Menghampiri kawasan sekolah
Bukanlah sesuatu yang menghairankan bila anak-anak sekolah rendah turut terkena tempias demam pilihanraya. Galak mereka bercerita dengan kawan-kawan sekelas cuma kali ini percakapan mereka tidak disampuk oleh Madam Teacher. Madam Teacher pasang telinga saja sambil tersenyum gelihati.
Pilihanraya lalu, Anim tinggal di Batu Pahat, Johor. PRU13, di Utara pula namun kami suami isteri masih mengundi di Johor. Pastinya kami melihat perbezaan suasana berkempen. Ketara apabila melihat adanya persaingan sengit.
Sebagai warga pendidik ( juga seperti penjawat awam yang lain) kami diingatkan untuk lebih berjaga-jaga dari segi percakapan mahupun tindakan. Suasana bukan saja panas tapi sensitif. Salah langkah....kita terperangkap. Bukan melibatkan diri secara total dalam kempen tetapi berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kadang-kadang, tidak terlintas langsung nak selit unsur politik kat anak-anak sekolah tapi orang diluar pula cepat melatah dan menimbulkan isu. Contohnya, sewaktu P.Seni, murid melukis pemandangan rumah kampung. Ada seorang murid melukis bendera sebuah parti dipacakkan di atas bumbung rumahnya. Tak semena-mena cikgu pulak kena soal siasat; adakah ianya arahan guru. Tak pasal-pasal kan...
Ada pulak, nak buat kolaj (P.Seni) buah epal pun serba salah nak edarkan kertas warna kat murid. Silap-silap warna epal pun jadi isu. Bebudak pun pandai....kita pulak di "provoke". Bertanyakan "rumah" yang kita sokong dan undi. (depa kata parti tu "rumah"..rumah biru, rumah hijau. Macam rumah sukan pulak, heee). Ish....Madam punya rumah, Semi D lah , warna putih...haha.
P/S Sabtu ni baru dapat lihat suasana di Johor. Camnapun dek cuti singkat (Ahad dah balik Kedah semula)..guna sayap untuk balik mengundi.
undi cikgu..jangan tak undi..jari anda amat berharga!! pesanan ikhlas dari nekcik..ha..ha..hati hati di jalanraya...
BalasPadamHaha..pesanan ikhlas dari nekcik
PadamBetullah Cikgu...serba salah jadinya kalau begitu, ada saja yg terkait secara xsengaja pun boleh jadi isu besar. Selamat pulang ke kampung...dan selamat mengundi ye...
BalasPadamp/s: Shotlah gambar terbaik dari kamera canggih cikgu gambar bunga labu tu... Rasanya ramai juga yg belum pernah tgok hehe..
Benda kecil tapi kalau disensasikan..tambah2 oleh media cetak...adoiii..seksa nak menjwab.
PadamP/s nnti saya emelkan
Bukan berhati di jalanraya nekcik berhati hati di awan biru...hehe...anim batu pahat kat ne?
BalasPadamKami mengundi berasingan. Sorang di peserai, sorang di pt yaani
PadamApalah yg nk ditulis okhe tu nim.. Jadinya nekcik...hp ni...
Padamanim..anak kak zu si anis tu balik sekolah tanya betul kah BN tu singkatan Bini Najib..adoiiiii...
BalasPadamBudak sekolah lagi pandai buat gossip..sabo ajalah
Padamkak, kat depan perdana dgn astana tu pun meriah kan..he he
BalasPadamSampai tak nampakbtraffic light kan...
PadamBukan mudah nak menjadi cikgu/guru zaman sekarang kan Anim. Macam-macam kena hadapi. Apa lagi macam-macam senario yg negetif banyak mempengaruhi anak-anak - cikgu juga yg kena jawab..
BalasPadamKakak undi di Pontian. Tapi abang di JB aje. Kalau abg undi di Batu Pahat boleh kita jumpa kan hihi..
Bestkan kakzakie...kerana mengundi, kita bertemu...hehe...
Padam^_^ selamat mengundi kak...
BalasPadamTak balik pt raja ke?
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamHehehe.... ha'ah ea... tak terfkir pulak bebudak blh buat drawing like that...
K kak anim... selamat pulang "beraya"...
Hati2 dijalan raya k....
Budak sekolah lagi hebat. Apa yg dia nampak, itu yg direalisasikan tanpa prejudis...hahaha
PadamSelamat mengundi.
BalasPadamSaya mengundi kat shah alam...
Saya jarang mengundi. 3x jadi kerani pilihanraya..kami undi pos
Padamkami di pahang berbeza sungguh dgn di johor kak... pahang MERIAH dgn BENDERA...
BalasPadamSini pun apa kurangnya....pokok buluh pun dah takde batang.. Untung tuan punya pokok. Rm1 sebatang oo
Padam