Assalamualaikum wbt...
Masa begitu mencemburui. Banyak yang hendak dishare namun tuntutan wajib menghendakki semuanya diselesaikan sebelum cuti persekolahan berakhir Khamis ini. Walaupun status permohonan pertukaran belum diketahui...namun segalanya perlu diuruskan seolah-olah pertukaran telah berjaya..huhu..
Nak share motivasi pagi ini dari family group WhatsApp.
Bonda, adik, ipar dan anak saudara berkongsi bulan kelahiran
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
P/S Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
salam anim...kalau tak dapat buat semua dpt buat setengah dulu pun dah ok kan...lama2 try buat semua...:)
BalasPadamiya..tak dapat buat semua,jangan tinggal semua :-))
Padamakan ku cuba buat lam semua senarai di atas..terima kasih kak anim kerana mengingatkan..Alhamdulillah..:)
BalasPadamterima kasih atas perkongsian di atas, cikgu..Moga semua urusan dipermudahkan.
BalasPadamalhamdulillah.. terima kasih di atas perkongsian dan peringatan ini.. sangat bermanfaat.. :D
BalasPadamAkk sy rs nk nangis membacanya..
BalasPadamAssalam Kak anim...
BalasPadamsuka sgtbaca...dan dapat input
mohon share kak
Nasihat yang sungguh bermanfaat... Bila baca satu persatu, banyak juga yang perlu dilakukan lagi.
BalasPadamInsyaallah...saya mahukan kegembiraan itu!
Nice sharing Kak Anim :-)
BalasPadamperkongsian yang menarik akak. Boleh di amalkan.
BalasPadamtq share...mnarik dan bermanfaat
BalasPadamin Shaa Allah... tq share this yer
BalasPadamPanduan yang baik Kak Anim...sesetengah tu dah buat tapi banyak jugak yg tak buat lagi.
BalasPadamkak anim,
BalasPadamsangat betul.
tima kasih kongsi... huhuhuhu.
boleh jadi motivasi...
in syaa Allah.. muga bahagia di dunia..bahagia juga di akhirat..Aamiin..
BalasPadam