Assalamualaikum wbt...
Pagi tadi hantar dokumen dan borang permohonan si Abdul sulung ke sekolah menengah agama swasta di sini. Dalam 2 minggu lagi, dia akan mendudukki ujian kemasukan pulak.
Sejuknya suasana sekolah. Di belakangnya bukit.
Ambil kesempatan ke pejabat pentadbiran sekolah rendah pula (bersebelahan). Tak tahulah, entah camna, tergerak nak hantar si Abdul kecil bersekolah di sini juga. Tau-tau , sudah isi borang dan si Abdul kecil pula menjalani ujian kemasukan pada Khamis ini, in sha Allah.
Nampaknya cuti ni sibuklah ulangalik SP-Ipoh-SP selagi keputusan transfer belum keluar dan barang-barang belum angkut ke Ipoh. Jangan bangun tidur tersilap pulak. Duduk di Ipoh, sangkakan di SP..start enjin kereta cari nasi lemak kegemaran. Namun, setiap kesukaran pasti ada kemudahannya kan nanti..
Ish...bilalah Anim nak cerita fasal message yang diforward oleh Encik Suami dalam entry sebelum ni? Ok..ok..nak ceritalah ni, hihi.
Petang Khamis tu, Anim 3 beranak menunggu "Mamu" (pekerja en.A) di rumah. En.A ni kawan Encik Suami. Seperti sebelumnya, "Mamu" yang menghantar kami ke Terminal Bas Ekspress di SP kalau kami nak ke Ipoh.
Ambil tiket bas 3.15 p.m. "Mamu" biasanya punctual. Kalau kata pukul 2, pukul 2 lah dia mai.
Jam 2.35, "Mamu" tak muncul-muncul lagi, cepat-cepat call Encik Suami. Terkejutlah dia bila kami masih di rumah.
Tak lama, diberitahu "Mamu" tak tahu hal kami nak ke Ipoh. Rupa-rupanya kali ni, en.A minta staff perempuannya hantar kami ber3. Dan....apa terjadi? Staff perempuan tu TERLUPA!!!
Jarak dari rumah ke Terminal Bas SP, 10km. Ada 6 traffic lights yang perlu ditempuh. Nak drive sendiri ke Ipoh, cam tak confident pulak. Waja Anim tu in sha Allah, tak buat ragam sejak bersamanya 10 tahun lalu tapi tak hantar servis pulak untuk jalan jauh. Iyalah...kita ingat nanti-nantilah, dekat-dekat pindah barang nanti. Nak tak ndak, kena teruskan plan. Borang permohonan si Abdul sulung kena hantar Jumaat (hari ini).
Keputusan segera dibuat. Anim drive kereta ke Terminal Bas SP. Mulut ni tak habis berdoa. Sempatlah..sempatlah naik bas. Alhamdulillah, jam 3.09 minit kami tiba. Tapi bayaran parking? RM30 semalaman. Mak datuk.. macam parking kat airport.
Anim beritahu Encik Suami tentang bayaran parking (dan entah berapa pula yang perlu dibayar bila ambil kereta esok, huhu). Tak lama Encik Suami beritahu, staff perempuan en.A akan ambil kunci kereta Anim di Terminal Bas itu. Dia akan tolong bawa balik, so tak payahlah tinggalkan lama kereta Anim kat tempat parking.
Hmm...tak sempat panas punggung, bas kami tiba. Mana sempat nak pass kunci kereta. Dalam kesukaran, syukur kerana kami berjaya nak bas jam 3.15 p.m walaupun mula-mula macam tak sempat sampai on time.
Kata Encik Suami, en.A suruh staff perempuan dia tu hantar kami 3 beranak ke Ipoh kalau kami tak dapat naik bas 3.15 p.m tu. Anim kata kat Encik Suami, kalau gaji staff tu kena potong kerana kesilapannya itu, tak payahlah nak cover balik kos parking. Nak buat macamana kalau dah terlupa. Macamlah kita sendiri tak pernah lupa!
P/S Hidup umpama roda. Ada naik ada turun. Ada untung ada rugi. Redha dengan ketentuanNya.
alhamdulillah . dapat juga naik bas . insha Allah keta tu selamat ...
BalasPadamAduh...mcm2 dugaan tu ye kak..insyallah...sebalik smua yg berlaku...pasti ada hikmahnya....
BalasPadamoh.... biasa la kadang2 terjadi benda2 / situasi mcm ni.
BalasPadamAduyai, nasib sempat ye kak anim.. Kalau tak, burn la tiket.. Berkat pertolongan Allah.. Alhamdulillah, berjaya jugak naik bas.. =)
BalasPadamhttp://miezashaklee.blogspot.com
dugaan.. Alhamdulillah la sempat..
BalasPadamAik..Kak Amin dok kat Ipoh pula ka??
BalasPadamDulu saya memang panas baran tambah kalau hal2 sebegini...Tapi sekarang ni dah xmcm dulu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mudah sgt redha dan pasrah sampai orang rumah pelik pula. Saya pun pelik juge...
BalasPadamOh, begitu rupanya cerita! Nak buat macamana dia dah memang pelupa orangnya. Redha ajelah. Nasib baik walaupun banyak dugaan, segalanya berjalan baik. Yang penting dah selamat sampai ke destinasi.
BalasPadamOKje tak biasa jalan sana...SP ngan Ipoh jauh ke Nim?....
BalasPadam