Malu nak tunjuk "meja kerja" kami..Tapi itulah kenyataan..sudah hampir 22 tahun bertugas, 8 buah sekolah...sama saja keadaannya, meja kerja kerani lagi canggih dari meja guru...huhu...
Sejak Ramadan lalu....meja "jiran riuh" di sebelah kosong. Mati kutu Anim dibuatnya. Selalunya kami berdua akan "main sembunyi-sembunyi" kat sini. .borak fasal murid, borak fasal kerja, borak isu semasa...gossip je tak de ya. Telefon sahaja menjadi penghubung..
.I tak de FB cam kawan lain. Setiap kali menyuarakan hasrat untuk menemuinya, dia pasti akan menjawab, "Tak pelah kak. Saya ni bukan sakit. Sihat.". Hampir 2 bulan tak bersua wajah.....
Semalam, kami anak beranak mengunjunginya di Hospital Sultan Abd Halim, Sg.Petani yang menjadi rumah ke2 nya hampir 2 bulan. "Raya tak balik Terengganu, macam raya kat oversea " katanya.. Dia sedang menghitung hari tarikh pembedahan yang dijangka pada Rabu, 26/9 ini kerana Placenta Previa (uri di bawah) . Doa kami semoga dia bersama kandungannya yang berusia 38 minggu pada tarikh tersebut (anak pertama) selamat dalam jagaan Allah.
P/S Kagum dengan semangat dan ketabahannya mengharungi "segala-galanya" .Doa kami semoga penantian 6 tahunnya ini menjadi hadiah berharga buat dia dan suami, Ustaz Razak serta seluruh keluarga . Amin......
UPDATE : Gembira terima SMS dari Fauziah, jam 4 petang sebentar tadi. Dia telah selamat melahirkan baby boy seberat 2.67kg jam 12 lebih tengah hari ...bakal daie dah jengok dunia nih! Menurut Fauziah, pagi tadi ada bleeding sikit, jadi doktor proceed pembedahan. Turut bersama berkongsi kegembiraan bila dia turut mengatakan, macam tak percaya dia sedang menyusukan anak...
semoga selamat ibu & baby .. inshaAllah
BalasPadamAlhamdulillah...selamat dah baby boy keluar ke dunia jam 12 tengahari tadi. Syukurlah..ibu dan anak sihat.
Padamalhamdulillah..dh bersalin ye..
BalasPadamselamat dah...alhamdulillah..
Padamtq kak anim atas doa k anim...alhamdulillah....allah kurniakan ketabahan buat saya n suami dlm mghadapi suka duka sblm dkurniarkn rezqi y amat2 bermakna ini....kenangan y x mungkin terluput dr ingatan....nanti nk amik gambar ni dr k anim...kami sendiri pun x ada amik gambo di wad...entah kenapa x tergerak hati...sib baik akak mai, ada gak gambo ni...anyway...tq sekali lagi....doa dr seorang kakak n sahabat y tak berapa lama kenal..tp seperti dah kenal dari kecik...sayang kak anim!!
BalasPadambetulkan, setiap yg berlaku ada hikmahnya. fauziah, kitakan sedara walaupun bukan dari emak dan ayah yang sama...saudara seislam.
BalasPadam