Pagi semalam, ke Poslaju. Hajat hati nak pos hadiah
pemenang Ole-Ole Beijing. Laaa,Sabtu minggu pertama rupanya. Poslaju tutup daaa. Nampak gaya kena minta bantuan Encik Suami ke Poslaju hari ini (Ahad) untuk menguruskannya.
Encik Suami kemudian nak ke Bandar Laguna Merbok. Ada temu janji dengan kenalannya jam 11.45 pagi. Minta tumpang ke Masjid Bandar Laguna Merbok. Semalam hari terakhir Karnival Mahabbah Masjid Bandar Laguna Merbok sepertimana yang diwarwarkan
Laguna Merbok . Anim kata, sementara dia selesaikan urusannya hingga jam 12 tengahari, Anim dan si Abdul sulung (si adik p tuisyen) cadang nak "lepak" dan ronda gerai jualan di situ.
Alkisah, Encik Suami ikut turun kereta, masuk tandas dan masuk masjid. Siapa sangka, dok meronda booth Adabi, terpandang seseorang yang "macam kenal". Tak fikir panjang, terus menegur, "Ini Shaiful ke?" . Dalam hati, kalau tak kenal (maklum, kita ni bukan sapa-sapa), nak tunjuk blog kita di hp, heee. Bila dia bersuara, "Cikgu.." sah.....mesti cam. Tambah-tambah bila dia bertanyakan "Abdul". Tak sangka, Allah pertemukan kami sekeluarga dengan tuan blog Laguna Merbok bersama anaknya, Haifa.
Plan nak lepak bersama si Abdul sulung di masjid tak dapat diteruskan. Cuaca terik. Gerai jualan yang ada pun tak banyak buka. Maybe petang baru ada aktiviti lain. Sudahnya, kami mengikut Encik Suami naik kereta semula. Baru tau, rupa-rupanya Encik Suami diundang untuk merasmikan premis perniagaan seorang kenalan. Menurut Encik Suami, dia menolak pada mulanya dan meminta kenalan tersebut menjemput mana-mana Datuk@pemimpin politik@pemimpin masyarakat@ Ustaz untuk merasmikan.Tapi tetap didesak.
Yang buat Anim tergelak dan geleng kepala ialah dia memakai T-shirt berkolar, berseluar jeans dan bersandal. Kalau kutahu, pasti baju batik yang dihulurkan.
Aduh..sempoinya laki aku..huhu. Tak pelah, ujarnya. Dia bukan YB, bukan Ustaz. Dia hanya nak tunaikan hajat seorang kawan. (Ada kot dalam kereta..sarung ajalah walau bersandal ..heee)
Encik Suami sorang saja turun kereta. Bila terpandang khemah katering, sempat mengusik, "Time makan nanti, seru-serulah nama kami ber2, heee". Tak sampai 10 minit dia sudah kembali ke kereta bersama kenalan tersebut. Majlis perasmian sudah selamat dilakukannya (ucapan ringkas, potong riben dan sign plak). Majlis ada 20 minit lagi (ada tazkirah bersama Ustaz jemputan) untuk menjamu selera. Takde rezeki menunggu jamuan kenduri yang disediakan kerana bimbang terlewat menjemput si Abdul kecil di pusat tuisyen. Sekotak kurma dan senaskah surah Yassin dihulurkannya. Syukran.
Tak lama tiba rumah, terdengar hon kenderaan di luar . MasyaAllah, kiriman GD Express dari kawan blogger di Perak,
Zulaikha Megat. Dia kirimkan muruku meletop air tangannya sendiri. Terima kasih atas kiriman ini. Mudah-mudahan bertambah rezeki Zu. Terharu Kak Anim dibuatnya. Tahniah, marvellous muruku Zu...crispy, garing. InsyaAllah, pasti meletop permintaan pelanggan nanti. Syukran.
Rupa-rupanya, rezeki kenduri kami bukan di perasmian premis perniagaan kenalan di Laguna Merbok tadi tetapi di majlis hari keluarga salah seorang kenalan yang lain di Gurun. Alkisah, Encik Suami dihubungi oleh kenalan tersebut selepas majlis di Laguna Merbok. Yang bestnya, si Abdul kecil dapat turut serta. Siap join aktiviti mereka sekali..huhu..Syukran, ya Allah.
P/S Perjalanan hidup sudah tertulis...bukan kuasa kita yang mengaturnya.
Sudah tertulis rezeki Anim bukan di Laguna Merbuk..n mesti Anim lupa sabtu minggu pertama kan..=)
BalasPadamPenuh sekali aktiviti kak anim hanya pada asalnya nak pos barang jer. Dia lagi maha mengetahui...ada hikmah disebaliknya. Tak tau pula pos Malaysia masih menggunakan jadual cuti hari sabtu pertama ni...
BalasPadamrezeki tuhan...
BalasPadamMy recent post : Lukisan 3D yang Menakjubkan
salam ziarah cikgu...
BalasPadamAlhamdulillah dapat jugak berjumpa kat Karnival Mahabbah. Terima kasih kerana sudi datang.
Salam kat En. Suami..
apa-apapun, perjalanan hidup hari ini berakhir dengan ending yang hepi. itu sudah kira jutaan syukur!
BalasPadamkan...kadang2 lain rancang lain yang jadi, tapi kalo ia terisi dengan cerita macam kak anim ni, memang bermakna la...=)
BalasPadamalhamdulillah... yang pentingnya ada je rezeki kan....
BalasPadamItuyg dikatakan cempedak menjadi nangka. Sesuatu keindahan yg tak disangka-sangka ye Anim.
BalasPadamEn Abe low profile orgnya Anim. Bersyukur daripada yg membangga biarlah yg macam itu.
Abdul tu putih muka hihi.... dapat hadiah apa sayang?
hehehe.. rasa seronok je baca N3 ni
BalasPadamKalau Che Mid masih di SP, tentu kita dah jumpa kan Anim.. dengan cikgu Shaiful dulu dah berblog sama, tapi takde kesempatan berjumpa. Ok, raya ni kita calling2 k.. simpa no Che Mid siap-siap tau...
BalasPadam