Assalamualaikum wbt...
Hari ni memang gelabah. Mana taknya...dah plan nak buat laksam untuk berbuka petang ni. Tengahari di sekolah baru teringat,kat rumah takde tudung periuk aluminium tu. Semua bertudung kaca dan bertombol (periuk Vision dan Zebra)
Takkanlah nak beli periuk baru semata2 nak buat laksam (bulat bergulung tu). Cepat2 call Encik Suami. Tukar plan ke ayam kampung masak ketumbar dimakan bersama nasi impit.
Formula nasi impit buat sendiri senang. 1 pot beras = 3 pot air. Kemudian tambah 1 pot air.
Anim buat 4 pot = 12 pot air + 1 pot air. (13 pot). Kena guna beras biasa , jangan guna beras wangi. Tambah secubit garam dan 2 titik minyak masak.
Dah masak, tumbuk2 dengan lesung. Anim guna senduk kayu je. Keluarkan dan masuk bekas (kalau ada dulang lagi senang). Tekan-tekan, ratakan dengan senduk@plastik.
Kerana sudah lewat petang, pasar dah tutup .Sudahnya dia p masuk kampung cari ayam, heeee....
Tuan punya ayam sanggup tolong sembelih 2 ekor ayam tu tapi tak sanggup proses.Sudahnya, cabut bulu dan proses sendirilah ya....
AYAM MASAK KETUMBAR
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2" halia
2" kunyit basah
2" lengkuas
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
(semua bahan di atas di kisar).
Attention : Ketumbar biji dan jintan kisar kering kalau takut tak lumat.
1 ekor ayam (ayam kampung la best) ~ potong ikut suka
3 batang serai ~ dititik
Ubi kentang (optional)
Santan pekat RM1
Air asam jawa, garam
1. Bahan kisar boleh ditumis atau dimasukkan terus ke dalam kuali. Versi mak Anim, tak ditumis. Versi mak mertua, ditumis. Hari ini Anim tumis kerana Encik Suami yg nak makan. Nanti kata tak sama lak macam mak dia wat.
2. Kalau ditumis, tunggu naik bau baru masuk ayam. Campak serai, masukkan air dan tutup. Sebab tu nama dia "ungkep" yg bermakna tutup dengan tudung kuali ke periuk ke.Tunggulah ayam dah dekat nak empuk, masukkan ubi kentang. Tak masuk kentang pun tak apa.
3. Tiba part yg ini...ayam dah empuk, dah perisakan dengan garam dan air asam jawa..stop proses pun boleh.
Pilihan 1 : Tak payah letak santan. Arwah nenek suka masak sampai tahap ni saja. Yang ini dipanggil masak "ungkep" (tutup dengan tudung )
Pilihan 2 :Tambah santan. Tunggu mendidih. Bila berkuah begini...jadilah masak "ketumbar"
UPDATE : Untuk yang berkuah ni (masak ketumbar) boleh juga ditambah kerisik.
P/S 2 Abdul tak komplen apa2pun kecuali keluar statement..." macam dah raya je Ummi".....
tq kak aneem..resepi ungkep tu, 1st time makan akak yg bawak sedap, pstu makan zabedah wagino msk pun sedap gak...
BalasPadamsenang sangat..semua main campak
BalasPadamwalaupun byk hidangan baru chef2 muda kenalkan...
resepi lama juga yg masuk ditekak