Assalamualaikum wbt...
Cerita 1
Tengahari Sabtu lalu, tengah dok lena, terdengar-dengar bunyi hon bertalu-talu depan rumah. Bangkit dari katil, selak langsir tingkap, eeehhh, ada van Poslaju depan rumah . Siapalah bikin surprise hantar barang agaknya. Ternampak kotak besar dihulurkan despatch Poslaju. Saspen..saspen.
"Junaidah bt....". Eeeh, itu bukan nama saya. Berubah wajah despatch Poslaju. "Betulkan alamat ni?" sambil menunjukkan alamat di kotak. Heeee....alamat di kotak No.96, rumah saya No.90. Tulisan tangan pengirim mengelirukannya. Rupa 6 ada, rupa 0 pun ada. Bila van Poslaju berlalu, Anim pula gigit jari...walaupun sudah depan mata..BUKAN REZEKI kita rupanya.
Cerita 2
2 bulan lepas, keputusan kenaikan pangkat (time-based) keluar. 6 guru lain di sekolah yang memohon semua berjaya. Anim sorang tak ada maklumat. Tak berjaya. Dek kerana ianya berdasarkan kecemerlangan, jumpa GB secara personal. Bertanya dia, adakah prestasi kerja kita kurang memuaskan....tak salahkan?
GB kata sekolah hantar semua nama yang layak. Nanti dia semak dengan Pembantu Tadbir. Kemudian, PT maklumkan. Semakan dengan PPD, nama tak naik sebab ambil Cuti Tanpa Gaji selama 5 hari pada 2011. Timbul kemusykilan dihati. Bukankah Cuti Tanpa Gaji itu sudah terbatal?
Alkisah, waktu umrah Mac 2011 (1st time p umrah), decided nak ambil Cuti Tanpa Gaji kerana cuti sekolah 7 hari saja, manakala pakej umrah 15 hari. Borang pun dah isi. (Ada buat
entry tentang hal ni). Namun balik umrah, PT hulur borang Cuti Rehat Khas (CRK) pula untuk diisi. Adalah kes yang ditimbulkan oleh guru lain yang p umrah juga (lain pakej) dan tak semena-mena kita pun kena tempiasnya. Nak kata apa...ikut sajalah masa tu.
Dengan nasihat seseorang, Anim hubungi Jabatan Pendidikan Negeri untuk semakan fail. Gitu gini, dapat makluman, hanya rekod Cuti Tanpa Gaji yang ada manakala tak ada rekod CRK 5 hari dalam fail rekod perkhidmatan. Musykil lagi. Nak batalkan rekod Cuti Tanpa Gaji tu dah lewat. Maklumlah..kelulusannya 2 tahun sudah. Timbul soalan, apa penyelesaian untuk Cuti Tanpa Gaji 5 hari dan CRK 5 hari yang berjalan serentak. Anim dimaklumkan mereka gunapakai kelulusan Cuti Tanpa Gaji 5 hari tu manakala CRK tu pula akan dibawa nanti ke pencen..Pulak dah..
Ada yang mencadangkan Anim ke JPN semula kerana itu kesilapan individu yang tidak hantar CRK Anim ke JPN dan membuat pembatalan Cuti Tanpa Gaji Anim itu. Takpelah...Anim anggap kesilapan itu tidak disengajakan. Kita ni manusia, bukan sempurna. Individu itu pun mungkin tak jangka perkara ni menjadi masalah pada masa akan datang.
GB kemudian maklumkan Anim duduk perkara sebenarnya (dia tak tahu Anim dah telefon JPN). Anim beritahu GB, Anim terima keputusan itu dan anggap kenaikan pangkat itu bukan rezeki Anim.
Anim terima kerana mungkin Allah nak ingatkan janji Anim kerana niat awal p umrah dulu memang nak berkorban gaji. Mungkin juga kifarah atas dosa-dosa Anim. Kifarah kerana Anim cuai dengan tugas hakiki, mengajar tak cukup masa yang ditetapkan, lewat masuk kelas ke...macam-macam lagilah. Anim redha dengan keputusan itu.
Namun minggu lalu, terkejut bila PT maklumkan ada surat untuk Anim di pejabat . Lagi terkejut bila dapati itu adalah surat kenaikan pangkat untuk Anim. Syukur alhamdulillah...SUDAH REZEKI kita..
Semalam, saja-saja check keputusan online. Bukan nak canang satu dunia bila kita tunjuk apa yang tertera. Maklum, gaji cikgu lama ni pun dah nak "langgar dinding", naik tak banyak mana. Cuma mungkin cerita yang Anim share ni boleh jadi panduan buat cikgu-cikgu baru (kot2 ada cikgu yang jadi pembaca senyap blog Anim) yang bakal menghadapi masalah perkhidmatan pada masa-masa akan datang.
P/S Pengajarannya, kena sentiasa ambil tahu tentang rekod perkhidmatan kita.
Tahniah kak, atas kenaikan pangkat...
BalasPadamtahniah anim
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamTahniah cikgu!...apa yg berlaku banyak hikmahnya..
BalasPadamTahniah kak Anim naik pangkat.. Kak Anim dah pindah Johor ke?
BalasPadamwah TAHNIAH3! ni baru betul2 dinamakan rezeki
BalasPadamalhamdulillah.. tahniah kak.. benarlah kata-kata, jika ia memang rezeki kita pasti akan menjadi milik kita walau dengan apa cara sekali pun.. namun ia bukan rezeki kita, dah masuk ke dalam mulut pun boleh terkeluar balik..
BalasPadamTahniah ye...alhamdulillah
BalasPadamTahniah Kak Anim. Rezeki dah tertulis untuk akak tapi sebelum tu di uji sedikit. Alhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah... Allah tak mahu Anim rasa bersalah sebaliknya segera diberi ganjaran disebalik cuti yg mengelirukan itu. Bila kita redha dan ikhlas insya-allah ada yg lebih baik akan dtg bertandang...
BalasPadamTahniah dari kakak:)
dah rezeki kak...akhirnya dapat juga...alhamdulillah
BalasPadamMungkin pd asalnya ada kesilapan, tapi selepas kak Anim check dgn JPN mereka baru dapat tahu hal sebenar. Memanglah rezeki itu ketentuan Allah...tapi dengan usaha, doa dan tawakal...Allah boleh mengubahnya. Syukur...semoga Kak Anim sekeluarga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
BalasPadamkerani kat sekolah akak lak , selalu larikan diri bila ditanya ttg sesuatu sbb mrk yg selalu x buat kerja dgn betul ... cuma mrk x fikir yg cikgu blh dptkan maklumat tu dgn mudah kat internet ...
BalasPadammacam-macam akak yea. Semoga dimurahkan rezeki akak.
BalasPadamSetelah bermacam onak duri....
BalasPadamTahnih yer kak.
tahniah kak.. Allah nak duge nak bagi kite ingat kesalahan lalu.. dan akhirnye.. Allah beri ape yang akak perlu.. alhamdulillah.. tahniah..
BalasPadamtahniah kalau dah rezeki mmg x kemana kan !
BalasPadamAskm Tahniah Anim...memang kadang kadang nekcik pun perasan..apabila Allah nak bagi rezeki tu kat kita...insyaallah takkan ke mana....mungkin Allah uji dulu...bila kita redha..Allah berikan sesuatu yang kita perlu...insyaallah...
BalasPadamMemang kna ambik tahu rekod perkhidmatan..nanti kan menganggu kelancaran masa nak pencen nanti!!
Alhamdulillah...=)
BalasPadamTahniah Kak...
tumpang hepi..)
Walaupun terlambat ingin jugak ucapkan Tahniah! Alhamdulillah... rezeki Anim yang redha kepada pemberian Allah...
BalasPadam