Bukan sahaja kepada umatnya, malah Rasulullah
Sollallahu Alaihi Wassalam juga sering berpesan kepada isteri Baginda, Aisyah r.a. Di antara pesanan yang disampaikan ialah supaya tidak tidur sebelum melakukan 4 perkara.
1. Mengkhatam Al-Quran
2. Memohon syafaat untuk diri sendiri
3. Minta keredhaan para Muslimin
4. Laksanakan haji dan umrah
Maksud
mengkhatam Al-Quran sebelum tidur ialah membaca dan mengamalkan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Ini kerana jika surah ini dibaca sekali, maka ia menyamai membaca satu pertiga daripada Al-Quran.
Cara
memberi syafaat kepada diri sendiri pula ialah dengan mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad
Sollallahu Alaihi Wassalam setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. Syafaat Baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh membantu di Padang Mahsyar selain diri dan amalan masing-masing.
Maksud
memohon keredhaan kepada kaum Muslimin pula ialah dengan cara berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Cara membaca doa tersebut ialah
astaghfirullahalazhim li wali waa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat al ahya immin hum wal amwat (Maksudnya: Ampuni aku ya Allah Yang Maha Besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati).
Mengerjakan haji dan umrah adalah dengan cara memperbanyakkan bertasbih (
Subhanallah), bertahmid
(Alhamdulillah), bertahlil (
La ilaha illallah) dan bertakbir (
Allahu akhbar). Jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Selepas itu bacalah
Bismillahirrohmanirrohim sebanyak 21x. Setelah itu bacalah doa sebelum tidur.
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam selalu mengamalkan membaca
Surah Sajadah dan
Al-Mulk sebelum tidur kerana dengan membaca surah itu akan menjadikan kubur sebagai tempat yang sejahtera dan terang benderang. Untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan ketika tidur, amalkanlah membaca
ayat Kursi dan
ayat 4 Qul sebagai perlindungan.
Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing kerana setiap kita mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza. Sesungguhnya Allah tidak pernah bakhil dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya.
Sumber : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki
Lain-Lain Artikel:
insyallah..
BalasPadamtq atas ingatan & pkongsian
assalam..singgah dan follow sini :)
BalasPadaminsya Allah..semoga sampi hajat nak ke sana nanti
insyaALLAH
BalasPadamSemoga akak dapat mengamalkannya...
BalasPadamPerkara yg mudah sebenarnya tapi kalau tidak biasa diamalkan maka semua ini bagai diangin lalu..
BalasPadamtq, very gd sharing dear
BalasPadamtq share ni kak... semoga akan jadi amalan kita semua
BalasPadamtima kasih...dah catat sket, insyallah akan amalkan..
BalasPadam