Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Safinaz
Tunku Puteri Intan Safinaz bukan sahaja puteri kesayangan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah malah menjadi kebanggaan dan kesayangan seluruh rakyat negeri Kedah. Puteri berjiwa rakyat yang sangat prihatin akan masalah rakyat negeri ini. Tuanku Puteri sanggup turun bertemu khalayak menghulurkan sumbangan bakti tanda simpati.
Anim sendiri mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan bersamanya. Sekitar tahun 2002, sebagai Pengerusi Yayasan Sultan Bahiyah, Tuanku Puteri Shafinaz turun bertemu sekolah2 kampung yang berada di dalam Yayasan Sultan Bahiyah. Waktu itu Anim mengajar di sebuah sekolah di Kulim, Kedah.
Mengiringinya keluar dari kereta. Plan B ~ jika hujan, tidak dibincangkan. Kebetulan waktu beliau dah nak tiba, hujan renyai turun..tu mengelabah cari payung besar. Anim disuakan payung DUNHILL merah ni..
Segala jenis payung keluar. Pemberian bunga oleh murid sekolah SK Mahang
Bila lihat balik gambar ni, kawan2 dulu tanya, "
nape jauh sangat kak pegang payung?".
"
Tuanku Puteri jalan laju. Beliau tak nak lalu carpet merah tu".
Last-last Anim ikut sama berjalan kat carpet merah...merasalah berjalan atas "red carpet"..huhu
Mengiringinya ke pentas utama. "Kenapa pulak saya, cikgu?" bila bertanya GB kenapa Anim pulak kena iring. Anim baru berpindah dari Selangor.
"Cikgu2 lain suggest nama awak, mereka kata awaklah paling sesuai mengiringi Tuanku Puteri." Amboi...nak pekena kita.
Tapi...Tuanku Puteri Shafinaz memang simple orangnya. Baju Anim bersulam-sulam masa tu. Baju Tuanku Puteri biasa2 sahaja.
Ada benda dia tanya Anim waktu itu tapi Anim belum faham bahasa Utara . Anim senyum dan cakap "ya Tuanku Puteri..ya Tuanku Puteri" sahaja. Maklum..orang baru, tempat baru..
Tak boleh lupa kenangan menuang air mineral untuknya di dalam gelas waktu dia sedang berucap ini. Menggigil kawan dibuatnya takut tertumpah..Nape depa tak ambil gambar Anim tengah terketar2 tu?
P/S Lama tak jumpa kawan2 sewaktu tinggal di Kulim, 8 tahun lalu....
sib baik ada gambo kak...
BalasPadamada gak kenangannya...
kalau cerita jek...org tak caya...:)
memang ada kebenarannya misz..
BalasPadama picture is worth a thousand words