50 kg jeruk buah madu Pak Ali yang diangkut balik Johor serupa tong cat pulak. Tapi tong kosong ni kena bawa balik SP gak sebab deposit tong RM50 wooo..
Alkisah nak bertolak lepas Encik Suami balik kerja (3.30 petang) semalam. Gitu gini, hujan lebat di Sg.Petani memaksa kami melewatkan perjalanan. Jam 7.00 petang rasanya baru keluar dari Sg.Petani. Dalam 2@3 pagi ni rasanya baru tiba. Jalan masuk ke rumah emak tu kiri kanan estet. Mak selalu pesan...kalau boleh jangan pulang lewat malam. Tak banyak kenderaan lalu lalang..Bahaya....
Suggest kat Encik Suami, telefon
Safar Inn. Bila diberitahu kami mungkin tiba lewat pagi..AJK Masjid yang dihubungi minta kami "check in" Bilik Safar 2, Tak de guard, tak de siapa menunggu. Masuk jelah..kunci ada dipintu bilik. Wah...saspen gak. Jam 3 pagi, turun Tol Yong Peng dan terus ke Masjid Jamek Yong Peng. Sunyi sepi..tiada siapa di sana. 2 ekor kucing yang "menunggu" kami di tangga masjid.
Pada awalnya, Encik Suami nak keluar balik. Dia nekad nak terus ke rumah Bonda. Hahaha ... isteri dia ni berani semacam (pengalaman hidup yang mengajar kita kan). Ayat Anim senang je "Apa nak susah, nak bimbang bah. Kita dah telefon pihak masjid, kita bukan menceroboh. Masjid ni rumah Allah..kita anak beranak pun Allah jaga".
Wah, luas bilik berairconditionednya. Satu rombongan pengantin pun boleh masuk ni. Ada 4 katil bujang dan 4 bantal (selimut je takde). Hmmm...ok sangat2 ni. Badan letih...mata mengantuk. Tak sabar-sabar nak rebahkan diri..
Jarak ke masjid dalam 20m sahaja (dalam kawasan masjid). Anak bingkas bangun bila tahrim diperdengarkan sebelum Suboh. Melangkah masuk ke masjid waktu azan Suboh berkumandang... tiba-tiba teringatkan Masjidil Haram (rupa2nya perasaan sama menimpa Encik Suami) ..Ya Allah, rindunya dengan Kaabah.
Bersolat bersama 2 saf pendek jemaah wanita..mendengar Imam masjid yang sangat muda membaca Surah Al-Sajadah dengan lancar,dan bersama-sama bersujud tilawah. Syukur atas pengalaman bermalam di masjid ini.
Bagi musafir yang dalam perjalanan ke Selatan yang berhajat ke sini boleh menghubungi 019 7599815 (Imam masjid) @ 012 27000781 (Noja masjid).Bayaran yang dikenakan ialah RM20 seorang dewasa manakala kanak-kanak percuma.
Anak-anak pun teruja..."Lain kali balik Johor kita singgah lagi"
P/S Banyak masjid dah buat "homestay" macam Masjid Jamek Yong Peng ni..
Lain-Lain Artikel:
Ooooo... boleh tido situ yeee... baru tahu... kat yong peng tu pekan koboi... tapi mesjid dia cantik dan besar.... rumah kakak kami kat pt yani... kalau balik kg bila mak kat sana kami turun yong peng juga...
BalasPadamSalam Anim,
BalasPadamWahhh...bagus dan senang sangat kalau macam ni kan Anim...harap tu kat semua tempat akan buat macam ni....
Kali pertama dengar ni... cantik dan bersih betul tempatnya. Teringat kat Masjidil Haram sebab keluar hotel boleh terus pergi masjid...
BalasPadamBaru tau ada Safar Inn kat Masjid Yong Peng.... memang sangat sesuai... lagipun masjid tu luas dan bersih kan....Tahniah untuk J/K masjid Yong Peng....
BalasPadamkazman_pt yaani? sekampungla kita..
BalasPadamk.ros_memberi kemudahan kepada musafir. kdg2 kita rushing balik kg, mata mengantuk sangat...tidur tepi jalan bahaya. tiba2 ada penginapan yg mendamaikan...alhamdulillah
BalasPadamhuda_pgalaman 1st time kami. ada masjid di terengganu dah buat gak. kat tempat lain, wallahu'alam
BalasPadamkemilau_cantik, besar, bersih, selesa.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Pn.
BalasPadamSalam kat Suami dan anak-anak lelaki.
Ada perhimpunan Jemaah Dakwah (tabligh) kawasan Johor dan Singapura pada 2,3,4 Mei 2014 di Masjid Yong Peng ni. InsyaAllah semua muslimin dijemput. (persediaan untuk lebih kurang 10,000 orang insyaAllah) - ikhlas mohddin2010@gmail.com
Boleh tak bagi nombor talipon pegawai masjid yg menjaga safar inn. Saya pernah menginap tapi nombor dh hilang.
BalasPadam