Amat jarang kita mengambil berat tentang telinga walhal fungsinya amat penting ~ memberi pendengaran. Cuba fikirkan..waktu kita tidur..semua pancaindera kita akan turut tidur kecuali telinga. Tak percaya??? Cubalah ejek atau jelir lidah kat kawan walaupun dalam jarak yg dekat, Anim berani jamin dia tak nampak atau bangun melenting memarahi kita. Tapi..cuba kita jerit atau tiup wisel kat telinganya waktu dia tidur...maunya dia tak bangun, kebingungan atau yang lebih dahsyat dikejarnya kita satu rumah..
Dah 2 hari si Abdul mengadu sakit telinga. Nak pegang kepala pun tak beri. Nak tolong sikatkan rambut pun tak mahu. Dah nampak bengkak. Aduh...memang payah kalau anak sakit kita berseorangan. Encik Suami seminggu tak de, out station KL dan Port Dickson. Pendek langkah dibuatnya. Tau dah...ni tak boleh jumpa doktor biasa. Kena rujuk doktor pakar di Metro Hospital. Ini kejadian ke 2 tahun ini. Teringat kata doktor waktu lawatan pertama "Kalau dia bengkak, bernanah..kita cadangkan pembedahan tutup lubang itu"
merah di bahagian belakang telinga..telinga dah kembang semacam
Ini bukan kes tutup lubang telinga..alahai tak boleh dengarlah si Abdul nanti. Ni tutup lubang angin. Sebenarnya tak sangka lubang angin itu membawa masalah. Sejak lahir memang dah ada di kedua2 belah telinganya. Anim tak anggap itu satu kelainan sebab emak dan adik lelaki Anim juga mempunyai lubang yg sama di atas telinga.
lubang angin yg dimaksudkan
Rupa-rupanya lubang angin di telinga kiri hanya sekadar lubang angin. Manakala disebelah kanan ini mempunyai sambungan ke urat telinga. Menurut doktor, jalan penyelesaiannya, selepas mandi..kena lap kering2, jgn bagi air masuk, bimbang dijangkiti kuman. Tapi biasalah..kadang2 kita buat...kadang2 lupa..lagi2 la mamat sorang ni pantang nampak air..dia tau nak terjun sahaja.
"Ada cara lain tak doktor?" risau jugak berlarutan. "Pembedahan boleh dilakukan bagi menutup lubang angin itu. Ia tak jejaskan fungsi telinga, kita tak kacau bahagian telinga. Kita sentuh bahagian lubang angin luar ini sahaja"
Gedebak gedebuk hati di dalam menunggu dipanggil...takut telinganya kena kerat.
Alhamdulillah, kes si Abdul masih boleh diatasi dengan ubat untuk menyusutkan bengkaknya. Kalau dah berubah warna kulit (bengkaknya masih warna kulit) dan bernanah seperti bisul, barulah doktor cadangkan pembedahan.
P/S Peribahasa Melayu...."Jangan masuk telinga kanan...keluar telinga kiri
Hi Anin,
BalasPadamthanks tuk artikelnya. saya juga punya lubang kecil di atas bibir. mau ke dokter takut :(
bagaimana syawal?
hahaha...tak jumpa dokter lagilah risau. sudah dapat jawapan pasti senang hati. syawal? lhamdulillah...lama juga telinganya tak membengkak.
PadamOhhh...tak pernah dengar masalah ni sebelum ni Anim...
BalasPadammak dan adik lelaki saya pun punya lubang angin di telinga seperti ni okjer. tapi tak de apa2 masalah. sekadar lubang angin
Padam