Assalamualaikum wbt...
Kalau tahun lalu,
bertazkirah untuk mak ayah murid lain, kali ni giliran diri sendiri. Baca semula entry yang pernah dibuat, huhu..
Selama 22 tahun bergelar guru, hadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat untuk anak murid, kali ini selain mendoakan anak murid, turut memohon kepadaNya kejayaan bagi cahaya mata sendiri. Tahun ni tak buat di masjid berhampiran, tetapi di dewan terbuka sekolah.
Pagi ini, dalam 7.15 pagi dan 5km lagi perjalanan ke sekolah, banjir kilat!! Sejak malam tadi hujan tak berhenti. Ditambah dengan berangin...sejuk hingga ke tulang. Mudah2an esok dan lusa cuaca bertambah baik. Maklum...anak kita exam kan..
Untuk tambahan, nak share cadangan amalan kita untuk memohon kejayaan anak yang menghadapi peperiksaan dari Ustaz Zahazan Mohamed:-
# Hari exam, ibu bapa bangun awal, solat hajat, sahur,puasa dan doakan mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa
# Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
# Beri anak minum air zamzam atau air masak banyak
# Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
# Amalkan doa ayat ke 74 surah Al Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahamn dan kelancaran dalam menjawab.
# Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.
# INGAT! Jangan sekali-sekali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luarbiasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.
Antara surah yang digalakkan untuk baca;
1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman ayat 1-13
Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.
P/S Walaupun si Abdul bukanlah murid harapan 5A di sekolah, sebagai ibu...Anim tetap mendoakan yang terbaik untuknya,
tq share kak... banjir kilat lah pulak yer pagi tadi. Kat sini ujan jugak, cuma tak adalah banjir lagi. hehe
BalasPadambanjir kilat nea...dah surut waktu balik
Padampencapaian bagaimana yang akan dia dapat nanti tak penting kak.. yang penting mendoakan dia sebaiknya...
BalasPadamsemoga berjaya untuk anak akak menghadapi peperiksaan besar pertama dalam hidupnya..
p/s teringat kisah saya, saya dulu bukan murid terpilih juga kak.. tetiba ada antara 3 yg dpt 4A pd masa tu.. cikgu pun tanya berulang2kali.. hmmm.. org kita memang suka berprasangka..
kak pun tak letakkan harapan terlalu tinggi sebab tau kemampuan dia..
PadamSemoga Abdul kak Anim berjaya menjawab soalan-soalan dalam UPSR.. INsyaAllah.. :-)Sekrang ni kedah asyik hujan je kak.. Huhu..
BalasPadamberjaya jawab semua tapi belum tentu betul semua :-))
PadaminsyaAllah berkat doa ibu bapa dan guru guru anak anak akan dapat ketenangan semasa menjawab soalan..teringat waktu anak anak kak zu nak amik exam dulu..kak zu yang tak ketahwan libang libunya...
BalasPadamhuhu..ini pengalaman oertama anak exam buat saya..baru tau debak debuk seorang ibu :))
Padamalhamdulillah ... akak saya sedang melakukannya . anak buah lak , sgt bersemangat utk nak periksa ...
BalasPadambertuahnya depa dapat mak sedara yang baik...
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamGood luck anakanda abdul... semoga dipermudahkan segala urusan... diterangkan hati untuk memberi jawapan yang tepat... dan semoga ujian yang kecil ini menjadi titik tolak kecemerlangan di masa akan datang... Insya Allah... ameen...
ameen...umminya risau sebab usahanya yang kurang, huhu
Padamall the best to abdul and anim too! inshaAllah...
BalasPadamtqvm mala..doa dari orang jauh tu..
PadamSemoga Abdul tenang dan bersedia menghadapi peperiksaan. Insyaallah...doa dari ibu mengiringi, semoga si Abdul berjaya.
BalasPadamDekat sini pun hujan dari petang semalam hingga lewat malam...syukurlah tidak sampai banjir. Hari ini mendung je...
tq BM...pengalaman anak baru nak examle katakan..
PadamInsyaallah...Abdul ansk cerdik...dengan iringsn doa ibu ayah serta segala usaha...insyaallah Allah akan pernudahkn untuknya...cempedak boleh aje jadi nangka!!!
BalasPadaminsyaAllah nekcik (walaupun umminya yg bimbang sebenarnya)
Padamtq share kak.. 6tahun akan dtg.. mybe saya akan cri balik entry ni.. hehehe.. doa untuk syukrii bila dia exam kali pertama. darjah 1. hihi..
BalasPadamsemoga abdul beroleh kejayaan dan bersemangat!
6 tahun akan datang...sistem peperiksaan takde dah kot..heee
PadaminshaAllah.. abdul bukan harapan sekolah.. tapi abdul harapan ibu abah.. inshaAllah kak.. abdul mesti dapat jawab..
BalasPadam:-)) dapat jawab tapi tak sure betul...
PadamGood luck utk si Abdul..moga dapat menjawab soalan exam sebaik mungkin..rileks dan tenang sepanjang exam berlangsung..:)
BalasPadamp/s : MIL suh amalkan baca surah Alam Nasyrah dari baby lagi kat telinga dia..sampai besar katanya..
baguskan surah tu. kak bacakan kat ubun2 depa..tapi dah besar panjang nilah..
Padamp/s dulu, kak jahil...
Semoga Abdul berjaya dengan cemerlang sekali! Amiin... Insyaa Allah...
BalasPadamtqvm..insyaAllah..
PadamTq share tips tu Anim....sangat membantu....
BalasPadamMoga Abdul beroleh kecemerlangan. Budak lelaki ni kadang tu lain macam Anim....keputusan tak dijangka! Apa pun doa yg baik baik je buat mereka
kita risau sebab usaha dia tak sepenuhnya...
Padamapapun...harap2 dia dapat menjawab dengan baik
Sama mcm anak Okje yg sulung dulu.... mungkin lagi teruk kot Percubaan tak pernah ada A.... bila realnya dpt 3A 2B bolehlah...
Padambila anak nak exam , hati mak akan dup, dup.
BalasPadamsemoga anak2 kita semua akan berjaya hendaknya
jadi cikgu pun sama kan nieda...
Padamtq share tips ni.. doakan saje kejayaan anak2 kita In Shaa Allah, berkat doa seornag ibu !
BalasPadamapa2 pun keputusannya...saya terima KA..
Padamsemoga abdul dapat keputusan yang baik kak.. bagus tips ni kak.. :D
BalasPadammudah2an dengan izin Allah...
Padamall the best!
BalasPadambanjir bkn penghalang!
Sanggup diredah anies_ tq
PadamSemoga Abdul boleh jwb soalan upsr dgn teng
BalasPadamMudah2an..dia relax aja, mak dia yg debar2
Padamtq share tips ni kak ANIM..Semoga Abdul dapat keputusan yg cemerlang..:)
BalasPadam