Assalamualaikum wbt..
Roof top Masjidil Haram musim Ramadan 1434H lalu. Pak Sheikh dok tarik tangan jemaah yang lalu lalang untuk iftar dikawasannya
Kisah benar ini terjadi pada malam 27 Ramadan 1434H di Makkah Al Mukarramah. Biarlah Anim namakan 3 lelaki itu dengan Ahmad, Bakar dan Cop.
Alkisah, lepas solat Zuhur lagi, Cop asyik menyebut nak pekena Nasi Kambing selepas solat terawih. Dia beriya-iya nak belanja 2 sahabatnya, Ahmad dan Bakar. Pendekata, di Masjidil Haram...tak habis-habis Nasi Kambing bermain-main di bibirnya.
Bilangan jemaah makin bertambah menjelang 10 Ramadan terakhir menyebabkan sebilangan jemaah bersolat tahajjud di jalan
Selesai solat terawih jam 11 malam, mereka bertiga bergerak untuk mencari restoran yang menjual Nasi Kambing. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan seorang lelaki Arab yang sedang menyedekahkan botol air zamzam kepada jemaah yang lalu lalang. Tertarik dengan botol air zamzam yang unik itu, Bakar bertindak memintanya daripada lelaki Arab itu. Lelaki Arab itu kemudian menghulurkan 3 botol air zamzam tersebut kepadanya.
Walaupun Ahmad agak terkejut dengan tindakan Bakar (kerana meminta-minta) botol air zamzam itu diambilnya juga. Namun bila ada jemaah negara lain yang meminta-minta disepanjang laluan mereka, dihulurkan botol air zamzam kepunyaannya itu.
Gambar dari google. Bentuk dan warna hampir serupa tapi tiada corak tertera di botol
Tiba-tiba kelibat Cop hilang dari pandangan Ahmad dan Bakar. Mana pulak Cop pergi? Elok saja tadi berjalan beriringan. Puas ditinjau ke sana sini, perut pun sudah berbunyi minta diisi, akhirnya Ahmad dan Bakar mengambil keputusan untuk ke Restoran Felda D'Saji.
SMS dihantar kepada Cop. Ahmad dan Bakar order dulu Nasi Kambing dari restoran Tok Arab di situ dan duduk menanti Cop di Restoran Felda D'Saji.
Kelibat Cop masih tidak kelihatan. Ahmad dan Bakar ambil keputusan makan dahulu. Setengah jam kemudian, muncul Cop dengan wajah keletihan. Kata Cop, dek kerana leka membelek-belek keunikan botol air zamzam yang diterima, dia terpisah dari rakan-rakannya.
Puas dia mencari ke sana sini hingga letih. Akhirnya baru dia baca SMS yang dihantar. Kerana keletihan, Cop pun tak lalu dah nak makan Nasi Kambing yang diidam-idamkannya sejak Zuhur. Akhirnya, botol air zamzam itu diberikan pula kepada jemaah negara lain yang ada berdekatan mereka. Menurut Cop, kerana botol air zamzam itulah dia leka dan ralit.
Nampaknya hanya Bakar saja yang masih menyimpan botol air zamzam tersebut. Di dalam bilik hotel, Bakar asyik membelek-belek botol air zamzam itu . Sempat lagi dia mengusik Cop kerana ralit. Mereka kemudian berangkat ke Madinah. Ahmad dan Cop sudah terlupakan cerita botol air zamzam yang unik itu.
Ketika tiba di Airport Jeddah (nak berangkat pulang ke Malaysia) , Bakar check beg pakaiannya. Terkejut mereka bertiga bila mendapati pakaian dalam beg Bakar telah BASAH! Tambah terkejut bila mendapati botol air zamzam unik dari Mekah yang disimpan Bakar dalam beg pakaiannya BOCOR! Botol sudah bocor, boleh agak ending kisah ini? Hmmm..betullah tu. Botol itu akhirnya masuk ke tong sampah di Airport Jeddah.
P/S Dua nasihat yang diberi oleh Ahmad (1)- Jadilah orang yang memberi, bukannya meminta-minta (2)- Sentiasalah menyebut in sha Allah bila merancang sesuatu
Memang kerap berlaku kisah-kisah pelik tapi benar di musim haji ini.
BalasPadamTazkirah untuk kita...
pengalaman suami saya sendiri IM masa umrah Ramadan baru lalu
Padamoh, begitu. Betul tu, kalau boleh kita jadi insan yang lebih suka menghulur daripada mengambil.
BalasPadammungkin itu ingatan buat kita...kalau kita tak layak terima sedekah, janganle dok mintak. lainlah kalau orang nak beri sebagai hadiah
Padamteringat botol zam-zam ni masa husband p haji thn 2007
BalasPadamooo..saya tak pernah nampak lagi, mala
Padampernah juga dengar kisah2 pelik ni...
BalasPadamada pengajaran dari setiap kejadian bunda...
PadamOhhh.....patutlah memberi itu lebih baik dari menerimakan Anim....
BalasPadamJadikan pengajaran sebab insyaallah sampai masanya nanti sampai jugak OKje sefamily ke sini...
iya..jangan meminta kalau kita tak layak menerima...
PadamKadang kita memang tak sedar tapi itulah hebatnya tanah haram.
BalasPadamApapun semua dijadikan iktibar buat kita semua.
iyalah kakzakie...semua itu jadi iktibar dan pengajaran
PadamJadikan pengajaran utk kita semua.....
BalasPadammudah2an...
PadamMacam pengalaman benar suami ajer..
BalasPadamUjian dr Allah datang tanpa kita sedari dan menduga, semoga kita sentiasa bersedia dengan kekuatan iman yg teguh.
pengalaman suami kak anim ni BM (agak2 dia Lelaki mana...heee)
Padamselalunya insiden yg berlaku di mekah , mmg x dijangka sbb allah nak menguji ... anim , garam tuh tabur kat keliling pokok kelapa bukan pokok kelapa sawit ...
BalasPadamada pengajaran dan kesedaran buat mereka yang diuji
Padamsubhanallah.. semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua..
BalasPadammudah2an aiza
Padammoga jadi pengajaran untuk semua.....
BalasPadaminsyaAllah, yan
Padamsubhanallah...banyak pengajarannya tu..uniknya botol tu..
BalasPadamtentu sekali unik...sampai tergerak salah seorang dari mrk ber3 minta dari Tok Aran yg bersedekah
PadamsubhanAllah.. menarik cerite ni.. moge menjadi pengajaran pde kite..
BalasPadamMoral of the story: kalau kita tak layak terima sedekah..jangan meminta dr orglain. Lainle orang bagi kat tangan kita
Padam