UMRAH...mudah jika kita berilmu (1)
UMRAH...mudah jika kita berilmu (3)
Entry Anim ini bersumberkan ceramah dan buku panduan Kursus Haji Bersiri yang dikendalikan oleh Ustaz yang berpengalaman lebih 20 tahun membawa jemaah haji dan umrah. Walaupun Anim telah 2 kali menunaikan umrah (2011 & 2012) ada banyak ilmu mengenai umrah yang tidak pernah Anim ketahui dan tidak diberitahu, silap sendiri tidak mengaji (belajar). Mudah-mudahan ada yang dapat dikongsikan di sini.
Tawaf
Sebahagian jemaah yang melakukan tawaf berpedoman dengan doa-doa khusus, terkadang dipimpin oleh seseorang untuk mentalkin, lalu mengulang-ulanginya secara bersama-sama. Hal ini tidak dibenarkan kerana 2 sebab:
Pertama; Dalam tawaf tidak ada doa khusus. Tidak ada riwayat daripada Nabi Sollallahu Alahi Wassalam bahawa di dalam tawaf terdapat doa khusus.
Kedua; Perbuatan ini menganggu oranglain yang juga sedang tawaf. Yang disyariatkan ialah setiap orang berdoa sendiri tanpa mengeraskan suaranya.
Ali bin Abi Talib r.a mendengar Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abu Hurairah r.a, "Wahai Abu Hurairah, barangkali engkau mendapati orang-orang yang melakukan tawaf dalam keadaan lalai dan bersenda gurau, maka tawaf yang demikian tidak diterima dan merupakan amal perbuatan yang tidak diangkat (tidak bernilai ) . Wahai Abu Hurairah , apabila engkau melihat mereka berbaris-baris, sibaklah barisan mereka dan katakan pada mereka, "Tawaf seperti ini tidak akan diterima dan merupakan amal perbuatan yang tidak diangkat (tidak bernilai)." (Al-Fakihy)
Pengalaman lalu, ada mutawwif @ ketua kumpulan @ ketua keluarga yang membawa jemaah/ahli keluarga bertawaf dengan berkumpulan dengan mengetuai bacaan doa. Perbuatan ini banyak dilakukan oleh jemaah dari negara lain, dan janganlah kita terikut-ikut dengan cara mereka. Bayangkanlah amal perbuatan tawaf kita ni tidak diangkat dan tidak bernilai di sisi Allah. Ruginya kita...
Tawaf ni sendiri-sendiri malah mahram juga bukan syarat sah tawaf. Kalau kita pergi berkumpulan, kita katalah kalau terputus kumpulan nanti, tunggulah di sekian, sekian tempat. Jangan risau kita terpisah. Selalunya, lampu hijau bertentangan Multazam merupakan tempat mudah untuk menunggu seseorang. Insya-Allah..tak hilang. Anim pernah mendengar satu ceramah agama di TV tentang haji, tak pernah ada jemaah hilang di Masjidil Haram (sesat sebenarnya). Biasanya kalau hilang, kat luar Masjidil Haram adalah. So entry
"Bapak hilang di Masjidil Haram" tu pun dah Anim tukar ke "sesat".
Sebenarnya yang afdal ialah tawaf yang penuh khusyuk. Merasakan diri kita hampir kepada Allah. Sedangkan kita adalah hamba yang hina lagi banyak dosa. Maka kaki melangkah dengan rasa penuh tawadhuk ( rendah diri). Maka antara cara mengisi kekosongan dalam tawaf itu ialah dengan membaca zikir-zikir, pusingan kedua dengan membaca Selawat Nabi SAW dan seterusnya.
Di antara zikir yang baik dibaca semasa tawaf ialah Tasbih
"Subhanallahi Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahu Akhbar Wala Hawlawala Quatailla Billahil 'Aliyil Adzim"
Ini berdasarkan sepotong riwayat yang disebutkan oleh Al-Iman Al-Azraqi dalam kitab Akhbar Mekah.
Setelah Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bertemulah ia dengan beberapa malaikat, maka ditanyanya, "Dari manakah kamu?" Jawab mereka, "Kami dari Baitullah mengerjakan ibadah haji yang telah kami kerjakan selama 40 tahun." Nabi Adam a.s bertanya lagi, "Apakah yang kamu baca ketika tawaf di Baitullah? "Malaikat menjawab," Kami membaca: "Subhanallahi Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahu Akhbar"
Nabi Adam a.s menambah. "Wala Hawlawala Quatailla Billah"
Apabila Nabi Ibrahim a.s mengerjakan Haji, maka beliau membaca Tasbih tersebut dengan menambah, "Aliyil Adzim"
Maka demikianlah asal-usul Tasbih ini yang dinyatakan dibaca sewaktu tawaf oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.
Demikian kekosongan tawaf itu boleh diisikan dengan membaca Al-Quran. Juga kerana ianya merupakan sebaik-baik bacaan, mahupun dengan cara hafalan atau membaca.
Mana Lebih Afdal?
Tersebut dalam Kitab Akhbar Mekah seperti berikut:
Berkata Imam Al-Azraqi: Bahawa Anas bin Malik r.a datang ke Kota Madinah, maka datanglah Umar bin Abdul Aziz kepadanya menanyakan: Manakah yang lebih afdal (utama) antara Tawaf dengan Umrah? Untuk
orang-orang asing (pendatang ke Tanah Haram). Maka jawabnya; Bahkan Tawafnya (yang lebih afdal)"
"Berdoalah kamu kepada Allah, hendaknya dengan yakin hati kamu akan ijabah dan maqbul dan ketahuilah Allah Taala tiada menerima akan permintaan seorang yang berhati lalai" (Riwayat At-Tirmidzi daripada Abu Hurairah)
P/S Kita berdoalah dengan bahasa yang kita mengerti maknanya. Berdoalah dalam bahasa Melayu jika kita tak faham bahasa Arab. Wallahua'lam.
Suka... kakak kalau baca N3 sebegini memang khusyuk Anim. Walau kita tahu tapi mendalami ilmu itu penting. Kakak dulu masa di sana memang kadang terpisah dgn abang tapi kami ada h/p, call saja tunggu di pintu no. berapa? Setiap pintu ada nombor utk org tua-tua boleh berpandukan ini. Kakau macam kita boleh aje cakap hilton belakang MH, atau KFC pun ada. Dah jumpa boleh terus makan hihi...
BalasPadamRindulah kakak nak ke sana lagi.
mak mertua dan pak mertua tak reti guna hp walaupun dah ajar, kak. pandai terima call aja, heee...
Padamp/s kaabah tu ada "matsabah" kata ustaz kazim. pergi sekali..rindu nak pergi lagi
Apa2 pun akan jadi mudah kalau kita berilmu.. lebih2 lagi lah nak beribadat haji/umrah ni..
BalasPadamKalau tak betui2 belajaq takut tersilap buat rugi/mungkin berdosa pulak..
betul makchaq..bukan takat sia-sia tapi jadi berdosa. masya-Allah, 100 000 gandaan dosa dibandingkan di tanahair....
Padamanim awak yg berjaya sedarkan etuza pasal date tu.dah betulkan 11/1/2013 tu yg benar tu..so sorry dan tq ucapan tu
BalasPadamhaaa...mata saya tajam ke?
Padamsaya baca hingga habis, alhamdulillah..ada juga share pengalaman..moga ada hikmah entry ni..
BalasPadamsaya terpanggil dengan ceramah ustaz ismail kamus, bila tuntut ilmu, kita kena sebarkan ilmu yg kita dapat.jangan simpan. walaupun hanya entry tak seberapa...harap2 beri manfaat
PadamSapa yg berkelapangan boleh mai Surau Andalusia Laguna. Ada Kursus Haji bersiri oleh Ustaz. Abd Halim Nasir, setiap Sabtu 9 pg.
BalasPadambanyak tempat boleh p ni kalau terlepas mana-mana kursus haji. tu yg best dok SP ni
Padamsalam Anim..itulah kalau kita faham mmg jadi mudah dan yakin..takde lah was was dlm mengerjakan ibadah haji dan umrah...masaalahnya kadang yang memberi tunjuk ajar haji dan umrah itu..mungkin terlalu memberatkan bacaan dan doa yang panjang panjang ( bahasa arab lagi)..itu yang kekadang orang takut nak buat haji atau umrah..kerana belum hafal doa tawaf dan saie!! haji dan umrah itu banyaknya perbuatan!! insya Allah smuga Allah sampaikan kita ke sana lagi untuk jadi tetamuNya....rindu rumahMu Ya Allah!!
BalasPadamustaz tegur..cuba tengok syarat sah, syarat wajib dan syarat rukun. belajar itu semua..tak sebut pun tentang doa itu, doa ini..sunat saja. jangan memberatkan yg sunat dengan mengabaikan yang fardu. doa dan minta pada Allah dengan bahasa yg kita faham...lagi khusyuk doa kita
Padamsaya sambut salam bunda
BalasPadamTerima kasih cikgu...
BalasPadamTulis banyak lagi ya...
insya-Allah..nanti saya kongsi ilmu yg diperolehi setiap jumaat tu..lepas ni saie dan bertahalul (gunting)
Padamteringin nak ke sana... mudah2an Allah izinkan... amin
BalasPadamyang penting pasang niat..insya-Allah, Allah permudahkan
Padamtq share ye.. info yg sgt2 baik
BalasPadamkongsi ilmu yg diperolehi
Padamseri_kalau terbaca....tolong publish semula komen. kak terpadam komen seri, huhu... menarik komen tu utk dikongsi
BalasPadamKak,
BalasPadamAllah kak, ingat2 lupa ni, tapi saya dh call ustaz mat, dia kata
ramai yg tersangkut kat visa org yg macam saya ni, dan insya allah dia cuba usahakan, dan yg terbaru tadi tgh hari di beritahu pihak dia ada di kedutaan untuk cuba appeal
syukur sgt2 doakan yer.. Latest news saya update lg.
Ermmmm lagi masa call pagi tadi ustaz bagi tahu yg jemaah akan masuk ke mekah then madina, serious kak, saya tak tahu pun, yg saya tau mungkin jeddah tu dkt ngan mekah, ohhh rupa nya silap, ustaz kata di sunnat kan ke mekah dulu kata nabi baru madina.. betul la kak ilmu nk kena ada
insya-Allah, kak doakan dan seri jangan lupa lebihkan berdoa..
Padamp/s kak yg baru bercita-cita nak umrah ikut pakej ustaz mat tea 'o', rupa-rupanya rezeki reader blog akak pulak kan? tulah kan...rezeki dan ketentuan Allah..
Salam, bole saya tahu umrah saudari dgn travel agency mana? Bole share tak ok ke tak ok.tq
BalasPadamSalam, bole saya tahu umrah saudari dgn travel agent mana? Bole share experience sikit tak? Tq
BalasPadammAk Ch@K, boleh layan entry saya di label umrah 2011 dan umrah 2012. Ada saya share experience p sana.
BalasPadam