"Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di tengah malam gelap".
Ungkapan ini mengandungi pengertian yang sangat dalam setiap amalan, termasuklah sedekah. Bayangkan, seekor saja semut kecil di atas batu hitam di tengah malam gelap yang sudah semestinya hitam. Mampukah setiap mata melihatnya? Tentu saja, TIDAK. Tetapi, apakah hal itu bererti bahawa semut tersebut tidak wujud? Sudah tentu ia ada dan wujud, namun amat payah untuk diyakini kewujudannya.
Begitulah kehadiran ikhlas dalam jiwa anda. Ikhlas itu ada, namun ia sangat sukar dirasakan kewujudannya oleh sesiapa. Siapa pun anda, jika anda memaksa diri untuk terlebih dahulu mengetahui kewujudan ikhlas dalam hati anda, hal ini samalah dengan anda yang ingin terlebih dahulu melihat bentuk semut hitam di atas batu hitam di tengah malam gelap gelita. Walhal, keadaan yang sangat gelap itu mencipta keterbatasan mata anda untuk melihat semut hitam (ikhlas).
Keikhlasan (semut) akan hadir dengan sendirinya berkat sikap istiqamah anda dalam melakukan sesuatu, termasuk sedekah. Jika masih ragu dengan penyataan ini, sila buktikan dengan praktik secara langsung. Bila anda bersedekah untuk pertama kalinya, dan di kepala anda terbayang balasan 10 kali atau 700 kali bagi nilai sedekah itu, maka kali ketiga, keempat, keseratus dan keseribu, imaginasi tentang balasan 10 kali atau 700 kali itu sungguh akan sirna (hilang lenyap) dengan sendirinya. Dalam fasa tersebut, anda akan menjadi orang yang sentiasa bimbang, bila anda telah sekian lama tidak bersedekah. Sebab, anda telah sampai pada maqam
habit, kebiasaan ataupun ketagihan. Maka kini,
the first step for you is just do it soon.
Jika anda masih ragu untuk segera memberi, ada beberapa tips yang boleh anda terapkan agar anda memberikan sesuatu secepat mungkin tanpa berfikir terlebih dahulu demi mencari semut hitam itu.
1. Renunglah dalam-dalam mata orang yang datang meminta bantuan dari anda.
2. Bayangkan wajahnya sebagai wajah anda sendiri. Ketika itu, seolah-olah anda sedang menjalani
face off atau penggantian wajah. Kemudian, letakkan wajahnya yang sedih di wajah anda yang segar.
3. Sentuh bahu atau tangannya, lalu rasakanlah bahawa ia benar-benar manusia yang memiliki tulang dan daging seperti anda.
4. Ambil alih semua duka, lara dan nestapa hidupnya ke dalam hati anda.
5. Jika semuanya itu telah menusuk ke dalam jiwa anda, bayangkanlah dengan bersungguh-sungguh bahawa dia memilikki keinginan dan cita-cita seperti anda. Dia juga tidak ingin lapar dan hina dihadapan sesiapapun sebagaimana anda tidak sudi mengalaminya.
6. Tumpukan perhatian bahawa hanya andalah yang mampu membantunya dan mengangkat martabat kemanusiaannya. Andai anda tidak melakukannya sekarang juga, maka takkan pernah ada sesiapapun yang melakukannya, dan anda telah membiarkannya berada dalam kehancuran dan kematian.
Cuba praktikkan cara-cara di atas. Jangan bebani lagi hati dan fikiran anda dengan apa-apa termasuk belenggu ikhlas ataupun kecurigaan bahawa si peminta bantuan mungkin berbohong atau menipu. Biarkan hati anda tetap dalam keadaan simpati dan jangan cemarkannya dengan kecurigaan. Selebihnya, sekiranya si peminta memang membohongi anda, biarlah Allah sahaja yang membalasnya.
Sumber : Harga Sebuah Syurga oleh Edi Mulyono M.AG
Lain-Lain Artikel:
kadang2 sukar yerk ...
BalasPadamakakpun harap dapat mengikhlaskan diri...
nasihat penulis tu..istiqamah je apa2 pun yg kita lakukan. bila dah jadi habit, hilang lah perasaan "tak ikhlas" itu..
Padamapa2 pun biarlah buat dengan ikhlas kan kak..
BalasPadambetul..jgn kerana malu kat orang, jgn kerana terpaksa..
Padamnak mencari ikhlas tu yang payah anim
BalasPadambetul, hati kita ni penuh curiga..betul ke dia ni cacat, betul ke kutipan ni utk sekolah anak yatim, kena cubalah tip yg diberi penulis. tak cuba tak tau!
Padam