Melihat wajah comelnya...bagaikan tiada duka yang tersimpan di hati.
Namun...tersentap perasaan
seorang guru a.k.a seorang ibu..
"Dulu saya tidur dengan ibu, sekarang dengan Tok. Saya ingat adik.
Saya duduk sini dengan ayah, dengan Tok (sebelah ayah).
Adik kat rumah Tok (sebelah ibu) kat sana, kat Alor Setar"
Di usia 7 tahun.
Dia baru sahaja kehilangan ibunya 11 hari lalu..
Ibunya pergi takkan kembali untuk selama-lamanya..
meninggalkannya ber2 bersama adik lelaki yang berusia 3 tahun
Bagaimanakah nak susun kata-kata untuk meredakan kepedihan hatinya?
Sambil berbisik perlahan...
"Nanti, bila ayah ambil adik, adik boleh duduk, boleh tidur sama Nurin,
sama ayah, sama Tok dekat sini"
Hiba hati , tanpa menyedari bergenang airmata
bila senyum manisnya terukir kembali..
P/S Bila anak kehilangan ayah, hilang tempat berpaut dan bergantung. Bila anak kehilangan ibu, hilang tempat bermanja dan mengadu.
(Entry Auto Publish : Testing..testing, TQ Okje)
Simpati...
BalasPadamKesian kecik2 da xde ibu..
Sayu jgak hati saya..
Terharunya..
BalasPadamMasa arwah sepupu makchaq meninggal, tinggalkan anak baya nurin dan adiknya.. memang sedih sangat.. yg paling sedih depa macam belum faham sangat.. selalu tanya 'bila mama nak balik..'
Mujur masih ada lagi bapa dan tok yg menjaganya, semoga kesedihan memberi kekuatan buat adik ini. Berilah bimbingan yg sebaiknya. Hanya doa yg mampu ku kirimkan.
BalasPadamItulah ujian Allah yang berat untuk dipikul...sama sama kita doakan agar Nurin sekeluarga diberikan ketabahan dan kasih sayang untuk menghadapi hari hari yang mendatang...amiin Ya Rabb..lindungilah mereka dengan kasih sayangMu Ya Allah
BalasPadamsedihnyer.. sebak rasa KA baca !
BalasPadamtelusnya hati sicomel..=)
BalasPadamala kesianya....moga tabah ye si comel....
BalasPadamhehe...sesi menerai autopublish yeh?...
BalasPadamalahai kesiannya anak sekecil ini dah ditinggal ibu....sayang nenek tak sama dgn kasih seorang ibukan...
alahaiii sedih, she needs someone to talk, to listen at least
BalasPadamsiapa lagi kalo bukan closed teacher a.k.a. mom probably
Al-fatehah.. kuat kan semangat yer si comel!!
Ya Allah! Seringkas ini aje entrinya tapi isinya memang buat saya bergenang air mata. Apatah lagi bila membaca yang Nurin sudah tiada lagi di dunia ini. Merah dah mata ni menahan sebak. Nurin dah pergi ikut ibunya, ya!
BalasPadam