Assalamualaikum wbt..
Hari ini sekolah ganti. Sabtu, ditambah pula hujan di awal pagi, kehadiran kurang memberangsangkan. Waktu rehat, telefon berbunyi. Tertera no. telefon seseorang yang dikenali. Waris salah seorang murid. Apahal agaknya...
"Cikgu, saya nak minta tolong. Boleh tak cikgu mai rumah saya?"
Ikan pekasam Kg Komoi ni naik 50 sen tahun ni..
Panggilan itu datangnya dari pasangan pengusaha ikan pekasam di Kg.Komoi. Cerita mereka
di sini dan
di sini. Rupa-rupanya dia dan suaminya meminta Anim "berlakon" sebagai pelanggan yang datang membeli ikan pekasam. So, Anim kena berlakon dengan bergerak dari signboard Kg.Komoi ke rumahnya.Krew RTM datang buat shooting perusahaan ikan pekasamnya dan tunggu di situ. (Kalau tak silap dengar, program Warisan terbitan RTM..sorry ek kalau salah!) Huhu...glamer sekejap!
Berkodi-kodi permintaan maaf Anim berikan. Bila Anim kata, Anim ada tugas hakiki di sekolah, tak bolehlah nak tinggal kelas, dia kata lepas sekolah nanti pun tak apa.Anim minta dia cari orang lain untuk jadi "pelakon" tapi dia tetap mahukan Anim sebagai pelanggannya. Terpaksalah Anim berterus-terang kat Ita dan suaminya, "Saya ni pemalu orangnya.." ..heee. Maaf ya...sekali lagi berbanyak-banyak minta maaf.
UPDATE : Program yang dimaksudkan ialah program Orang Kita setiap hari Khamis.
P/S Pemalu??? Iyale tu, Nim.
masuk tv tu...femes hehe...
BalasPadamagaknya cikgu 'pandai' bercakap kut..tu yg dia nak cikgu jadi pelakon..
takut jalan pun tak tentu arah bila nampak kamera tuju arah kita, heee
PadamNampak sedapnya ikan pekasan Kg Komoi ni. Mak liza selalu buat msa kecik2 dulu. Anim pemalu ker? Pemalu, tak dpt laa masuk tv. hehe..
BalasPadamtule pasal liza. malu le konon2nya...
Padamhehe..bila cikgu jd pelakon, murid2 mesti riuh satu skola..=)
BalasPadamheeee...:_))
Padammungkin sbb cikgu dah biasa berhubungan dgn orang luar ...
BalasPadamsaya ni pelanggan tetap dia vee..:-))
Padamkak anim ni pemalu ya.. untung kalau dapat masuk tv, hehe.. nampak sedap ikan pekasam tu kak.. aiza pun suka makan ikan pekasam..
BalasPadammalu2 kucing, aiza...
Padamsalam..
BalasPadamKg Komoi ni kat mana? SP ke?
-Ina-
haah..kat bt lintang, kawasan saya mengajar (boleh tengok link..saya dah betulkan)
PadamTerlepas sudah peluang utk menjadi pelakon popular...hehe
BalasPadamKalau akak datang tadi pasti berkilo dapat pekasam free...boleh pos kat kami :)
Tak delah BM, depa ni peniaga kecil2an je
PadamNampaknya orang paling glemer kat Sp tentulah Animkan, kalau takkan mereka berebut...hehe
BalasPadamSo tak jadik shootinglah ni....kalau tak dapat tengok dokumentari berheroinkan teman blogger..hehe
Bukanle okjer...orang RTM asal cerita nk cari kg komoi sebab unik nama tu. depa nampak blog saya, tu yg dipanggil berlakon
Padamtak jadi join ke kak..kalau tak dapt jg tengok akak kat tv..:)
BalasPadamPakaian tak properlah mama tey. Depa tak habaq awal...heee
Padamaduhai...pemalu rupanya....:D
BalasPadamTau takpe, heee
Padamentah2 pekasam yg Dato' Siti dapat hari tu pa...
BalasPadamkat mana kg Komoi tu cikgu?
Batu lintang
Padamai sey... melepas la untuk jadi artis 'ikan pekasam'.. he.. he..
BalasPadamapapun, IM juga sesekali suka makan ikan pekasam!
Glamer kan...heee
Padamala... baru nak standby tgk depan tv...kak.. tolong belikan utk saya boleh..payah nak cari pekasam pure kat sini..
BalasPadamBuleh..buleh..nanti kak pos no
PadamAlahai baru nak bagi glemer macam artis tak jadilah ye..
BalasPadamKalau tak best juga jadi duta ikan pekasam..
Kakak rasa sebab dia tahu Anim salah satu pelanggan sebab itulah dia nak Anim jadi pelakonnya...
Haaah..kata depa, dapat tau ikan pekasam dia ni dr blog saya..huhu
Padamhehehe.... kalau tak boleh tgk kak Anim di TV kan?
BalasPadamHee...hebohle nanti...
Padamkata jelah kita ni x giler glemer hehehehe
BalasPadamSuka ayat KA tu..
PadamAkak kalau tak dapat jadi model!
BalasPadamTulah pasal..heee
Padamsalam Kak Anim
BalasPadambaru ja nak tunggu depan TV..
baca sampai abis baru la frust x jadi
heheheee
Kak, lama x beli pekasam la...=)
Heee....dia tak habaq awal. Klau tak, leh pakai baju lip lap, heee
PadamSedap ikan pekasam ni Anim. Terima kasih banyak-banyak. Sayangnya... kalau tak, dah jadik Duta Ikan Pekasam Kg Komoi... hehehe...
BalasPadamWag..testimoni dari orang Qatar..terbaik, heee
PadamModel ikan pekasam..heee:-))
BalasPadamkannn..nak betulkan niat la..semoga blog saya menjadi asbab kebaikan utk org lain juga mcm blog k anim..hehhe semoga Allah terima
BalasPadam