"kak..asik wat FB, blok blog,jalan2,makan2..dah yap tesis,assigmant? bila ko wat? ku bagai nak pecah pala otak ni..kalo ko ada pengeras bg le kat ku..ngok gambo punya le lebo senyum nampak semua gigi jelous ku. Ni ku nak senyum kena stop abis pala asik ingat tesis, assmt, keja sek, anak2 lg nak kena ngok gek, wat keja mah lg..ha bagi pengerasnya ya jgn lupa"
Ayat di atas Anim copy bulat2 tanpa penambahan (pembetulan ada..). Ia dipostkan seorang sahabat FB Anim 3 hari lalu sewaktu kami semua (mahasiswi tua OUM) berada di dalam keadaan genting kerana tarikh penghantaran assignment dan research semakin hampir.
Bukan kita sahaja yg stress..
Namun, ibarat kata pepatah..kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Dah berkeluarga baru nak sambung belajar, baru nak balik ke zaman student....kenalah Anim hadapi itu semua. Ramai lagi kawan seangkatan yang tak sanggup tanggung risiko...wah...gumbiranya mereka sekarang. Tak pening-pening kepala nak pikul 3,4 tanggungjawab dalam satu masa. Nak kata apa, dah masing-masing punya pilihan dan sebab tersendiri.
Semua orang diberikan Allah 24 jam sehari. Tak lebih..tak kurang dari oranglain. Yang membezakan kita hanyalah cara kita membahagikan masa 24 jam itu. Pilihan ada di tangan kita. Kalut, mengeluh, merungut dengan segala tugas yang dipikul, tidak membawa kita ke mana. Fikirkan yang positif..setiap cabaran ada penyelesaiannya. Kalau tension..stress...semua kerja tak menjadi. Anak-anak tak happy, suami tak happy..diri sendiri lagilah tak happy.
Stress...stress...stress..
Jangan abaikan diri dan kesihatan sendiri. Kalau mengantuk, TIDUR. Kalau penat, REHAT. Kalau pening, JALAN2. Kalau bosan, RONDA2. Kalau lenguh leher, MASSAGE. Kalau tak sempat jaga muka, buat FACIAL TREATMENT (leh tertidor dibuatnya...). Kalau nak bersembang, gelak2 sendiri, LAYAN FB. Kalau nak lepas isihati, UPDATE BLOG.
Jangan stress sangat..senyum dan ketawalah.
Hari ini Anim terkedu apabila dimaklumkan seorang rakan sekuliah lama di Bangi menghadapi cabaran lebih hebat dari Anim. Anaknya terlantar di hospital kerana disyakki menghidap tumor manakala suami "hilang" entah ke mana. Bayangkanlah tekanan yang dihadapinya waktu ini.Mudah-mudahan dia tabah menghadapi dugaan ini. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Syukurlah RY...masalah kita masih terlalu ringan jika dibandingkan dengan orglain..OK....relax...cool...be happy.
P/S Memerhatikan orang yang diuji dengan cabaran dan cubaan yang lebih besar dari dirinya, dan dengan itu dia akan menganggap cubaan dan cabaran itu sebagai ringan.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Cobaan.."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai