Petang semalam, Encik Suami dihubungi agen umrah. Alhamdulillah...dapat dah visa umrah yang ditunggu-tunggu . Dia yang sepatutnya berlepas 22/7/2013 lalu dijangka bertolak dalam masa 3,4 hari lagi. Pihak travel tengah sibuk cari flight, katanya. Dikhabarkan akan menaiki penerbangan Air Asia pula kerana menurutnya itu saja penerbangan yang tinggal.
Khabarnya dari 20 jemaah salah sebuah travel umrah di Utara yang menunggu visa, hanya dia dan 2 jemaah lelaki lain yang berjaya. Mutawwif group mereka pun tak dapat visa dan mereka bertiga akan menumpang branch dari KL. Kelewatan visa dan pertukaran tarikh itu ada hikmahnya. Tak bermimpi sebelum ini Encik Suami akan berada 10 malam terakhir Ramadan di Tanah Suci. Bonus Ramadan buat Encik Suami tahun ini. (Maklumlah...selalunya harga pakej 10 malam terakhir Ramadan di Mekah, macam orang p haji, malah ada lebih lagi). Syukurlah, kos pakej Encik Suami masih kekal yang lama, tanpa ada penambahan harga.
Kalau ikut perancangan awal, Encik Suami akan pulang 3 hari sebelum Syawal. Nampaknya kali ini, dia berkemungkinan menyambut Syawal di Tanah Suci dan pulang 5@8 Syawal (bergantung pada penerbangan). Tak dapat bayangkan Syawal kami ber3 tahun ini tanpa Encik Suami di sisi (22 tahun beraya bersama), namun Anim redha kerana peluang untuk berada di 10 malam terakhir Ramadhan di Tanah Suci Mekah,menikmati pengalaman berhari raya di Mekah dan peluang untuk berpuasa sunat Syawal di sana adalah jauh berganda-ganda lebih bermakna dan terlalu mahal untuk dilepaskan.
P/S Sorrylah tajuk entry...jangan tersalah sangka pulak
alhamdulillah kak...moga doa yg dibawa utk keluarga ke sana lebih bermanfaat hendaknya... jadi akak tak balik kg ke?
BalasPadamKaum keluarga semua di johor. Kesian anak2 takde siapa di sini kalau tak balik. Kak balik dengan 2 Abdul, insya Allah
PadamAllah dah susun indah percaturannya begitu Anim.
BalasPadamBeruntunglah en suami Anim kerana terpilih dan dipilih.
Mataf dekat keliling kaabah pun dah siap sekarang ni cuma belum boleh guna aje. Jadi kuranglah habuk.
Iyalah kak, mula2 memang 50-50. Ada yg kata pihak arab saudi tak bagi beraya di sana. Tapi, lain pula ceritanya...
PadamAlhamdulillah..bertuah suami akak terpilih. Seronoknya dapat berpuasa di sana.
BalasPadamHadiah ulangtahunnya yg paling bermakna :D))
PadamOhhh dah 22 tahun yeh Anim....
BalasPadamTahniah yeh.... jangan lupa mintak tolong En husband doakan teman blogger sekeluarga yg OK jer ni hehe
InsyaAllah..doakan kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan yg berhajat ke sana...okjer termasuklah tu
PadamAlhamdulillah... bonus Ramadhan yang paling besar...
BalasPadamBukan bonus duit...bonus dapat berada di sana dlm bukan Ranadan
PadamAlhamdulillah. Tahniah jadi orang terpilih. Semoga mendapat umrah yang mabrur..
BalasPadamMudah2an, amin. Doa orang berpuasa...tak ditolak, insyaAllah
Padamalhamdulilah..itulah kadang kadang kita hampa tapi sebenarnya Allah hendak bagi kita yang lebih baik kan....bersabar lah ye kerana kebahagiaan itu perlukan pengorbanan..
BalasPadamBetul nekcik. Setia yg berlaku pasti ada hikmahnya...mungkin bukan on the spot, mungkin berminggu, berbulan atau bertahun atau mungkin pula kebanagiaan itu dapat kat anak cucu kita pulak..
PadamAlhamdulillah...see Kak Anim disebalik kesusahan tu ada rahmat yg lebih besar.
BalasPadamYa...syukur alhamdulillah....
Padamsy hrp mama dan ayah sy pon dpt rezeki sm mcm suami akk.aminnnn
BalasPadamMudah2an anies...insyaAllah masih berpeluang lagi bila lihat dari sehari kesehari ada jemaah yg memperolehi visa. Walaupun bilangan tak ramai....mudah2an rezeki mama dan ayah anies pula. Berdoalah...
PadamMoga segalanya berjalan dengan lancar. Memang bonus bertemu dengan-Nya.
BalasPadamMudah2an TI. Saya sendiri pun busy sikit 2,3 hari ni. Walaupun tak ikut serta, ingin turut sama mencari pahala. Dapat tolong cari barang dan kemas beg dia pun jadilah...
Padamalhamdulillah ... Allah telah memilihnya ... kwn saya pernah menyambut syawal di tanah suci . org di sana sambut syawal mcm hari biasa , x de yg berubah . yg lbh ptg , suami anim dpt 10 mlm terakhir di tempat yg mustajab doanya ...
BalasPadamHadiah harijadinya yg paling bermakna..puasa dan syawal di sana. Mudah2an dia dapat teruskan sebahagian puasa 6 di sana..
PadamSyukur alhamdulillah, Allah perkenankan juga permintaan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hadiah terbaik harijadi En. Suami. Cuti sekolah pun panjang...Kak Anim dptlah beraya lama di kampung halaman.
BalasPadamKak ANim...
BalasPadamsaya yang rasa berbunga2 hati ni...ada hikmah lewatkan..=)]]
Takpala kak, 2 abdul ada bersama kan..=)
Balik johor tak?taun ni