Ahad, 11 Julai 2010

Black Pepper Crab

Sejak pulang dari Sarawak bulan lepas, baru hari ini berkesempatan mencuba black pepper crab hasil ihsan tukang masak di TopSport FoodCourt. Bukan malas nak masak tau tapi...tak jumpa ketam. Pelikkan??? (Ini kisah sebenar...bukan alasan..hahaha). Resepi dia simple sangat. 
-------------------------------------------------
1 1/2 kg ketam digoreng dahulu (half-cooked). 
Ketepikan sebentar.

5 bawang putih - tumbuk kasar
20 biji lada hitam - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - hiris
Sos tiram
Sos lada hitam
Sos cili (sedikit) ~ optional
Kicap (Aneem guna kicap manis)

Tumis bawang putih bersama lada hitam.  Tambah air dalam 1/2 cawan.(Jangan banyak air, bukan masak kicap). Masukkan bawang besar hiris. Setelah mendidih, masukkan sos tiram , sos lada hitam  sos cili dan kicap. Kalau guna kicap masin, tambah sedikit gula. Adalah rasa pedas, masin dan manis. Bila dah pekat, masukkan ketam yg telah digoreng tadi.

P/S Kalau ketam besar...baru ada umppph...tak pe, tiada rotan, akar pun berguna juga.

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai

0 Pengulas Cerita:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi