"Kecoh" sebentar wassap group family Anim kelmarin bila jam 1.12 tengahari membaca wassap Bonda :
"Ibu mana yang tidak risau jika anak bujangnya tak dapat dihubungi sejak 2 hari lalu" .
Ooo. . jangan tak tahu, tak sampai sebulan Samsung Galaxy Trend berada di tangan Bonda , dia sudah pandai berwassap. Senang katanya nak berhubung dan tau cerita anak cucu dengan pantas.
Alkisah, adik bongsu Anim yang menuntut di MMU gagal dihubungi Bonda. Telefon tak berangkat, sms tidak berbalas. Barangkali telefon adik rosak kot, Anim menenangkan Bonda. Bonda minta si abang di Sepang p jengok adik. Sejam kemudian Bonda update dengan mengatakan si abang ada bawah apartment si adik tapi dah lupa no.bilik dan tingkat berapa si adik tinggal. Bila ditanya penghuni yang lain, semua tidak tahu. Akhirnya, si abang ambil keputusan untuk balik. Dia cadang kalau still tak boleh contact adik, hari Isnin nak check di MMU.
Messages masuk tidak berhenti-henti, almaklumlah 9 group members berbalas messages. Si kakak di Bangi yang pernah menghantar adik pun tak tahu no.bilik adik. Sebelum ni bila hantar adik, takat bawah saja. Kami menasihatkan Bonda supaya tak memikirkan yang bukan-bukan. Firasat Anim kuat mengatakan, handphone adik bermasalah.
2.40 petang, si kakak di Johor dapat idea. Dia nak try contact kawan-kawan facebook adik. Tapi kerisauan tetap ada, takut-takut kawan adik tak online pulak. Tak lama kami diberitahu adik tak punya ramai kawan di facebooknya untuk dihubungi. Bonda maklumkan, abah dah minta Bonda kemas kain baju. Abah nak cari tiket p KL esok!!
Jam 3.41 petang, kami menarik nafas lega bila usaha si kakak di Johor untuk contact kawan FB adik berjaya. Kawan adik kata adik ada di rumah dan dia akan beritahu adik supaya call Bonda. Syukurlah kerana kawan yang dihubungi melalui FB tu ialah roomate adik!!!
Alhamdulillah, dengan bantuan teknologi komunikasi terkini, tak sampai 6 jam, akhirnya Bonda dapat panggilan dari insan yang ditunggu-tunggu. Lega Anim kerana dapatlah Bonda tidur lena dan tak perlulah abah dan Bonda kalut turun KL. Betullah, handphone adik rosak. Alahai dik...tak terfikir ke nak maklumkan Bonda atau sesiapa dikalangan abang atau kakaknya tentang hal ini. Tak terfikir agaknya kalau keluarga gagal hubungi dia, boleh buat Bonda, abah, kakak dan abangnya risau??? Alahai...adik..adik... Agaknya jawapan yang diberikan ialah, "Relaxlah. Adik tak apa-apa". Nampak gaya, balik Johor bercuti minggu depan, adik pulak dapat handphone baru...
P/S Moral of the story, selain catat no.bilik @ maklumat penginapan adik, lepas ni kami kena simpan no.telefon rakan-rakan adik untuk dihubungi dalam kes-kes kecemasan begini.
salam.
BalasPadamlama tak singgah sini. bila baca entry awak pagi ni, macam sama kes dengan family saya. selalu ibu kitalah yg paling risau kalau anak2 susah dihubungi. apapun mak awak memang hebt dh pndai main wsapp..hehe
wah...paniknya akak... kalau saya pun risau.. mujur dah dapat contact...kdg2 ada orang mmg tak peka dengan keadaan sekeliling.. hmmm..
BalasPadamp/s advance bonda akak...mak saya..hp pun kdg lupa mana letak.. hehe..
mungkin bagi adik hpone rosak perkara kecil ... mencari di fb tu mmg plg cepat sebenarnya . just update status kat wall si adik , tentu ada yg respon nanti ... alhamdulillah dah selesai . semoga bonda anim tenang hatinya sekarang ...
BalasPadamBiasalah...anak2 bukannya faham tentang kerisauan ibu bapa sehinggalah mereka mengalaminya sendiri. Saya dulu pun macam tu juga... Ya!...penting untuk kita mengetahui maklumat terkini mereka dan mengenali sahabat2 mereka.
BalasPadamSyukurlah segalanya sudah berakhir dengan baik.
As salam Anim.......
BalasPadambila benda macam nie terjadi baru ingat bertapa susahnya bila tak ada no tel kawan2nya untuk di hubungi.....kan.....lepas nie sesiapa yg ada anak atau adik jangan lupa simpan no tel kawan2 mereka....kadang2 sesuatu yg tak dijangka akan terjadi....
ohh...angah pun pernah menghadapai sitausi begini, adik bongsu di sabah gagal dihubungi kerana masalah talian celcom 3 hari tak dpt contack, mama angah pulak memang jenis perisau, uih stress kejap, akhirnya FB jugak yg jadi talian hayat....
BalasPadamMak mana pun mesti risau kak kalau jadi cam tu. Jadi pengajaran buat semua agar ingat semua benda-benda penting tentang adik-beradik mahupun anak-anak.
BalasPadamaduuhhhh ... risaunya.
BalasPadamassalam kak anim..lama tak jengah sini..
BalasPadamsaya pun selalu lupa no bilik kat asrama anak anak..kadang tu bila sampai kat bawah nak minta tolong orang panggilkan pun taktau nak sebut no bilik anak sendiri...
jadi mak mak ni mmg selalu hidup dlam kerisauan yek..risau kan keselamatan anak anak yang tak berada didepan mata..
hehe...ada juga baiknya media sosial nikan Anim
BalasPadamTak rugi ibu dapat samsung trend, ibu dah pun pandai gunakan hehe
tu la antara kebaikan medium komm. skrg...
BalasPadamhati ibu...sapa yg x risau kn anak...
Begitulah kadang bila dah terjadi baru terfikir. Kakak pun baru terfikir yg kakak pun tak tahu anak kakak duduk dorm berapa di asramnya. Tahu tingkat berapa tapi no biliknya tak tahu... peringatan juga ni..
BalasPadamSyukurlah lega bila dah tahu situasi sebenar.. mak mana tak susah hati Anim. Kita dah jadi mak pun tahu kan...
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamish ish ish... adek bongsu mmg macam tu...
suka mencetuskan panik dan kontroversi.
kita punya panik kelam kabut, jap lagi "rilex ler" aje jawapannya...
adei.... adek adek... sabo je la kakak kakak dan abang abang nyer...
Mujur ada FB yer, dapat jugak menjejak... hp rosak rupanya. kesian bonda, risau dia. hehe
BalasPadamDulu2 masa tak dak alat2 komunikasi ni tak kisah sangat, macam masa makchaq belajaq dulu, berbulan dok kat asrama ada la sekali dua tulih surat kat mak.. nak tel bukannya ada..
BalasPadamLa ni bila anak ka, sapa ka tak jawab telefon dah risau....
Hati seorang Ibu....mmg la kak...
BalasPadamkalo bukan Ibu pun...sapa2 ja...isteri...Kalo alami situasi mcmni..
Lagila kitani perempuan mudah ja risau kan...
Tapi lelaki..?
Adik Kak anim lelaki ye?
Mak saya memang selalu risau camni kak....sebab abg long, n abg de saya tu selalu buat camtu...
Off hP la, betri abisla..HP tinggal la...mcm2..hehehe
Diorang ni relax ja...memang takda apa yg jadi...tapi kesian kat orang tua tertanya...lgla kalo anak2 dok jauh...
saya biasanya...2 hari sekali wajib telefon kampung..kecuali ada pa2 halangan...
kesian Bonda..ibu manalah tak risau kan kak..
BalasPadammujur ada FB..ada baiknya jg FB ni..
kalau saya pun risau anim..tapi itu la hakikatnya hati seorang ibukan...
BalasPadamkalau saya pun dah tentu risau kalau jadi macam ni..
BalasPadamAnim..mak2 semua memang risau macam2 pasal anak2 kan..tapi anak2 ni pula suka ambil mudah..adik sibuk study tu..kan tengah exam ni.. =)
BalasPadamjika saya pun.saya akan risau..
BalasPadamhehehehe betul sgt !
BalasPadam