Karl (Heinrich)Mark (1818) pernah membuat sebuah teori, segala persoalan di dunia ini berpusat pada PERUT. Semua orang ingin memenuhi keperluan PERUT supaya tidak kelaparan. Itulah yang membuatkan dunia sarat dengan persaingan, perebutan bahkan pertumpahan darah, di mana-mana di sepanjang sejarah.
50 tahun kemudian, Sighmund Freud pula menjelaskan teorinya, bahawa BUKAN perut yang menjadi titik persoalan hidup ini tetapi KELAMIN . Kejayaan dan kegagalan seseorang, bijak atau tidaknya manusia berpusat pada satu hal iaitu keinginan jantan kepada betina dan sebaliknya. Freud menekankan pusat persoalan dunia BUKAN pada PERUT tetapi di BAWAH PERUT.
7 abad dahulu sebelum Karl Max dan Sighmund Freud, telah lahir seorang ulama, ahli falsafah, ahli psikologi, ahli hukum dan sufi yang sangat berpengaruh di dunia Islam dan peradaban Barat. iaitu Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Ath-Thusi atau lebih dikenali dengan nama IMAM AL-GHAZALI.
------------------------------------------------------------------------
Al-Ghazali menyatakan bahawa kedua-dua faktor - PERUT dan KELAMIN memang menentukan kehidupan manusia, bahkan sangat penting. "Andaikata kaum lelaki tidak berkeinginan terhadap wanita, maka tiada lagi keturunan manusia. Andai manusia tidak makan, binasalah semua," katanya.
Tetapi, pendapat lelaki kelahiran Kota Thus, Khurasan, Iran, pada 1058M ini, tidak terhenti sampai di sini. Ia mengingatkan bahawa manusia telah mendapatkan satu kurnia berupa AKAL SIHAT. Dengan AKAL SIHATlah manusia dapat membezakan dan menimbang mana yang BAIK dan BURUK. AKAL SIHAT inilah yang membezakannya dari dunia BINATANG.
----------------------------------------------------------------------
Kembali kepada soal PERUT. Bila diamati, organ yang satu ini memang aneh. Walaupun berdiameter kecil, tetapi kemahuannya sentiasa dituruti, maka seluruh isi dunia ini akan pula ditelan. Bermula mencari sepiring nasi, lalu keinginan menyimpan untuk hari esok, meningkat lagi ingin menimbun untuk hari tua bahkan keinginan mewariskan untuk anak keturunan hingga lapis ke-7.
--------------------------------------------------------------
Bila kita buka lembaran sejarah, kecemerlangan otak dan perilaku para sahabat, para ulama dan orang soleh terdahulu, betapa kuat dan ketatnya mereka dalam memilih makanan, hanya yang HALAL. Hasilnya, nama dan karya mereka menjadi lagenda. Kemasyhurannya melampaui jatah(
ni tak tau nak translate) usianya.Nah, bila doa kita tak dimakbulkan, kemajuan harian semakin tersisih jauh dari kebaikan, barangkali ada yang salah dalam makanan kita. Adakah di sana ada barang HARAM (
tanpa disedari?) Jika demikian halnya, ada jalan menuju pintu Rahmat-Nya,
istighfar. Lalu, kita mula didik perut kita hanya dengan pada yg HALAL-HALAL sahaja.
Robbana taqabbal dua innaka antas sami'un alim.
P/S Kerana tak terbatasnya 'BAHASA PERUT' ini, lebih dari 30 ayat Al-Quran menyebut pentingnya umat Islam menjaga dan memperhatikan makanannya,
Belum ada komen untuk "Mendidik Perut"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai