Assalamualaikum wbt..
Salam 1 Muharram 1435H.
Siapakah yang Allah sifatkan sebagai "
orang-orang yang bodoh" dalam ayat 142 surah al-Baqarah?
Dinukilkan di sini hadis berkaitan dan juga pendapat ulama.
Pertama : Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud, "Orang yang lemah (bodoh) ialah sesiapa yang mengikut hawa nafsu dan bercita-cita atas Allah dengan berangan-angan." (diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
Kedua : Abu Hazim, Salamah bin Dinar pernah ditanyai oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik beberapa persoalan. Antaranya, "Siapakah yang paling bodoh dalam kalangan manusia?" Jawabnya, "Lelaki yang mengikut hawa nafsu sahabatnya sedangkan sahabatnya zalim. Maka beliau menjual akhiratnya dengan dunia yang lainnya."
Ketiga : Pujangga berkata, "Orang yang bodoh adalah orang yang memerlukan orang untuk mencelanya, orang yang fakir adalah yang menganggap sedikit terhadap sesuatu yang banyak dan orang yang buta adalah orang yang tidak boleh melihat cela dirinya."
Keempat : Masruq berkata, "Cukuplah seseorang menjadi bodoh, yang sombong dengan amalnya."
Kelima: Pujangga pula berkata, "Tanda kebodohan itu ialah membuang waktu, menangguhkan taubat, bergantung kepada oranglain, derhaka kepada ibu bapa dan menyebarkan rahsia oranglain."
Keenam: Pujangga berkata, "Terlalu banyak bergaul adalah kebodohan, percaya kepada sesiapa sahaja adalah kebodohan dan meminta tolong kepada mereka pula adalah kesialan."
Ketujuh: Ahli Hikmah berkata, terdapat enam perkara yang menunjukkan kebodohan :-
1- Marah yang bukan pada tempatnya. Seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
2- Bicara yang tidak berguna. Seharusnya seseorang yang berakal tidak berkata kecuali jika penting dan berguna
3- Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti boros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya.
4- Membuka rahsia kepada oranglain
5- Percaya kepada semua orang
6- Tidak membezakan kawan dengan lawan. Oleh itu, haruslah mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati, musuh untuk diawasi. Musuh utama yang benar-benar harus dijauhi ialah syaitan. Wallahua'alam.
P/S Bacaan selanjutnya di Q&A Bersama Dr. Zuklifli Mohamad Al-Bakri terbitan PSN (Jilid 2)
Nice sharing Kak Anim.. Salam Maal Hijrah.. :-)
BalasPadamSalam 1 Muharram, 1435 Hijrah. Semoga hidup kita lebih baik dari semalam.
BalasPadamDan semoga tidak tergolong dalam golongan orang2 yang bodoh...
Terima kasih kak anim, peringatan dan ilmu yg bermanfaat.
Salam maal hijrah ...
BalasPadamAsalam Anim..salam maal hijrah semuga perjalanan hidup kita sentiasa dalam landasan yang diredhaiNya..amiin...dan juga semuga kita di jauhi dari sifat sifat yang tercela....aamiin
BalasPadamsalam maal hijrah kak anim.. perkongsian yang sangat bermanfaat..
BalasPadamSalam Maal Hijrah Akak Semoga tahun ini di beri tambahan rezeki yang berkat.
BalasPadamOh alangkahnya bodohnya aku... masih terlalu jauh utk mengaku bahawa aku pandai..bimbing dan peliharalah aku Ya Allah..
BalasPadamMemang manusia ada kalanya jadi bodoh tanpa sedar....huhu... tak molah jadi bodoh lagi
BalasPadamslm maal hijrah yer anim !
BalasPadam