Assalamualaikum wbt..
Sebelum sekolah bercuti tempohari, GB ada tanya Anim, Ipoh dan SP dekat kan? Suspen gak. Bila kita tanya nape, dia kata ingat nak buat majlis "send off" Anim bersama murid dan staff pada last day persekolahan (Khamis) . Tapi surat hitam putih transfer tak dapat, takut nanti kata halau pulak. Hikhik...gelihati pulak mendengarnya. Dia cadang nak buat naik sesi persekolahan 2014 nanti, tapi Anim kenalah mai SP katanya. Aduh...terharunya. Kita ni, mengajar sekolah tu tak sampai 5 tahun pun..
Last day tu, tak de sessi nangis-nangis sebab awal-awal lagi Anim kata, Anim masih warga SKS selagi tak dapat surat transfer. Tapi naik sebak juga bila ......
Yana kata, dia buat apam beras ni kerana "teringat kak Anim suka":-))
Kak Lah (Ustazah) tau laksa Utara sempoinya ni memang menjadi favourite Anim (bawa balik lagi). Lain dari yang lain sebab Kak Lah guna daun samak.
Ni rupa daun samak. Resepi sempoi pun dah dapat. Bila dah cuba, boleh share nanti:-))
Al Quran dengan panduan Waqaf & Ibtida' beserta Hukum Tajwid terbitan Telaga Biru pemberian
Teacher Fauziah sebelum balik. "Saya nak bagi hari ini jugak walaupun Kak Anim belum dapat surat pindah":-))
Ibarat orang mengantuk disarungkan bantal. Dah lama berhajat nak beli terbitan baru ini kerana
Al Quran dengan panduan wakaf dan ibtida' sebelum ini sudah diberi kepada Bonda. Alhamdulillah, yang ini lagi senang membacanya kerana ada tajwid berwarna. Lajulah sikit membacanya berbanding tulisan semua hitam. Terima kasih Fauziah..ingatan ini kekal abadi.
Amboii...ada juga ke untuk 2 Abdul? Pandai Ustaz Razak (suami Teacher Fauziah) memilih warna kegemaran 2 Abdul. Terima kasih semua.
P/S Bukan hadiah yang dipinta....cukuplah sekadar mengingati.
Pemberian2 yang buat hati kita terharu.
BalasPadamHaah aina...terharu:-))
PadamRamai yg sayang sebenarnya Anim. Namun apakan daya tuntutan kehidupan.
BalasPadamMemang terharu bila mendapat pemberian dari teman-teman tak boleh dinafikan.
Tu best mengajar kat kampung kakzakie..rapat
Padamsedapnya apam beras.rara suka gila!
BalasPadamLagi2 bila 'pecah' begitu kan, rara
PadamPemberian ikhlas kan kak...banyak juga tu..Alhamdulillah...
BalasPadamwah! sy paling peberet laksa tu kak...:):)
Laksa sempoi...nanti kak share resepi ya, senang
PadamAlhamdulillah....moga murah rezeki mereka yg memberi....:-)
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki..:)
BalasPadamBertuahnye....ramai yg sayang kak anim =)
BalasPadamTu suka mengajar kat kampung...mesra dan rapat;-))
PadamAlhamdulillah...rezeki namanya. Pemberian ikhlas dari sahabat-sahabat yang mungkin akan merindui Anim.
BalasPadamIngatan kekal abadi...
Padamsedap laksa tu nampak.. huhu..
BalasPadamalhamdulillah.. sedih kn bila nak pisah ngn kgkawan.. huhu
Laksa sempoi tapi sedapppp
Padamkita yang membacanyer pun terharu inikan pula kalau mengalaminyer..
BalasPadammemang usia perkenalan bukanlah penentu.. namun ikatan yang ikhlas akan kekal selamanya...
Sebab tu kita kena kawan biar seribu kan zila:-))
Padamrezeki jgn di tolak :-)
BalasPadamBetul2 mala...
Padamsedapnya laksa tuh
BalasPadamSimoleje tapi sedappppp
Padampasti terharu menerima pemberian ikhlas dari sahabat-sahabat guru..
BalasPadamKita belum dapat tukar lagi, tu yg sedih, heee
Padamrezeki tu anim, kalau kita baik dgn semua org gitulah selalunyer !
BalasPadamDah mcm family. Tu suka dok sekolah kampung;-))
Padamrezeki jangan ditolak...=)
BalasPadamBetul2... Jual mahal pulak;-))
PadamMemang sedih bila nak berpisah dengan kawan2 bila pindah tempat kerja kan..
BalasPadamTapi perasaan bersedih tu tak lama..cuma terkenang2 lah mak chaq (pengalaman)
PadamTerharu bila ada yang mengingati & menghargai kita kan sis.. =)
BalasPadamhttp://miezashaklee.blogspot.com
Dah macam family:-))
PadamSalam,..sori berlori.. Anim ni Cikgu ke Ustazah? .. act, che mid tak tau pun Anim ni mengajar maaf ya..ingatkan surirumah sepenuh masa..tapi dalam hati ada gak terdetik..macam terer je ha ha
BalasPadamSaya ni cikgu BI, che mid tapi geng bas sekolan panggil " Ustazah Madam" , haha
PadamMinta tukar ke atau ditukarkan?? Apa pun, beralih angin ada seronoknya. Cuma masa mula2 nak sesuaikan diri ambik masa sikit...
BalasPadamKat rumah IM ada warung laksa Pokok Mempelam. Taukesohnya adalah adik kepada pemilik laksa Pokok Janggus kat Penang...
BalasPadamMemang sedap...
alamak.. apam tepung beras tu kegemaran saya tu.
BalasPadamsalam perkenalan sis!
Untungnya bila dihargaikan nim.....kalau okje dah nangis dah ni Nim...sedih nak tinggal kengkawan...
BalasPadam