Assalamualaikum wbt...
Encik Suami ikut kami balik SP, Ahad lalu kerana urusan kerja selama 3 hari. Bila dia ada di SP, terasa pentingnya kehadiran "lelaki dewasa" berada di samping Anim dan si Abdul kecil. Bukan sekadar tidur yang sangat lena (kalau tak, cepat je telinga ni terjaga bila dengar sebarang bunyi), tapi banyak perkara lain (nampak remeh) yang telah di
settlekan..
Sebelum balik Ipoh, dah 4 hari Unifi problem. Selain tak dapat update entry, rumah pun sunyi sepi sebab Astro dah terminated. Tak sampai 24 jam Encik Suami report, datang technician fixed the problem. Adapter terbakar rupanya.
Dibelikan kami tong 23
liter (RM28) bukan kerana catuan air di SP tetapi kerana kami mengadu tak tahan "air panas" bila mandi balik sekolah. Dicampakkan daun pandan belakang rumah . Suka si Abdul mandi sebab sejuk macam air kolah.
Lebih 2 bulan menggunakan " polystyrene foam" sebagai fridge di SP (kos ais ketul RM3 sehari)...
Gembiranya hati bila dia pinjam kereta Unser seorang kawan untuk angkut fridge dari rumah Teacher Fauziah. Actually lama dah Fauziah offer fridge satu pintunya ini tapi camnalah Anim nak angkut. Alhamdulillah...senang dah nak simpan barang basah juga leftover food..
Dibawanya kita ziarah temannya balik Umrah. Bila sorang dok SP, sorang dok Ipoh, memang payah nak atur masa bukan saja ziarah kawan-kawan malah kaum keluarga sendiri. Tapi menarik sangat nak cerita tentang ole-ole Mekah
pumice stone yang Anim terima. Berus kaki istimewa "Made In Pakistan" ini dibeli isteri temannya di Bukit Uhud.
Cik Waja yang akan berusia 11 tahun beberapa bulan lagi dibawa pulang ke Ipoh sebelum Subuh pagi tadi. Duk terletak saja kat SP tanpa dipandu, elokle dibawa balik Ipoh dulu sebelum fikir apa nak dibuat. Samada kena let go atau dihantar balik Johor. Duduk taman perumahan teres ni, fikir masalah nak parkingle. Tak mahu jadi sebab jiran bermasam muka.
Kata Encik Suami, sewaktu memandu dalam pukul 7 pagi, ada bunyi "letupan kecil" sebelum keluar asap di bahagian enjin. Syukurlah... kejadian berlaku tak jauh dari Hentian Rehat Sg.Perak dan dia sempat membelok masuk ke Hentian Rehat Sg.Perak. Tapi belum sempat
parked dengan sempurna, enjin mati dan automatically stereng pun terus locked.
Hari ini dalam sejarahlah kau naik towing truck.: masuk workshop di Ipoh
Syukurlah kerana Encik Suami cancelled plan nak balik malam tadi. Dan bertambah-tambah syukur bila sebelum ni Anim ada angan-angan nak tolong bawa pulang Waja tu ke Ipoh bersama si Abdul Kecil. Sewaktu Anim beri alasan, Anim beli Myvi kerana rasa selamat berulangalik ke Ipoh disamping jimat minyak (RM30 balik Ipoh) , ada geng bas sekolah yang bersuara, "Apa tak kena dengan Waja tu, kan okey aja". Nampaknya...jawapannya dah ada. Kalau nak tahu ok ke tidak kereta antik ni...kena bagi chance dia jalan jauh. Betul tak....
P/S Lucu pulak mengenangkan dalam cik Waja tu ada satu kotak polystyrene foam yang mengandungi ikan, udang dan sotong (juga tempe!) yang diangkutnya dari pasar malam Taman Ria. Kat Ipoh tak dapat ikan segar bugar baru naik dari Kuala Kedah macam tu, katanya. Sabar ajalah...
betul tu cikgu...kehadiran lelaki dalam rumah membuatkan kita rasa 'selamat' dan tenteram...yalah setakat kudrat kita sbg perempuan,setakat mana la sangat..
BalasPadambatu memgosok kaki tu cantik la..
kak..panjang cerita terkumpul ye? patut lama senyap.. suka batu tu kak..kalau sesiapa gi nak kirim la..hehe..
BalasPadamkereta lama kak..walau banyak jasanya ada masa kena lepaskan jugak..
mmg tak dpt nafikan kan? orang lelaki mmg pelengkap utk org perempuan..semoga urusan keluarga akak lepas ni lebih dipermudahkan Allah..amin..
tb rasa nak buh pandan jgk dlam air catuan kat rumah.
BalasPadamKereta baru lebih selamat utk perjalanan jauh terutama buat kita yg perempuan ni.
BalasPadamSaya dah dua kali bersiar-siar atas tow truck kat KL ni dek kereta saya sebelum ni. Kalau rosak aje mesti pilih port yang baik -dekat basement parking tahap paling bawah :) Tapi bila letgo kereta tu, nangis tersedu-sedu saya mengenangkan kisah suka-duka ketika memandunya!
BalasPadamSalam kak anim,
BalasPadamDah macam diari seminggu...hehe. Nak komen pun xtau yg mana satu. Tertarik dengan tong air tu...murah sangat. Kat sini dah sekali ganda harganya! Betul...sekarang ni kalau air paip dah macam pakai heater jer. Xpuas mandi!
assalamualaikum cikgu..oo letak daun pandan..baru acik tahu ..thanks cikgu
BalasPadamKak Anim, pernah gak rasa keadaan mcm ni thn lps. Husband di penang. Liza di Kl. Nasib akak x drive kereta Waja tu. ALHAMDULILLAH.
BalasPadamSatu entri sarat dengan cerita dan perkongsian kehidupan yang menuntut kesabaran ya.
BalasPadamsekarang ni musim panas, air pun panas kak anim.. nak cuba letak daun pandan juga la..
BalasPadammujurlah tiada kejadian buruk yang berlaku masa bunyi letupan tu.. kereta antik pun tentu banyak jasanya terhadap kak anim sekeluarga..
Memang sedih bila bercerita pasal ada 2 rumahkan Nim...bukan dekat dekat jaraknya.....
BalasPadamSo apa jadi dengan barang yang ada dalam polystrene tu......masuk workshop jugak ke? hehe...
Betullah Nim .....mmg lega kita bila ada suami disisi rasa hilang segala beben kat dada ni
lelaki & perempuan saling lengkap melengkapi kan... jauh juga berulang ni ye anim !
BalasPadampetua ek kak letak daun pandan dlm air
BalasPadam