"Our bodies are not designed to be so sedentary"
Rishi Loatey, British Chiropractic Association
"Sedentary = banyak duduk". Terjumpa artikel ini waktu goggle bahan buat assignment. Silap dah pertimbangan sebelum ini. Bagaimanakah anda duduk sewaktu menghadiri mesyuarat, berkursus atau berdepan dengan pelanggan?
Duduk tegak tak baik untuk tulang belakang rupanya. Kalaulah posisi 135 darjah itu dianggap cara duduk yg sesuai, ishh...macam tak sopan pulak. Kita sendiri beranggapan itu cara duduk orang malas...nak bersantai, bukan nak bekerja.
Moral of the story, cara duduk yang betul rupanya amat sesuai untuk kawan2 atau pekerja2 yang kita selalu anggap "pemalas"..yang jarang buat kerja kerana posisinya dalam keadaan bermalas-malasan dan bersantai macam di rumah.
Agak2 bagaimana reaksi guru besar bila Anim duduk bersantai sewaktu mesyuarat? Bagaimana pula reaksi kita bila pergi ke pejabat pos, ke pejabat2 kerajaan atau urusan bil di CELCOM, kerani atau staff dia duduk 135 degree? Mana lebih penting sekarang??? Tulang belakang ke persepi orang?</
P/S Pilihan di tangan sendiri..Kalau takut kena "kutuk", print out artikel dan papar kat meja anda.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Duduk Tegak Membahayakan?"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai