Pulau Singa
Destinasi seterusnya, Pulau Dayang Bunting. On the way, si pemandu bot singgah ke tempat ini dan memperlahankan botnya. "Ini Pulau Singa". Macamana dapat nama singa? Dulu ada singa ke kat pulau ini? "Tak tahulah, dari kecil saya tahu, namanya Pulau Singa". Nampaknya satu perkara yg perlu diambil berat oleh kerajaan negeri Kedah..kawalan ke atas pemandu2 bot pelancong ni..kena bagi depa kursus. Senang nak cerita sejarah tempat2 kepada pelancong.
Pulau Dayang Bunting...Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik seolah-olah seperti badan seorang perempuan hamil yg sedang berbaring.
Pulau dan tasik mendapat nama daripada kisah dongeng masa lalu. Lagenda nya berkenaan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera raja bumi bernama Mat Teja. Anak sulong mereka mati akibat penyakit misteri selepas 7 hari dilahirkan.
Puteri kayangan bernama Mambang Sari yg bersedih telah meletakkan anaknya di dalam tasik tersebut yg merupakan tasik terbesar di Langkawi dan kembali ke kayangan. Sehingga hari ini, ramai yg percaya perempuan yg sukar mendapat anak akan dikurniakan anak apabila mandi di tasik ini.
Meniti tangga ke Tasik Dayang Bunting. Aduhh..lama tak exercise kaki...banyak tok2 Arab join kami sekali.
Tengok tuuu...boleh kurus dibuatnya. Banyak monyet kat sini...jgn tayang makanan@botol mineral. Dikejarnya nanti....
At last...dulu ada ikan keli. Mmmm..dah tak ada. Ikan lain ada la...ramai pelancong rendam kaki kat tasik ni...bagi ikan2 kerumun..
Bawa 2 Abdul menaiki solar boat keliling tasik. RM30 utk 30 minit. Guna gear
Reverse, Forward,
kiri dan kanan sahaja. Seronok sangatlah anak-anak...boleh "pandu boat" sendiri.
P/S Nak mandi..tak bawa spare baju. Rasa jugaklah airnya. Kalau dapat baby perempuan, mesti bestkan? Tapi like Encik Suami said, jgn percaya...syirik jadinya nanti...
bagus juga ceritanya
BalasPadamtq kerana sudi baca...
Padam