Hentian ke 4 kami...Pulau Tuba. Pulau Tuba merupakan antara 3 pulau yang didiami manusia dalam banyak2 pulau di Langkawi
Dikenali dengan "Pulau Islam" kerana kesemua 5000 penduduknya adalah beragama Islam. Indahnya tinggal dikelilingi pulau2 ni kan....
Kami sewa Proton Iswara ni untuk ronda Pulau Tuba. Keluasan Pulau Tuba dalam 20 square kilometer. Pusing2 jumpa jalan yg sama. Boleh dikira dgn jari kenderaan spt kereta dan lori di sini. Kebanyakannya bermotosikal.
Nilah tempat penduduk pulau ni isi minyak kenderaan kot...
Jam 1 tengahari tiba di Pulau Tuba. Perut sudah berkeroncong. Jumpa satu kedai makan. Alamak...semua dah habis.
"Boleh tolong masak apa2 tak makcik? Dah tak tahu nak makan apa dah". Dialog antara si perut berkeroncong dan tuan punya kedai makan. Punyalah baik hati tuan punya kedai. Ditumiskan kacang panjang, digorengkan telur dan ditumbukkan sambal belacan.
Dah macam makan kat rumah pulak..rezeki hari ini. Bertambah juga nasi..panas2...berselera makan.
Lepas perut kenyang....mengantuklah pulak..Bahagianya hidup di sini...
Dah namanya cikgu....mesti nak tengok sekolah yg ada di sini.
Bendang orang kampung yang disewa HPA Industries untuk tanaman padi organik. Tak ada mesin dan jentera digunakan. Semua guna tenaga asli...pak2 kerbau...
Puas meronda hampir sejam....masa untuk pulang ke bot. Haaa...apa yang dilakukan oleh para ibu, nenek, kakak, adik dan anak tu?
Dengan hammer, diketuknya ketulan "coral"...
Nilah rupa siput yg dicari di tengah terik mentari. Hmmm...rezeki air laut surut untuk dijadikan hidangan di rumah.
P/S Paling best bila makcik tu bercerita, di Pulau Tuba tak ada kes kecurian, pecah rumah dan jenayah yg lain. Takat hilang ayam adalah...amannya hidup di sini..
Belum ada komen untuk "Pulau Tuba, Langkawi"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai