Dapat call dari Bonda. Dia berada di Hospital Serdang kerana menemankan my SIL yang menunggu kelahiran anak pertama. Dah dekat 2 minggu pusing rumah adik-adik di Lembah Klang. Datang ke KL kerana berkursus Umrah, kemudian mencari barangan Umrah dan akhirnya "tersangkut" lama di Bangi kerana nak pulang bersama my SIL yang hendak dibawa balik berpantang di Johor.
Kadangkala tak sampai 5 minit kami berbual tapi kuasa "internet" Bonda mampu membawa banyak khabar dan berita. Selain dari berita my SIL, Anim juga diberitahu tentang berita adik, berita anak-anak saudara, berita pakcik dan makcik tak lupa cerita kenduri dan kematian jiran dan taulan di kampung. Walaupun tinggal berjauhan dengan adik-beradik, namun berita setiap mereka tak pernah Bonda lupakan setiap kali dihubungi. Maklumlah..setiap anak akan bercerita kat Bonda, nak ke berseminar di luar negara, nak pindah rumah, anak masuk ward, muka anak masuk paper...so semua berita terkumpul kat Bonda.
Seorang teman yang kematian ibunya lama dulu memberitahu sejak ibunya tiada, dia kehilangan banyak sumber berita adik-beradik dan sanak saudara yang lain. Manakan tidak, selama ini setiap kali menghubungi ibunya bertanya khabar, ibunya akan menyelitkan berita tentang kematian si polan, kenduri si polan, musibah si polan, berita gembira si polan. Pendekata, ibunyalah sumber berita.
Kini, bila ibunya tiada segalanya berubah. Adik ipar admitted ward, anak saudara bersalin, belajar U mana dan sebagainya, semua diketahui dari FB. Itu belum lagi tragedi saudara terdekat di kampung meninggal dunia yang diketahuinya beberapa bulan setelah itu gara-gara berita tersebut tidak sampai kepengetahuannya.
P/S Mungkinkah kita sendiri akan mengalami hal yang sama?
bila balik kg, mak norh pun akan update cerita2 yang macam ni..
BalasPadamDepa nak kita tau berita kaum kerabat skeliling kita norh...
Padamkuasa internet menjadikan berita tersebar dengan pantas..semuanya di hujung jari..
BalasPadam"Internet" bonda kak dengan bicaranya KA.....
Padamcantik blog ni...betul tu setiap kali kol mak, macam2 perkhabaran terkini lg sensasi di kg akan d update oleh ibu.
BalasPadamDan semua berita dia akam sampaikam...kalau ada kenduri saudara mara....seboleh2nya dia nak kita balik mennghadirinya....
PadamBiasalah tu... kengkadang sampai sejam tak habis lagi cerita. Lepas tu dia kata, "Eh.. kang habis ngko punya kredit." Kita kata, "Takpe... sekarang tengah offer pakai 15 riyal dapat 15 riyal free..." hehehe...
BalasPadamAgaknya sebab kita jauh (Huda lagi jauh diseberang laut).,,kadang2 adik2 yg dekat belum dapat info terkini, kita yang jauh dah dikhabari..
PadamEsok bila anak2 dah besar, dah berumahtangga, kita pun 2x5...
betul tu... mak dah mcam pemberita x bergaji huhuhu
BalasPadamSemua berita dlm tangan emak..hihi
Padambetul...selalunya kalo balik kg memg mcm2 crite de
BalasPadamDalam senafi balik kg.....berminggu berita dpt dikumpulkan...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam