Assalamualaikum wbt...
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi komen entry semalam. Sungguh, walaupun sudah menjadi guru lebih 2 abad, tapi pengalaman menjadi ibu kepada anak yang baru mendudukki peperiksaan baru setahun jagung.
Membaca komen, nasihat, dorongan dan perangsang yang diberi bersama-sama si Abdul sulung bukan saja memberi semangat baru untuk si Abdul malah Umminya juga.
Ada juga rakan yang menghantar cerita dari fb Ustazah Norhafizah Musa melalui WhatsApp (dia tahu Anim takde acc FB). Terharu dengan sikap mengambil berat dan prihatin kawan-kawan semua walaupun tak pernah bersua muka lagi. Redha..setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kita ni jadi mak ayah, dah cuba bantu dan tolong dia. Mula-mula rasa malu juga. Umminya cikgu BI, Abahnya pula walaupun bukan cikgu tapi ambil Pure Mathematics di universiti, tapi dua-dua subjek, BI dan Matematik, si Abdul dapat C.
Semalam, Encik Suami bawa pulang borang kemasukan ke sebuah sekolah menengah agama swasta untuk diisi. Awal bulan Disember nanti ada ujian kemasukan.
Syarat kemasukan ke Form 1 ke sekolah tersebut, sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR, hafal surah-surah lazim, boleh menulis Jawi, tahu sedikit bahasa Arab dan boleh membaca Al Quran.
Kita cuba nak ya.. Ada rezeki duduk sekolah tu, alhamdulillah. Ramai yang memohon tetapi tempat terhad. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.
Doakan segala urusan si Abdul ni dipermudahkan ya...
Kawan barunya, Pembantu Tadbir (Kontrak) sekolah Anim. Bagus budak Izat ni. Bergegas ke masjid bersebelahan sekolah bila terdengar azan. Ringan tulang dan berbudi bahasa bila bercakap. Senyum je memanjang. Emak dia ni cikgu Kimia sebuah sekolah menengah di SP . Baik hati pula sanggup ambil si Abdul Sulung ini di rumah dan mengajarnya bermain skateboard di kawasan rekreasi taman kami.
P/S Tanpa pengetahuan Si Abdul Sulung, kami minta tolong Izat survey harga skateboard untuk dihadiahkan padanya. "Hadiah" selesai UPSR plus birthdaynya bulan 12 nanti...
semoga segala urusan untuk abdul sulung berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.. wah.. kejutan untuk abdul sulung hadiah skateboard.. :D
BalasPadamInsya-Allah mungkin anak-anak kita laluan utk ke sekolah agama lebih mudah Anim. Kalau boleh bukan dunia aje di kejar tapi akhirat kena seimbang juga. Sekurang-kurangnya bila kita kat bawah tanah ada lagi yg mahu mendoakan kita... Cuma sekolah aliran agama ni subjectnya memang banyak. Ada nahu, tafsir, ibadat, tauhid, balaghoh, Al-quran & sunnah dan macam-macam lagi semuanya ada. Tapi akademik tak tinggal. Kita bantu mana yg mampu... sambil tu kita boleh belajar dari dia sebab dulu kakak tak sekolah aliran agama..
BalasPadamBelajarlah di mana-manapun. Asalkan ilmu itu diredai Allah. Seronok dengarnya apabila Abdul akan dihantar ke sekolah agama. Kalau dulu, tak ada temu duga, ujian kemasukan pun. Sekarang, semuanya ada. Banyak persaingan. Semoga berjaya!
BalasPadamUntungnya dia nak dapat 'skateboard' baharu. :)
Anim, pada pengalaman akak laa..A tu bukan penentu masa depan anak anak kita...anak akak misalan nya..sekolah biasa biasa saja..kekadang PMR pun tak de A...sedih sangat tapi bila meningkat tktn 5..dia jadi lain..ingat maa depan..anak akak ada 8.serang dah meninggal..jadi 5 dari dari semua dah jejak IPTA/s..sekarang pun kerja ok jer dan perangai pun setakat ni alhamdulillah..mungkin berkat doa kami dan keluarga sekeliling kita..ada anak sedara akak..mak bapak nya kemain bangga anak nya berderet As daru UPSR hingga SPM...siap buat kenduri..tapi bila mula nak berkerja jadi terlalu berkira sangat..tak minat lah tak sesuai dengan jiwa lah..macammacam ..akhir nya mak bapak gigit jari...kesian akak tengok..so kita patut bersyukur pada apa yang ada...dan agama itu penting...sekolah agama ke sekolah biasa ke..kalau didikan dari kecil itu betul, maka kemana dia pergi pun dalam hati dia tetap ada iman..ini pendapat akak laa
BalasPadamsemoga ALLAH permudahkan semuanya.. anak buah sy pun sekolah agama swasta kak anim.. lagilah.. tak amik UPSR pun. sebab masa darjah 5 dia mintak nak masuk tahfiz. tapi dah tingkatan 1 ni dia amik akedemik balik. plus sujek agama yg lain. macam nahu, sirah, tauhid dll. Alhamdullillah..dah bnyak peningkatan dia.. kalau mase sekolah rendah dia cukup susah nak belajar.. sekrg nampak minat dia dlm belajar..
BalasPadamperlahan - lahan lah . klu dah nampak kebolehan tu kat tpt lain , bagi sokongan . ilmu agama tu jariah yg berpanjangan . ilmu dunia klu cemerlang pun cuma takat dunia jer . jangan putus asa . perjalanan mereka masih jauh . banyak lagi yg mereka boleh buat dan polish key ...
BalasPadamAnak IM - Along pun IM masukkan ke sekolah Men Islah Tikam Batu selepas UPSR. Memang banyak bezanya sikap dia berbanding Angah yang IM terpaksa masukkan ke sekolah Menengah biasa kerana tak boleh nak sara 2 orang sekaligus.
BalasPadamPaling tidak pun, seperti sekarang ini, IM terasaa bersalah kerana gagal menyekolahkan Angah di bidang agama.
salam.. kak..
BalasPadamitu la.. akak cikgu bi tapi anak dpat result c..
it ok kak.. saya pun result upsr hancur gak..
alhamdulilah msuk skolah menegah smkin meningkat..pencapaian :)
betullah tu A bukan penentu kejayaan kerna perjalanan mereka masih terlalu pjg. Bukan semua anak dilahirkan cemerlang tp sebagai ibu bapa kita mesti terus mendoa dan menyokong mereka setakat mana daya kita kan... doa jgn putus yer !
BalasPadamSemoga semuanya berjalan lancar dan si Abdul sulung boleh meneruskan pengajian di sekolah menengah agama seperti mahunya. UPSR bukan penentu segala. Kadang-kadang makbapak bijak pandai, ada juga anak-anak yang tidak mengikutnya. Yang penting berusaha sebaik yang mungkin.
BalasPadamKadang-kadang anak-anak ni "late bloomer". Insyaa Allah akan berjaya juga...
BalasPadamBaru cam rupanya Abdul sulung yg bertubuh kecik......
BalasPadam