Assalamualaikum wbt...
Budak pekan mungkin tak heran dengan KFC tapi bagi budak kampung...jamuan ini cukup special
Surat jemputan ke Majlis Jamuan Tahun 6 sudah diterima semalam. Dalam masa yang sama, sudah berhajat lama nak berpuasa 9 & 10 Muharram (hari ini dan esok). Serba salah bila clash begini. Waktu bersahur seorang diri, kata kat diri, kalau boleh teruskan, akan diteruskan. Kalau perlu batalkan puasa, kenalah berbuat demikian. Satu lagi, harap-harap puasa hari ini tidak diketahui oleh anak-anak mahupun geng bas sekolah. Bukan apa, rasa serba salah sebab jemputan dihantar terlebih awal, puasa hari ini pula puasa sunat.
Tiba sekolah, Teacher Fauziah yang turut berpuasa (dia baru balik kursus, tak tahu tentang majlis Tahun 6 ini) membawa sup daging bersama roti. Dijemputnya geng bas sekolah yang free bersarapan pagi. Pagi tadi kelas Anim penuh hingga jam 9.45 pagi. So...rahsia tetap selamat. Alasan : Kak ada kelas pagi ni.
Then, Bubur Lambuk ini tiba. Actually, Anim order dari salah seorang staff ofis lama tempat Encik Suami bekerja. Sehari sebelum majlis, seorang geng bas sekolah menyebut teringin nak makan Bubur Lambuk ni sebelum Anim pindah. Dia dah pekena sekali masa
majlis berbuka puasa bersama geng bas sekolah, teringat-ingat kesedapannya..huhu. So, rasanya hari ini paling sesuai. Bolehlah budak-budak Tahun 6 join sekali.
Nilah orangnya yang "mengidam" Bubur Lambuk, heee....
Alhamdulillah,
Zahari si tukang masak Bubur Lambuk memang memahami. Satu bekas Bubur Lambuk sudah diasingkan untuk dibawa pulang ke rumah, bagi kat 2 Abdul. (Juga boleh dibuat berbuka nanti).
Anim hadir majlis, duduk mendengar ucapan tapi sebaik saja murid dan geng bas sekolah sibuk makan (bukankah time makan, mertua lalu belakang pun tak sedar, nikan pulak kawan setugas..heee), Anim menghilangkan diri dan duduk di bilik guru.
Lepas Zuhor...puasa tak dapat diteruskan. Allah bagi ABC. Terdetik di hati, aku ni buat yang sunat (puasa separuh jalan), yang wajib (penuhi jemputan) aku tinggalkan, apa yang aku dapat agaknya? Betulkah pilihan aku tadi?? Aku nak pahala puasa sunat tapi pahala menunaikan hajat anak murid yang menjemput makan, aku tinggalkan. Entah-entah bukan dapat pahala, tapi dosa. Masya Allah...adakala dalam mengejar sesuatu, kita terlepas semuanya. Astaghfirullah hala'dzhim..Baru teringat satu entry Anim tentang
batal puasa sunat sebelum ini. Ya Allah..terlupa betul...
Waktu memanaskan Bubur Lambuk untuk diberikan pada jiran sebelah , terdengar pula suaranya memanggil-manggil kita. Dia menyuakan sesuatu . Terkejut bila dia menyebut "Shima cuba resepi
ayam ungkep dalam blog kak Anim"..Terkedu...(boleh agak tak kenapa Anim terkedu? Kalau betul, kalian memang hebat!!)
Ayam ungkep bersama ketupat nasi, pemberian Shima, jiran sebelah. Sup daging dengan roti yang diberi Teacher Fauziah untuk dibawa pulang (entah camna dia syak Anim puasa tadi) dan Bubur Lambuk air tangan Zahari menjadi hidangan "berbuka puasa" Anim tadi.
P/S Nampaknya walaupun tak de rezeki nak teruskan puasa...tapi Allah bagi rezeki time "berbuka puasa". Bersyukur kerana hidangan yang dijamah dan pengajaran yang diterima hari ini.
Salam kenal Anim! Jalan2 sini tambah kenalan baru.. #232
BalasPadamMieza pun terlepas nak berpuasa sunat.. Allah bagi cuti awal2 lagi.. Huhu..
Mieza Suri Shaklee
Anim..mana tak terkedunya..jiran sebelah rumah pun turut baca blog =)
BalasPadamsalam kenal..
BalasPadamalhamdulilah.. nasib baik yg tukang masak2
asing2 siap2 utuk dibawa balik..
rezeki puasa :)
Assalam kak anim
BalasPadamterkedu sebab jiran bacab blogmungkin...=)
Allah...rezeki...kak Anim, banyaknya makanan
tiba2 terasadengan bubur lambuk tu
sedapnya makan panas2
IM pun penggemar bubur lambuk atau di kampung IM di panggil kanji. Kanji di kampung tak sama rasanya macam kanji di Penang...
BalasPadamSalam ziarah dan follow. :)
BalasPadamseronok makan bubur labuk ramai-ramai macam ni.
BalasPadamSalam Kak Anim,
BalasPadamKomen entri ini di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/dilema-puasa-sunat-9-10-muharram.html
Salam kak, saya sedang baca entri ini di kala sedang bersahur. Saya dapat belajar 'sesuatu' daripada entri akak ini. Semoga pada hari ini semuanya berjalan lancar & dipermudahkan olehNya.
BalasPadamsalam. sek saya pun buat jamuan anugerah ko-kurikulum semlm..jd niat nak posa 9 Muharram tu kena tangguh dulu..salam ukhwah dari saya...
BalasPadamKak Anim semua tu Allah dah tentukan awai2 lagi rezeki kita begini bukan begitu cuma kita berusaha nak yg terbaik dan percaturan Allah tu lagi hebat. Pengalaman itu akan tetap menjadi pengajaran buat kita.
BalasPadamOhhh jiran sebelah skodeng blog dan nak pula try resepi ye kak.
jiran baca blog hehehe segannya .... puasa2 ni mmg best la makan bubur lambuk. utk kerabu tu anim boleh guna suhun. kalau kway teow basah lain lak rasa dia nanti.
BalasPadamTerkedu sebab jiran sebelah baca blog femes Anim hehe...
BalasPadamLama tak buat ayam Ungkep Anim...kemecer dah ni hehe
wah.. jiran sebelah baca entri blog mesti rasa segan.. sedap makan bubur lambuk berbuka puasa.. :D
BalasPadamalhamdulillah..saya singgah di sini hari ini :), didoakan kemudahan dalam menjalankan kehidupan seharian..
BalasPadamllah tahu mane yang terbaikkan..
BalasPadamSalam kenal. Kadang -kadang bila kita dipersimpangan jalan memang susah nak buat pilihan tapi rasanya dahulukan mana yang lebih afdal di waktu itu.
BalasPadamsalam kenal.. rezeki ada dimana-mana.. jiran pun baca blog juga ya :)
BalasPadam