-ragu dengan berita itu. Anim balas semua sms tadi dan meminta kepastian. Innalillah..... Dengan tidak semena-mena, terlintas difikiran Anim. Takdir rakan Anim dan F serupa...kehilangan pasangan hidup masing-masing... Anim hantar message ke rakan Anim. Dia agak kebingungan agaknya sebab jawapan yang Anim terima "F yang mana?"..Lucu..
Alamak, macamana nak contact F ? Kawan2 di BP..tiada sorang pun tahu dan ada no.tel F. Kena buat tindakan segera.. Anim hubungi adik di Kluang. Sebagai pemeriksa kertas SPM, tentu dia banyak contact dari daerah lain.
Alhamdulillah..dipermudahkan Allah, petang tu no.telefon F dah ada dlm tangan. Kali ni Anim pulak bingung. Nak call ke nak hantar message? Decide hantar message takziah dulu. Message Anim tak berbalas. 2 hari jugalah Anim menanti. Akhirnya, dengan nasihat Encik Suami, Anim mengumpul kekuatan untuk call F. Payah nak mengatur ayat untuk sahabat dalam kesedihan ni.
Kata Encik Suami, " Mudah-mudahan langkah pertama Anim menyatukan mereka berjaya." Eh, dia pulak teruja.
Hmmm...rupa2nya F "bingung" baca sms bertaip Anim, Sg.Petani. Haah, mana dia tahu Anim dah ke sana kan..Dulu jumpa di BP. Dari cerita sakit arwah isteri, saat akhir arwah isteri ...kemudian ke anak-anak, akhirnya bila sentuh fasal rakan Anim, ...pucuk dicita ulam mendatang... F terkejut dengan berita sedih itu dan ingin mengucapkan takziah buatnya.....
Haaa..cerita selepas ini, merekalah kena sambung... Walaupun pada awalnya rakan Anim agak bimbang dengan "segala kemungkinan dan kata-kata sekeliling"...Anim yakinkan dia..mereka sememangnya telah ditakdirkan bersama. Cuma perjalanan untuk mereka bersatu...perlu melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang tambah menguatkan lagi cinta mereka sebenarnya.
Anak-anak rakan Anim perlukan kasihsayang dan perlindungan dari seorang bergelar ayah. Anak-anak F pula rindukan belaian, sentuhan dan air tangan seorang ibu... Anim yakin dan percaya mereka akan menjadi pasangan ibubapa yang hebat buat anak-anak mereka sedia ada dan bakal ada nanti...insya-Allah.
Buat kedua-duanya,yang lalu biarlah berlalu...Lembaran masa lalu wajib diikat supaya tidak keluar utk selama-lamanya dan ditutup rapat hingga tidak dapat dilihat lagi.Tak perlu dibuka balik sebab ia sudah berlalu.Tidak ada kesedihan untuk mengenangnya, tidak ada kepiluan utk memperbaikinya, tidak ada kesukaran utk membetulkannya dan tidak ada kemurungan utk menghidupkannya. Rencana Allah jauh lebih indah daripada rencana kita terhadap diri kita sendiri, dan apa yang menurut kita baik atau buruk belum tentu itu yang terbaik dan terburuk menurut jalan-Nya. Semoga bahagia menjadi milik kamu berdua selamanya!
P/S Untuk kamu ber2.....time is like river. You cannot touch the same water twice because the flow that passed will never pass again. Enjoy every moment in your life.
Terharu along baca cerita Aneem nie. Syabas, Aneem memang ade bakat menulis. Along walaupun guru Bm rasanye tak mampu buat cerita begini. Yang along tau fakta tatabahasa.
BalasPadamKetika membaca cerita ini tanpa sedar air mata bergenang. Along nie memang sensitif sikit. betul kata Aneem, yang berlalu biarlah berlalu. semuanye ketentuan Allah. Ade hikmah dan nikmat disebalik ketentuan-Nya itu.
Semoga Sae dan Fadzil akan melalui hari-hari mendatang dalam keberkatan-Nya. Amin.
Along..saya silap ambil course..
BalasPadamdulu nk tukar sastera, cikgu tak bagi..
rupanya dapat peluang menulis di usia 4 dekad..
alhamdulillah..
siapa sangka..selepas 21 tahun...
mereka disatukan semula..
rencana Allah..amat indah.